SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 25 Mei 2011

MAKLUM BALAS PERMOHONAN PERTUKARANKU




Syukur sangat sebab hari nie selain Allah masih melindungi aku, aku terima maklum balas tentang permohonan pertukaran ku. Sepertimana yang diketahui melalui petikan ayat surat di atas, pertukaran akan dilaksanakan sekiranya ada kekosongan ATAU lantikan baru masuk ATAU bertukar masuk. Setahu aku, ditempat yang aku pohon, ada 4 kekosongan jawatan tetapi baru sebentar tadi aku lihat satu kekosongan telah diisi, maksudnya masih ada lagi 3. Betul tak? Kalau nak ikut lantikan baru pulak, memang sepanjang masa ada sahaja lantikan baru, yang mohon tukar melalui JPA pun ramai. Tapi apa-ape pun semuanya bergantung pada keizinan daripada-NYA. Jika diizinkan, aku akan dapat juga bertukar. Niat aku baik (tau kan nape aku nak tukar sangat), tapi tak tau la kan. Harap benda2 yang baik akan dipermudahkan segala urusan. Kira ini adalah petanda awalnya dan harap begitulah hendaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan