SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 18 November 2010

SYUKUR KEHADRAT ILAHI & TERIMA KASIH BANK RAKYAT, LARKIN PERDANA, JOHOR

Di hari kedua Aidiladha 2010 ni, aku ingin sangat meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana telah mempermudahkan segala urusan aku yang mana baru-baru ini aku tersalah 'bank-in' duit dan terima kasih kepada pegawai bank rakyat yang berurusan dengan aku kerana telah mengambil tindakan yang cepat dalam mengatasi masalah yang aku hadapi.

Segalanya bermula apabila aku terkeliru semasa ingin memasukkan wang ke dalam akaun melalui mesin deposit tunai. Biasalah mesin tu mesti minta jenis n no akaun, aku dah ke arah akaun simpanan, tapi no yang ada pada aku cuma akaun pembiayaan, so aku tanpa berfikir panjang masukkanlah ke akaun pembiayaan. Dengan rasa yakinnya tanpa ragu2, untuk kali keduanya pun aku masukkan ke akaun yang sama tapi kali ini aku terus 'check' kat akaun simpanan aku.

Terperanjat jugaklah s
ebab tengok baki akuan masih sama. Sampai je rumah aku terus selongkar beg yang menyimpan segala khazanah dokumen peribadi aku, periksa punye periksa rupenye salah no la. No tu tuk bayar pinjaman aku. Habis......aku tak tau nak wat pe, terus mesej pegawai yang berusan dengan aku masa buat pinjaman dulu. Dia minta 'call' ada 2 orang 'banker' ni, tapi hari dah malam. 'So' keesokkan harinye (kebetulan aku cuti), aku terus taip surat permohonan supaya duit tu di alihkan ke akuan simpanan aku dan menjelaskan keadaan sebenar.

Alhamdulillah, dalam masa 6 hari semuanya selesai. Terima kasih pada semua yang membantu kerana mungkin bagi sesetengah pihak jumlahnya tak la besar mana, tapi bagi aku biar sikit, asalkan ada. Moral dari pengalaman aku ni, pasni sesiapa sahaja yang ingin memasukkan wang ke dalam akuan, pastikanlah semuanye betul sebab aku masih bersyukur tersalah masuk antara akaun aku sendiri, kalau ke akaun orang lain? Tak tau la. Berserah je la jawabnye .......

2 ulasan:

  1. Fara, itu la namanya kalu dah rezeki x ke mana...hehe..

    BalasPadam
  2. Tu la, jangan terlalu yakin lain kali erk. Kena berhati2 dalam apa jua yang kita lakukan walaupun tersangat pasti kan.

    BalasPadam