Jumaat lepas kalau tak silap 29.10.2010, kawan2 kepada anak yang jaga anak aku tu (faham tak?aku pun cam tak berapa nak faham) hehehe, ajak gi Angsana, main bowling. Almaklum ajelah baru lepas gaji, so kiteorang on je la. Aku? tak main. Just jadi pemerhati bebas. Gaji? mana ada gaji, nama pun bebas. Tapi dapatlah gak air 2 tin. Hehehe. Kadang2 gi tempat bowling ni, ok gak. Saje santai2. Kat bandar ni mana la ada sangat tempat2 yang leh tenangkan fikiran tuk release tension. Kat tempat2 cam nie je la. Masa tunggu dieorang datang (sebab kiteorang datang asing2), suami aku ingat nak menyanyila sebarang 3, 4 lagu, tup2 dah sampai lak, so tak jadi kan? Aku pun ingat nak test power la gak, tapi tak reti nak pilih lagu la. Hehehe. Burn gitu je la. Ape2 pun, kite orang still happy masa tu. Pihak lelaki main 3 trip, perempuan mula2 amik 1 je, last2 tambah lagi satu. Naktambah lagi, dah malam la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan