Malam tadi lebih kurang kul 7 lebih tetiba api mati. Adif nampaknya tak takut sangat sebab masa tu die betul2 sebelah aku tengah main. Tapi tu lah, dah namanya budak, dimintanya aku tuk pasang lampu, pasang kipas........ Mana lah boleh, dah karen terputus. Adif, Adif......
Lilin?tu la pasal, kekadang tu aku memang tak berapa nak ingat kat mana aku letak barang. Ala......bukan pelupa! Apa nak dikenang perkara2 lepas. Hehehe. Mana nak ngaku kalau orang kata kite pelupe beb! Ada lilin tu, kat luar rumah. Hehehe. Itulah satu2 nye lilin yang aku ingat kat mana sebab selalu sangat nampak. Apa lagi, lilin tu la yang kiteorang guna. Jumpa gak yang lain, tapi yang kualiti kurang memberangsangkan tu, warna kuning.
Apa yang buat aku gembira bila Adif menyanyi lagu 'Happy Birthday' versi budak2 pastu tiup lilin. Ai....... nak dimarah macam tak patut pulak. Ingat lagi rupenye die masa sambutan hari lahir die yang pertama n kedua dulu tiup lilin. Budak kecil ni memang kuat daya ingatan sebab tu tak leh cakap or ajar yang bukan2, menjadilah jawabnye.
Sebenarnya peristiwa ni takdelah apa sangat. Normal bagi semua orang, cuma aku ingin berkongsi sedikit perasaan pada pembaca semua. Sambil mengukir senyuman di wajah dan di hati aku menaip.