Terkadang aku rasa aku sangat2 tak patut. Sesekali rasa bersalah tu datang, tapi....... aku tak tau nak mula macam mana tuk terus berhadapan dengan sesiapa sahaja yang aku rasa dah melukakan hatinya. Mungkin aku malu. Malu untuk mengaku kesilapan diri, kelancaran bicara atau perbuatan yang aku sendiri tak menyangka terjadinya secara spontan.
Aku tak mampu untuk hipokrit atau menipu diri sendiri dengan menjadi orang lain. Aku tak boleh menyembunyikan diri aku yang sebenar. Tapi bagi sesiapa yang benar2 memahamiku (rasanya macam takde), pasti mereka tahu, jauh disudut hatiku, hatiku menangis sendiri kerana telah memperlakukan sesuatu seperti itu. Maaf adalah satu perkataan yang amat beratku ucapkan pada orang2 tertentu. Mungkinkah itulah egoku.
Bukan aku tak mahu meminta maaf, tapi macam aku kata tadi (eh!tulisla.hehehe.tengah feel pun leh menyelit), aku tak tau nak mula macam mana sebab.......aku sangat2 pasti air mataku akan turut mengalir seiringan dengan kata2ku. Bila itu terjadi, butir2 dan bait2 kataku takkan kedengaran begitu jelas. Jadi, pada sesiapa yang rasa aku tidak bertimbangrasa, ego, sombong, berlagak atau sebagainya (ha!tokok tambah lak.hehehe), aku nak bagi tau kekadang aku rasa bersalah gak, tetapi aku tak tau macam mana nak mula. Lega sikit bila dah luah kat blog ni tau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan