Sekadar renungan bersama. Ntahlah erk, dalam kehidupan ini pelbagai ragam manusia terkandung menjadi rencah kehidupan kita. Semalam aku gi Taman U tuk cari beberapa barang keperluan, masa di simpang lampu isyarat suamiku menegur dan menunjuk ke arah seseorang. Ku lihat, seorang wanita yang agak berusia sedang memecahkan cermin hadapan sebuah kereta. Sejurus kemudian, pemilik kereta (seorang lelaki berusia) bersama seorang wanita muda (masih bergetah la orang cakap) menghampiri kereta berkenaan, masuk tanpa berkata apa2 sementara wanita berusia tersebut berlalu pergi setelah menghamburkan kata2 yang aku agak kasar kepada lelaki tersebut. Apa agaknya yang berlaku kan? Mungkinkah lelaki tersebut telah berkahwin satu lagi? Ntahlah....... itulah antara ragam manusia yang aku jumpa semalam petang.
Tak habis dengan tu pula, naik2 je jalan jem. Rupenya ada kemalangan. Aku lihat seorang penunggang motosikal sedang diikat pehanya oleh orang yang berkelayakkan berbuat demikian. Dalam hatiku cuba berdoa agar dijauhkanlah perkara2 yang agak kurang menyenangkan seperti yang berlaku didepan mata ku itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan