SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Selasa, 31 Mei 2011

RAGAM MANUSIA.......

Sekadar renungan bersama. Ntahlah erk, dalam kehidupan ini pelbagai ragam manusia terkandung menjadi rencah kehidupan kita. Semalam aku gi Taman U tuk cari beberapa barang keperluan, masa di simpang lampu isyarat suamiku menegur dan menunjuk ke arah seseorang. Ku lihat, seorang wanita yang agak berusia sedang memecahkan cermin hadapan sebuah kereta. Sejurus kemudian, pemilik kereta (seorang lelaki berusia) bersama seorang wanita muda (masih bergetah la orang cakap) menghampiri kereta berkenaan, masuk tanpa berkata apa2 sementara wanita berusia tersebut berlalu pergi setelah menghamburkan kata2 yang aku agak kasar kepada lelaki tersebut. Apa agaknya yang berlaku kan? Mungkinkah lelaki tersebut telah berkahwin satu lagi? Ntahlah....... itulah antara ragam manusia yang aku jumpa semalam petang.




Tak habis dengan tu pula, naik2 je jalan jem. Rupenya ada kemalangan. Aku lihat seorang penunggang motosikal sedang diikat pehanya oleh orang yang berkelayakkan berbuat demikian. Dalam hatiku cuba berdoa agar dijauhkanlah perkara2 yang agak kurang menyenangkan seperti yang berlaku didepan mata ku itu.

Isnin, 30 Mei 2011

JADUAL PADAT.......

Padat betul jadual aku bulan Mei & Jun 2011 nie. Cube la korang tengok jadual aku nie k. Yang warna hijau tu kira adalah urusan rasmi aku nak kene buat.


Bulan Mei, 2011

8hb - Jemputan kahwin kat Kg Kota Dalam, Air Hitam. Jiran sebelah rumah kat kampung.

14hb & 15hb - Family day Kelab Kebajikan Kakitangan Sokongan, FKE, UTM Skudai.

15hb - Anak sedara kahwin belah perempuan kat KL (tak dapat gi).

18hb - Seminar kASIH kat UTM

(tak dapat gi sebab CC cuti, tak leh nak cuti sebab 16hb aku dah cuti balik family day).

21hb - Jemputan potong jambul / jamuan makan kat Bandar Baru Kangkar Pulai. [Kawan suami].

21hb - Jemputan kahwin sedara jauh kat Muar (tak dapat gi).

22hb - Jemputan kahwin anak sedara kat Batu Pahat. [Belah Suami]

26hb - Jadi pencatit minit mesyuarat.

28hb - Jemputan kahwin kat Taman Pulai Emas, Kangkar Pulai (Ahli Kumpulan Yassin Zon C)

Jemputan kahwin kat Kg Melayu Sedenak, Kulai. [Kawan Suami].

29hb - Jemputan kahwin kat Kg Mawai Baru, Kota Tinggi. [Kawan Suami]


Bulan Jun, 2011

4hb - Jemputam kahwin kat Pontian. [Kawan Suami]

(rasa tak dapat gi, nak gi rewang rumah Mak. Teh)

4hb - Malam Mak.Teh aku buat Yassin kat rumah dia di Kg Baru Kulai, Kulaijaya.[Belah Aku]

5hb - Jemputan kahwin member office kat Kota Tinggi &

Jemputan Kahwin member IPK kat Kg Melayu Lima Kedai, Gelang Patah.

(belum tentu gi sebab takut dah terlewat)

8hb - Perhimpunan Bulanan IPK.

10hb - Janji temu (urusan peribadi) di Melaka.

12hb - Jemputan kahwin anak saudara yang 15hb, Mei tu belah perempuannya kat Muar.

[Belah Suami]

Jumaat, 27 Mei 2011

"MENGIMBAU IMPIAN ANTARA KITA" BY IBNOR REZA

Mengimbau Impian Antara Kita


Bersabar Dalam Marah

Bertenang Dalam Gundah

Banyak Rahsia Di Sebalik Wajah


Yakini Dalam Ragu

Senyum Di Dalam Sendu

Aku Kagumi Ketabahanmu


Andainya Sejak Mula

Hatimu Dapat Ku Baca

Ku Percaya Pasti Ada Ruang Buat Kita


Sayangnya Di Ketika Itu

Pandangan Sering Terkeliru

Tidak Tau, Yang Tulen Atau Yang Paslu


Kesilapan Masa Lalu, Jadi Pengajaran

Darimu Ku Temui Sumber Kekuatan


Ku Bermohon Keizinan

Membuka Bicara

Mengimbau Impian Yang Tak Sudah

Antara Kita.......

KAMU TAK FAHAM.......

Dalam kehidupan ini, pelbagai liku-liku dan ranjau yang pasti kite tempuhi. Tetapi perjalanan setiap insan itu berbeza. Setiap orang ada kisah suka dan dukanya tersendiri. Sesungguhnya Allah menduga seseorang itu mengikut kemampuan dirinya. Kadang kala kite rasa, kita fikir, kite tertanya2 mengapa? mengapa jadi begini, mengapa kite yang diuji sebegini? mengapa, kenapa dan akhirnya bagaimana? bagaimana nak menghadapi n sebagainya. Tetapi apa yang aku nak sampaikan ialah, kamu tak pernah faham dan takm akan faham perasaan seseorang itu seandainya kamu tak pernah melalui apa yang sedang dan pernah dilalui olehnya. Kadang2 aku merasakan mereka hanya pandai berkata sebab mereka hanya mendengar, melihat dan berfikir lantas mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kebaikkan yang ada dalam diri. Dan kemudian mengandaikan kalau kite berada ditempat seseorang itu, begitu la jadinya juga. Mengapa perlu menyamakan atau mengandaikan sebegitu? Sebaiknya doakanlah agar seseorang itu tidak menerima nasib yang sama sepertinya seandainya ianya kurang elok. Sepatutnya mendoakan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Aku saje meluah apa yang aku fikirkan. Mungkin ada yang tak faham. Takpelah, yang penting aku faham. Hehehe.

NUR KASIH & KABIR BHATIA .......




Erm.......cuti hari tu 23/05/2011 aku ngan suami tak lepaskan peluang gi tengok Nur Kasih. Oleh kerana kiteorang dah ikuti citer nie dari drama bersiri, so rasa tak lengkap rasanya kalau tak tengok movie die kan. Ok lah citer die, menitis gaklah air mata aku nie kat pawagam MBO, Giant, U Mall, Skudai tu. Aku rasa dalam diam, suami aku pun cam tu gak. Hehehe. Sebab....... tak sudah2 keluar je dari panggung tu die cakap sedih citernye, ok, best. Agaknye sebelum aku cakap, die cakap dulu la agar tak malu sangat kalau aku kat die bersedih gak. Hahaha. Yang best tengok wayang waktu hari bekerja ni, orang tak ramai. Adalah 8 orang dalam pawagam tu. Aman sikit hati n minda nak menghayati setiap babak dalam filem tu. Aku pun tak tau la, tapi sejak akhir2 nie, citer2 sentuhan Kabir Bhatia nie memang menarik minat aku. maybe coz cara penyampainya. Cam citer SEPI & CINTA.

HIASAN DINDING COMEL.......




Cantik tak? hiasan dinding nie cam 'sticker' yang aku penah paparkan dulu. Cuma kali nie masa gi kedai 2N kat Sri Pulai baru2 nie ternampak gambar nie. Harga pun dah turun sekarang, dah dapat RM1.90. Biasalah baru2 keluarkan mahal sikit, nama pun baru. Ye tak? Yang nie cam cantik je, so aku belilah. Aku beli 2. Satu lagi gambar ikan yang dalam citer 'Finding Nemo' tu. Yang tu aku letak kat bilik air, sama ngan mainan Adif. Tapi yang tu tak sempat nak amik gambar. Yang nie aku lekat kat bilik aku sebelah dinding tempat Adif biasa tido. Biar nampak ceria sikit. Masa aku amik gambar nie pun Adif ngah tido. Disebabkan 'skill' mengambil gambar aku yang agak ok gak la. So, tak perasanla si Adif tu. Hehehe.

Rabu, 25 Mei 2011

MAKLUM BALAS PERMOHONAN PERTUKARANKU




Syukur sangat sebab hari nie selain Allah masih melindungi aku, aku terima maklum balas tentang permohonan pertukaran ku. Sepertimana yang diketahui melalui petikan ayat surat di atas, pertukaran akan dilaksanakan sekiranya ada kekosongan ATAU lantikan baru masuk ATAU bertukar masuk. Setahu aku, ditempat yang aku pohon, ada 4 kekosongan jawatan tetapi baru sebentar tadi aku lihat satu kekosongan telah diisi, maksudnya masih ada lagi 3. Betul tak? Kalau nak ikut lantikan baru pulak, memang sepanjang masa ada sahaja lantikan baru, yang mohon tukar melalui JPA pun ramai. Tapi apa-ape pun semuanya bergantung pada keizinan daripada-NYA. Jika diizinkan, aku akan dapat juga bertukar. Niat aku baik (tau kan nape aku nak tukar sangat), tapi tak tau la kan. Harap benda2 yang baik akan dipermudahkan segala urusan. Kira ini adalah petanda awalnya dan harap begitulah hendaknya.

SYUKUR MASIH DILINDUNGI ALLAH

Aku bersyukur.......


Sedang aku meluncur laju mengejar masa di jalan berhadapan padang kawat UTM, Skudai.......dengan tidak semena2 sebuah kereta kancil warna coklat itu terus melulu keluar tanpa menoleh ke kiri kanan lagi. Disimpang yang sepatutnya dia berhenti, dipecutnya kereta itu selaju mahunya. Adakah dia tidak sedar akan kehadiran keretaku? Tanpa berlegah, hon ku bunyikan "tin, tin, tin.......", sterengku pusingkan ke kanan lalu memasuki jalan bertentangan. Lantas tanganku angkat (bukan say hi) untuk menyejutkan dia akan kesalahan lalu lintas yang baru sahaja dilakukan mungkin tanpa sedar. Dia lantas memperlahankan kenderaan, mungkin terkejut akan tindakanku. Aku berisythifar sepanjang perjalanan ke pejabat. Aku tak tau adakah aku masih boleh berada disini menaip meluahkan rasa hati andai bukan ini yang terjadi. Andai ada kenderaan lain di laluan bertentangan, andai aku tak sempat bertindak pantas. Ishhh.......tak dapat aku bayangkan kemungkinan yang bakal terjadi andai itu semua terjadi. Oleh itu, aku menulis di Fb, bersyukurlah kerana Allah melindungi kami berdua.

Khamis, 19 Mei 2011

SIBUK DENGAN BLOG MANIK......

Untuk pengetahuan semua, sekarang aku sibuk sikit dengan blog manik. Maklum ajelah dah sedia nak amik tempahan manik. So, kalau ada kelapangan, lawat2 lah laman blog aku yang baru, http://accesserimaniq.blogspot.com/ n lagi satu blog kerongsang & gelang http://accesserichanteq.blogspot.com/ yang nie adik aku punye.

Isnin, 16 Mei 2011

FAMILY DAY DI DESARU DAMAI BEACH RESORT (HARI KEDUA)

Bila masuk hari ke-2 sebenarnya kami takde aktiviti sangat. Kalau ikut program kul 9.30 beriadah bersama keluarga n kul 12.00 tengahari check-out. But, mestilah ada gak gambar2 yang aku nak pertontonkan. Layan je la ye .......


7.44 pagi : Nie tak lain tak bukan kerja suami aku. Time aku mandi, die ok nyakat si Adif la nie. Tengok muka Adif tue.......


Ait..... Dah suker lak. Ntah ape ntah yang die umpannyer tue.Hehehe.


9.21 pagi : Hahaha. Yang nie paling kelakar la. Adif2....... Sesudah we all breakfast, kekononnye nie Adif nak mandi kolam, katanye dah berani sebab semalam die menjerit2 bila masuk je dalam air. Dengan seluar 'kecik' die, pelampung kereta, punyelah dasyat persembahannye tue.
Tup2 bila kengkawan jerit "Adif3...." leh lari nak masuk bilik. Tapi gambar nie die dah masuk air tapi still kat bahu ayahnye je. Perasan tak?



Tu ha die.......yang seluar biru tue.....yang dok dokong lagi tadi.


10.29 pagi : Ada takde, dah tak leh nak wat per, Ammar pun dah lena kat pangkuan aku. Aku ajak die balik bilik bergambar.......


10.31 pagi : Yang nie gaya bersahaja, yang mula2 tu aku yang suruh beraksi begitu
(Dulu kononnye citer2 nak jadi pengambil gambar).



11.28 pagi : Kami gerak dulu, sempat gaklah amik gambar papan tanda Desaru Damai Beach Resort nie. Tapi dari dalam kereta je....... Asal boleh la orang kata. Bukti gi sini. Hehehe.

Beginilah ringkasnye catatan percutianku kali ini.Kang tulis panjang lebar, penat lak orang nak baca. Bukan orang lain, aku sendiri pun letih, letih nak fikir ayat, menulis, menaip, membaca. Hehehe. Syukur semuanye selamat pergi dan balik.......

FAMILY DAY DI DESARU DAMAI BEACH RESORT (HARI PERTAMA)


Pada 14/05/2011 & 15/05/2011 yang lalu, kami sekeluarga pergi menyertai 'Family Day Anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Sokongan, FKE, UTM Skudai. Hari ni, aku keletihan sangat, jadi ambil cuti. Esok memang dah terang2 cuti sebab Hari Wesak. Yang tu biar dulu, mari aku citerkan sikit hari pertama aku kat sana. Erm.....sebenarnya ada banyak gambar lagi, tapi ntah macam mana mase proses copy mengopy gambar nie leh hilang lak gambar2 yang dalam phone nie. Pelik aku. Tapi tak pela, mana yang tinggallah kite guna ye.



Penggembaraan bermula seawal pukul 10.00 pagi (katanye). Chewah.......penggembaraan tuh! Hehehe. Biasalah kan kiteorang diarah berkumpul kat depan Mc.D nie jam 10.00 pagi. Tapi seperti insan2 biasa kul 10.26 pagi nie pun lom gerak lagi.


Oopss......tetiba nasi dah terhidangkan? Yang nie kiteorang stop kat Kota Tinggi. Ala, tempat yang famous tuk makan belangkas tu. Waktu nie jam dah menghampiri kul 11.40 pagi. Walaupun baru kul 11.40, tapi perut nie lapar tuh.......


Aku ngan Ahmad (suami) dah tak beringat, nampak makanan terus makan, tak ingat dah kawan2 kat sebelah. Ammar ntah ke mana? Hehehe.


11.54 pagi, selesai sudah kami makan. Amik air sirap, sirap limau, limau suam, belangkas masak asam pedas tuk 2 orang makan, kobis tuk 2 orang makan kena RM20.40, tapi tokey tu kata RM20.00 dah la...... cam mahal kan?tapi belangkas susah nak cari. Kira berbaloi la. Ape kat tv tu cakap, berbaloi-baloi.


Aii bang, minum air pun nak amik gambar ker???


Aku pun sama. Hahaha.......


Haa......kat sini rupenye Ammar Fahri. Syukurlah si Siti nie dah sarap Mc.D n tak nak makan belangkas. So, dielah yang tolong jagakan Ammar sepanjang kiteorang makan tadi. Thanks Siti.......


12.31 tengahari : Perjalanan diteruskan. Tengok Ammar cam die plak makan n dah kenyang. Tido tak ingat dunia.


Adif susu dalam botol dah habis pun jadik.......


12.40 tengahari : Awam mendung mula berarak mengiringi perjalanan kami.


12.50 : dah sampai Bandar Penawar, hujan selebat tidak.


5.00 petang : Sebenarnye kul 3.30 petang kami ada sukaneka seperti larian dadu, bola racun, ntah ape lagi ntah namenye, tapi gambar aku tak dapat nak n3 sebab ntah kemana hilangnye (cam mula2 aku cakap tadi). Tapi yang nie kira aktiviti membina istana pasir.


5.01 petang : Saje amik gambar permandangan Pantai Desaru.


9.53 malam : Tukar hadiah sesame kakitangan. Yang nie semua orang kena bawa hadiah tak kurang RM10.00 tuk tukar-tukar. Time nie kami dapat hadiah .


Yang nie lak, kami cabut tuk beri orang hadiah.


9.55 malam : masing2 cam dah ngantuk, menunggu cabutan bertuah.


9.56 malam : Adif kata nak gambar die je diambil. Amik je la.


9.57 malam : Kata Adif : bila nak balik rumah nie......" Hahaha. Aku saje je reka ayat tue.


9.58 malam : Aku pun nak gambar gak.


10.08 malam : Ammar pun nak gambar sorang gak mama.......

Oklah, begitulah berakhirnye malam pertama kami di sana. Masing2 dah letih n penat. Tv pun harap suara je kuat, gambar tak terang. Ape lagi.Susun bantal, Tido la.......

Selasa, 10 Mei 2011

MENGGUNUNG KERJA MENANTI.


Agak-agak korang berapa banyak fail nie???


Ai, korang tengoklah punyelah menimbun keje yang menunggu giliran untuk di ambil tindakan oleh aku. Banyak tu wei...... yela, nak wat cam ne kan, cuti bersalin lalu aku amik 90 hari. So, standardlah ngan keje yang menanti penuh setia nie. Redha je la sebab kena wat gak, dah tanggungjawab.......

Ahad, 1 Mei 2011

RASA NAK TUKAR TEMPAT TUGAS

Rabu depan 04/05/2011 aku dah mula naik kerja, tapi mungkin aku akan terus hantar surat permohonan tukar. Bukan pe, memandangkan kesihatan dan keadaan mak mertua yang tidak menentu buat aku rasa bertanggungjawab untuk memohon tempat tugas yang lebih berhampiran dengan kediaman. yela, kalauada ape2 berlaku tidaklah aku mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah.

Sebenarnya baru-baru ini seorang penduduk warga tua di kawasan perumahanku telah meninggal dunia akibat terjatuh dibilik air menyedarkan aku kepentingan berada berdekatan dengan ahli keluarga kite.Arwah pakcik tu kira masih beruntung kerana sewaktu disaat-saat akhir hayatnye walaupun anak yang duduk bersamanya tiada dirumah ketika itu, masih ada isteri dan cucu yang telah bersekolah untuk menolong.Manakalah mak mertuaku tinggal berseorangan. Walaupun dia tiada masalah kesihatan yang serius, tetapi agak membimbangkan kerana masalah kaki dan lutut yang dihadapi.

Aku harap permohonan aku akan dipertimbangkan sewajarnya kerana niat aku hanya satu.