Dalam kehidupan ini, pelbagai liku-liku dan ranjau yang pasti kite tempuhi. Tetapi perjalanan setiap insan itu berbeza. Setiap orang ada kisah suka dan dukanya tersendiri. Sesungguhnya Allah menduga seseorang itu mengikut kemampuan dirinya. Kadang kala kite rasa, kita fikir, kite tertanya2 mengapa? mengapa jadi begini, mengapa kite yang diuji sebegini? mengapa, kenapa dan akhirnya bagaimana? bagaimana nak menghadapi n sebagainya. Tetapi apa yang aku nak sampaikan ialah, kamu tak pernah faham dan takm akan faham perasaan seseorang itu seandainya kamu tak pernah melalui apa yang sedang dan pernah dilalui olehnya. Kadang2 aku merasakan mereka hanya pandai berkata sebab mereka hanya mendengar, melihat dan berfikir lantas mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kebaikkan yang ada dalam diri. Dan kemudian mengandaikan kalau kite berada ditempat seseorang itu, begitu la jadinya juga. Mengapa perlu menyamakan atau mengandaikan sebegitu? Sebaiknya doakanlah agar seseorang itu tidak menerima nasib yang sama sepertinya seandainya ianya kurang elok. Sepatutnya mendoakan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Aku saje meluah apa yang aku fikirkan. Mungkin ada yang tak faham. Takpelah, yang penting aku faham. Hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan