SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 26 September 2012

ANGGUR PULAI JAYA, JOHOR

Erm.... Nak letak label Santai ke Luahan Rasa ke Info pun aku tak pasti sebab pelbagai perasaan bermain di minda dan hati ni. Rase badan kurang selesa pun ade ni. Malam tadi sebenarnya 'kami' stay back. Buat kerja yang ntahlah susah nak cakap. Siapa 'kami'? Rakan2 pejabat la. Nanti2lah, ada masa yang terluang aku cerita satu persatu, perlahan2. Pe2 pun baik aku terapi minda dulu. Ha... Meh aku tunjukkan korang gambar pokok anggur yang tumbuh menjalar depan rumah jiran aku. Asalnya pokok ni macam dah nak mati, tapi bila nampak ada tanda2 masih leh hidup, Liza jiran aku pun kemaskini la keadaan pokok ni. Dan hasilnyer..... Lihatla k :)

Antara buah yang tumbuh

Banyak gak buahnye

Ha... percaya kan depan rumah aku?

Sabtu, 22 September 2012

KELUARGA KAK ANA


Pening kepala dok fikir kerja yang lom selesai tapi aku tak dapat membantu. Cian lak bila mengenangkan CC yang kena datang n buat pagi ni. Tapi aku memang dah maklum kat CC n say sorry sebab keadaan yang tak leh nak buat pe2. So, ade takde aku godeh2 la blog aku, tengok2 gambar n terpandang satu gambar ni. Maybe korang tak kenal sangat family aku sebab asyik gambar aku, gambar aku n gambar aku je kan? Hahaha. 

Ok, hari ni aku nak kasi lihat gambar keluarga kakak sulong aku iaitu Suhana (Kak Ana). Dia tak suka kami panggil die kakak, so panggil Ana je la. Beza umur ngan aku cuma 3 tahun. Sekarang anak die baru 4 n empat2 perempuan. Hubungan aku ngan dia ni kejap elok, kejap tidak.Ntahlah...Malas nak cakap banyak. Tapi dah orang kata hubungan adik beradik ni bagaikan air, dicincangkan pun tak akan putus :)

Jumaat, 21 September 2012

LIRIK LAGU KELIP-KELIP (REMY ISHAK)



 Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah


Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip


[Chorus]
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi


Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip


Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi


Menyinar bagai kelip-kelip

Khamis, 20 September 2012

BILA AGAKNYA.......

Kesedihan kian memuncak bila aku melihat gambar2 raya ni. Ntah bila agaknya, hatiku tertanya2....Bila ape? Bila agaknya Aku, Kak Na, Komai, Mimit & Mirul dapat bergambar bersama lagi. Mungkin apa yang kamu lihat senyuman ikhlas yang terukir sewaktu raya, gembira ketika gambar diambil, tetapi hakikatnya hanya kami yang tahu. Ah! feeling plak aku malam2 ni kan? Aku sebenarnya kat kampung, pinjam broadband Komai. Bergegas balik kampung sebab Mak.Fuzi (pengasuh Adif & Ammar) ada urusan peribadi n nak balik kampung, ada takde kenalah minta tolong Komai jagakan sebab Mimit ngan anak2 pun ade kat sini :)

Dari Kiri : Mimit (4), Mak, Aku (2) & Komai (3)
 
Dari Kiri : Ana (1), Komai (3), Aku (2) & Mirul (5)

But apa2 pun serious, suatu hari aku harap ikatan kekeluargaan antara kami akan erat terjalin. Memang sukar, tapi tak salah kalau kita berharap kan.

BUSY SESANGAT......

Aduh...tak tau nak luah cam ne kerja yang mendatang ni. Nak buat yang mana satu pun aku tak tau... sana sini urgent n penting. Erm... cam biasalah, kena amik masa sunyi sepi, orang takde baru leh fokus wat keje. Jengah blog ni pun sebab rindu lak tak tulis pe2 da dua hari ni :) So, selamat bekerja n semoga semuanya berjalan lancar. Go farraa go. Aku boleh !!!

Selasa, 18 September 2012

TANJUNG LEMAN, JOHOR

Erm...tak sempat nak citer.tengok gambar dulu ye :)

My family

Anak-anak....

Ahmad amik turn tengok Adif & Ammar

Giliran saya jaga anak2

Family berkumpul..... antara yang hadir

Wah....semua dok nganga mulut ni. Lapar nampak....

Pakai cermin matan, hidung berbekas.

Kategori : Gambar mesti ambil :D

KERJA OH KERJA

Borang-borang permohonan

Aduyai...nak buat macam mana kan, dah namanye kerja terpaksa gak ku gagahi kaki ini. Maklum ajelah aku kan pengganti CC yang bercuti hari ni. Aku sebenarnya kurang sihat. Semalam perut sakit, berangin, muntah, sakit badan semua ada. Satu hari baring dalam bilik je. 

Mula2 lepas makan panadol tu berpeluh, elok la sikit. Dapat gak basuh baju yang penuh dengan pasir yang di bawa dari Tanjung Leman. Pastu jadi balik. Petang bila da tak tahan, aku gi klinik. Tu yang pagi ni maklum kat pegawai masuk lewat sikit, badan kurang sihat. Aku kena datang gak hari ni sebab aku kena semak borang2 permohonan bagi urusan kenaikkan pangkat yang berakhir 14hb peringkat Kontinjen & 24hb Bukit Aman. Plannye nak naik Bukit Aman 23hb tapi lom pasti waktunya. Ingatkan tahun ni dah tak naik sana lagi...... Yelah kita hanya merancang kan. Bukan pe, risau bila 24hb baru bertolak, pastu nak kena semak satu persatu, ntah kul bape baru nak balik kan?

Jumaat, 14 September 2012

MERAJUK....SALAH KE?

Hahaha....boleh tak kalau hari ni aku nak merajuk? Salah ke? Hehehe.... Tengoklah apa aku buat sorang2 kat pejabat ni. Amik gambar muka merajuk. Hehehe... Sebenarnya hari ni pejabat satu lagi tu buat sambutan hari raya, tapi sebab hati belum betul2 bersedia disebabkan seseorang tu, aku tak gi la kan. Malas nak tambah luka dihati. Erm... nak kata terluka sangat tu takdelah, tapi still luka la. Lagipun semua dah pegi, aku yang offer diri nak stay. Aku tak kisah, dapat gak aku leh bersenang hati jaga pejabat sambil mengikuti lagu2 yang berkumandang kat radio. Kata seorang kawan, dah tua2 ni makin sensitif ke? Aku kata bukanlah, 'manja' (kategori ngada2, hahaha)

Empat malam balik kul 11 lebih, muka pun makin tembam (ade kaitan ke?hehehe)


Saje nak tunjuk pakai kerongsang kat tepi lak ;P 

INGIN LETAK JAWATAN SEBAB SESEORANG?

Erm....sungguh aku tak sangka khabarnya seorang kawan sanggup nak berhenti kerja kerana tidak tahan dengan layanan seseorang didalam pejabat. Syukurlah aku dah melepasinya dengan mendapat tawaran bekerja kerajaan, kalau tak, mungkin aku gak akan buat cam tu. Tapi yela, rezeki die, seorang member ajak join company die (Ai...mesti korang tak faham apa aku merapu ni kan)

Takde, baru2 ni aku gi beraya rumah member2 lama, banyak staff yang dah tidak bekerja disitu rupenye n banyak sangat info yang aku dapat. Apa yang pasti, aku ingat setelah hampir 3 tahun aku meninggalkan jawatan tu, si dia akan berubah, rupanya makin teruk, semua dijadikan musuh, nak2 yang dok pegang jawatan aku tu. Erm.... bila agaknya die nak berubah kan? Semoga dia cepat sedar :)

Khamis, 13 September 2012

LEGOLAND, MALAYSIA

Pepatah kata sambil menyelam, minum air. Hehehe. Cam tu la gak aku ni ha... Kalau nak tau, pagi tadi aku berpeluang gi Legoland, Malaysia atas urusan kerja. Dapatlah masuk jap n bergambar. Nak citer lebih2 tak leh sebab aku pun datang bukan tuk berjalan kan? Tapi aku rase best sangat.Pasni pasti aku pun datang lagi :) yang penting improve B.I ler........

Pintu masuk

Mini Kuala Lumpur

Saje amik gambar lebih sikit......

Isnin, 10 September 2012

BOLA FUTSAL BIRU TU ADIF FARHA PUNYE LA....

Erm...Lama dah nak N3 citer pasal bola futsal ni, tapi tak berkesempatan. Maklum ajelah asyik sibuk menyibukkan diri :) Hehehe. Aku sebenarnya malas gak nak citer hal budak2 ni, tapi tu la realiti sekarang kan. Mungkin kalau nak banding aku dulu main bola buah kelapa kering, main baling selipar, bola tin, kira susahlah nak jumpe bola betul ni, tapi budak2 sekarang lain, bola futsal tuk budak2 pun ada & mampu dibeli ibubapa untuk bermain. 

Nak dijadikan cerita, masa Aku, Adif & Ammar temankan Ahmad bermain futsal, ada anak seorang member ni bawalah bola futsal kecil die, mula2 tu elok je main berdua, pastu gaduh sebab die kata Adif tak reti main, Adif tendang dekat, tak reti tendang jauh n laju. Sebenarnya dia tak leh terima sebab tak dapat tangkap bola yang Adif sepak. Pastu Adif kata dia menang. Ye la, budak2... Aku biarkan je. 

Tapi bila Adif buat muka n duduk kat tepi dinding tu diam je, mata berair, bila aku tanya marah2 sebab budak tu (besar dari adif usia n badan die) tak bagi main, kesian lak aku tengok. Apa lagi, tengok duit pun ada, mahal pun mahalla. Lagipun bola tu fikir2 leh guna lama, bermain bersama n salah satu sukan, aku belila.

Bola Futsal itu

Nama, Harga & No. Phone siap tertera ;P (sebab orang kata mahal, tak tau la kan)

Ahad, 9 September 2012

KERONGSANG BUNGA & LAIN2

Haaa....lega rasanya bila da dapat mulakan buat kerongsang bunga ni.Demi mengotakan janji (janji ke?boleh dikatakan la) kepada kakak yang asyik bertanya bila aku nak buat dan hantar tuk dia jual. Malam2 jumaat tu aku bergegas balik ke Air Hitam sebab aku tau, tanpa bantuan adik pasti tak terbuat punye :) Terima kasih ye Mai......

Tak sangka diam2 da banyak

Kod : KBMP07041

Kod : KBR07042

Kod : KBB07043

Kod : KBL07044

Kod : KBRM07045

Belum boleh letak kod :D

Saje letak kod, mana tau ade yang berminat leh calling2 ye. Nila antara hasil tangan aku n adik tuk tatapan bersama. Secara jujurnya aku katakan, aku memang minat sangat hal2 macam ni. Cam dulu, wat bunga telur kawin sendiri pun aku buat. Mungkin bagi sesetengah orang beli lebih senang, tapi bagi aku, tak salah mencuba sebab rasa puas sangat bila lihat hasil kerja tangan kita tu. Memang aku akui terpaksa mengambil sedikit masa tidurku untuk buat benda2 cam ni, tapi itula aku :) Pasni aku bercadang nak buat bukan sahaja kerongsang, tapi bekas handphone, cekak rambut, boxpencil n macam2 lagi la. Doakan aku ye.

Jumaat, 7 September 2012

SYABAS EDRY ABDUL HALIM - 29 FEBRUARI

Sekadar gambar hiasan :)

Hehehe....memang gambar diatas tiada kena mengena ngan ucapan tahniah ni tau. Saje2 je nak letak. Pepaham je la aku ni cam ne. Suka2 je buat itu ini :) Ha....semalam aku nak citer ni, dah tengok filem 29 Februari yang Edry KRU tu buat. Tu yang rasa berbesar hati nak ucap syabas n tahniah sebab citer ni dapat menyentuh hati sanubariku ini. Dah macam tengok filkem hindustan Kabhi Kushi Kabhi Gham  (betul tak ek ejaan, ah!lantak la) la pulak..... Kejap aku tersenyum gembira, kejap aku terdiam sedih. Jalan cerita sangat menarik pada pendapat aku sebab ni baru pertama kali aku tengok citer yang tiada unsur ciplak jalan citer mana2 (lebih kurang sama ngan citer lain). Aku bagi markah penuh 5 bintang :D

Rabu, 5 September 2012

SIAP JUGAK.....YES!!!ESOK LEH CUTI ;p DATING....

Syukur sangat sebab akhirnya siap jugak minit mesyuarat pagi ni. Tu yang aku balik agak lewat ni. Lagipun bukan pe, sebab esok aku dah apply cuti. Geng2 Serbu Raya FKE, UTM Skudai nak datang rumah. Da alang2 kan, aku jemput sekali member pejabat. Nak buat open house tu bukan tak boleh, tapi risau lak tak terlayan. Hehehe (disamping peruntukan wang yang agak terhad). Maklum ajelah perancangan banyak sangat ngalahkan tender syarikat besar mana ntah. Hahaha. Rezeki :) Esok plan tuk persiapan tu la kan. Tapi nak kata persiapan tu cam besar n banyak sangat lak makanannya, takde la cam tu. Cuma ingat nak berehat n dating ngan pakwe. Siapa lagi suamiku Ahmad la. Bila lagi nak berdua-duaan kan? Terasa nak tengok 29 Februari n nak karaoke sebab malam hari tu tak puas, cam kejap sangat. Hehehe. Ai.... tetiba lak teringat kata seorang kawan, tapi takpelah.Biar aku je simpan kata2 tu :D

ZAMAN BERCINTA PALING INDAH?BETUL KE...

Betul ke? Betul ape? zaman bercinta yang paling indah... Erm...aku pun susah nak cakap. Ala... saje kuarkan topik ni sebab malam tadi gi beraya, leh pulak masing ungkit pasal dating2 ni. Ada yang citer pasal nak jumpe sebab ayah garang sangat sorok2, tunggu jauh naik motor. Minyak habis lak. Aii...macam2...Hehehe. Aku pe lagi, nak join gak, tapi bukan cakap pasal dulu2 tapi baru2 ni sebab first time naik motor ngan Ahmad dekat2, xxxxxx (dot.dot.dot.), masa tu terfikir la dalam hati ni patutlah orang bercinta suka naik motor sebab masa kami tak merasa naik motor :) Syok gak rupenye. Ai... malula pulak nak citer lebih2....K la.

Nak gak gambar berdua :)

SUSAH NAK CAKAPLAH....

Manusia-manusia....aii... dah namanya manusia kan, manalah ade yang sempurna. Tapi ntahla, napelah die asyik nak mencari salahku je, tu yang aku tak faham...ai.. geram pun ada...erm...

Baik aku letak gambar ngan mak ni, sejuk sikit hati. Hehehe.... See, my mom :)


Hohoho...apa yang Puan Farraa kita ni membebel tengahari terik ni kan? Takde, aku just nak luahkan sikit perasaan ni. Aku ade sikit geram ngan seseorang yang pada pendapat aku dia ni tak rabun jauh sebab dari pandangan jauh die leh nampak je pergerakkan n salah aku, tu yang aku rasa cam tu. Tapi aku rase die ade sedikit masalah rabun dekat sebab 'budak2' di bawah jagaan die, die nampak sempurna. Macam tak penah buat salah.Ibarat kalau kain putih tu, tertitik setitik hitam, tu la yang die nampak (putih ke?hahaha) More explaination? tak payah la. Just nak cakap ni je sebab aku dah cakap ngan member kalau die ungkit lagi hal tu, ayat ni gak la aku nak cakap kat die, but b4 tu say sorry la kan? Ok tak? Hehehe.