Rabu depan 04/05/2011 aku dah mula naik kerja, tapi mungkin aku akan terus hantar surat permohonan tukar. Bukan pe, memandangkan kesihatan dan keadaan mak mertua yang tidak menentu buat aku rasa bertanggungjawab untuk memohon tempat tugas yang lebih berhampiran dengan kediaman. yela, kalauada ape2 berlaku tidaklah aku mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah.
Sebenarnya baru-baru ini seorang penduduk warga tua di kawasan perumahanku telah meninggal dunia akibat terjatuh dibilik air menyedarkan aku kepentingan berada berdekatan dengan ahli keluarga kite.Arwah pakcik tu kira masih beruntung kerana sewaktu disaat-saat akhir hayatnye walaupun anak yang duduk bersamanya tiada dirumah ketika itu, masih ada isteri dan cucu yang telah bersekolah untuk menolong.Manakalah mak mertuaku tinggal berseorangan. Walaupun dia tiada masalah kesihatan yang serius, tetapi agak membimbangkan kerana masalah kaki dan lutut yang dihadapi.
Aku harap permohonan aku akan dipertimbangkan sewajarnya kerana niat aku hanya satu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan