SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 25 Mei 2011

SYUKUR MASIH DILINDUNGI ALLAH

Aku bersyukur.......


Sedang aku meluncur laju mengejar masa di jalan berhadapan padang kawat UTM, Skudai.......dengan tidak semena2 sebuah kereta kancil warna coklat itu terus melulu keluar tanpa menoleh ke kiri kanan lagi. Disimpang yang sepatutnya dia berhenti, dipecutnya kereta itu selaju mahunya. Adakah dia tidak sedar akan kehadiran keretaku? Tanpa berlegah, hon ku bunyikan "tin, tin, tin.......", sterengku pusingkan ke kanan lalu memasuki jalan bertentangan. Lantas tanganku angkat (bukan say hi) untuk menyejutkan dia akan kesalahan lalu lintas yang baru sahaja dilakukan mungkin tanpa sedar. Dia lantas memperlahankan kenderaan, mungkin terkejut akan tindakanku. Aku berisythifar sepanjang perjalanan ke pejabat. Aku tak tau adakah aku masih boleh berada disini menaip meluahkan rasa hati andai bukan ini yang terjadi. Andai ada kenderaan lain di laluan bertentangan, andai aku tak sempat bertindak pantas. Ishhh.......tak dapat aku bayangkan kemungkinan yang bakal terjadi andai itu semua terjadi. Oleh itu, aku menulis di Fb, bersyukurlah kerana Allah melindungi kami berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan