SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 19 November 2010

CADAR 80% RM47.80, DOBI RM38.00

Cantik tak? Cadar baruku.......
Erm, kalau korang nak tau, semalam aku cuti. Tapi aku sorang je yang ambil cuti, so ronda sorang2 la. Mula2 ingat nak rehatkan badan n minda je, tapi orang yang biasa kerja ni, kalau dok rumah seharian, pastinye rasa bosan, so sebelum itu semua terjadi, baik aku memenatkan diri dulu, pastu balik baru rehat. Dalam meronda2 jalanraya tu, terasa lak nak gi cari cadar baru. Bukan pe, katil kahwin yang mak mertua aku belikan ni saiz king, so kat rumah cuma ada satu je cadarnya. Bolak-balik guna yang tu je. Tu pun kalau sekali cuci dobi leh jejak RM45 kalau campur ada satu alas cadar lain tu.
Kebetulan kat The Store sekarang ngah 'sale' adalah potongan 80%, so leh la dapat harga RM47.80 daripada RM239.00. Ntah betul ke tak harga asal tu, aku tak pasti la. Dah die tulis harga tu, harga tu la kot. Hehehe. Dah guna malam tadi rasa selesala sebab 100% 'cotton'. Mana taknye, sampai jam pagi dah berbunyi pun rasa nak tido lagi. Lena.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan