Hari sabtu 13.10.2010, malam lebih kurang kul 8.00 aku pergi ke Kipmart, Tampoi setelah mendapat jemputan melalui SMS bagi meramaikan Cabutan Bertuah Sempena Karnival Kosmetik yang berakhir baru2 ni. Dengan pembelian sekurang-kurangnya RM20.00 kat kedai2 kosmetik kat situ kita dah leh sertai. Sebenarnya aku pun tak perasan tentang hal ni. Yang tau masa belikan produk Almas yang mak mertua aku kirim, aku adalah isi borang penyertaan, tapi habis cam tu je la, tak fikir2 pun tentang bila tarik tutup dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, walaupun sedikit ragu2 nak datang, aku pun datanglah sebab fikir2 kalau datang takde pun tak rugi benda pun, leh jalan2 sekali, survey tudung dan lain2kan. Sampai2 je, memang betul ada, cabutan pun dah nak di mulaka. Hadiah saguhati berupa baucer tunai RM100 X 4, tempat ketiga samalah baucer tunai RM300, tempat kedua, RM500 dan tempat pertama RM1000.
Apa yang aku nak 'story' nie, bukanlah aku yang dapat baucer2 tu semua, tapi ada satu kisah pengajaran kat situ. Gini, nak di pendekkan cerita, tibalah cabutan hadiah tempat pertama, nama pemenang pun dipanggil, nama perempuan, tapi lelaki yang naik (jangan buat andaian dulu), rupenye suami kepada si pemenang tu yang naik sebab isteri die gi membeli belah rasanya. Pihak penganjur kata tak leh orang lain ambilkan, jadi si suami minta masa tuk panggil isteri die. Tunggu punye tunggu, dah 5 minit berlalu, pihak penganjur dah tak leh bertolak ansur, cabut lagi sekali. Cabutan kali nie takde orang naik, si suami tadi tak putus asa, 'call' n ke sana sini cari isteri die, isteri die pun sampai. Bincang punye bincang, pihak penganjur kata tanya ngan peserta yang menunggu kat depan pentas, adalah suara2 yang minta cabut balik. Lagipun tak leh gak sebab berbalik kepada kenyataan penganjur sebelum ini hanya peserta yang ada dekat situ je yang layak menerima hadiah bukannye wakil atau sesiapa. Suami isteri tadi terpaksalah akur dan melangkah walaupun berat nak terima hakikat tu. Pengajarannye, kalau kite ada sertai pertandingan cam nie, tunggulah sehingga selesai sebab orang lain pun menunggu gak walaupun tak tau akan dapat ke tak. Tapi sebenarnya nak wat cam ne, bukan rezeki die. Rezeki pakcik yang menang tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan