Sekarang gi mana2 n apa2 pun nak kena ada bukti.
Minggu ni cuti 3 hari sebab Johor hari isnin tu cuti, jadi aku tak lepaskanlah peluang untuk memenatkan diri beriadah sambil meninjau tempat2 singgahan pelancong di tempat aku ni. Kalau sebelum ni aku gi Kota Iskandar yang bakal melonjak namanya sedikit masa lagi, kali ni aku gi ke Penghujung Selatan, Tanah Besar iaitu kat Tanjung Piai, Serkat, Pontian lak. Masa aku gi ni hari sabtu 21.11.2010 hari tu, tak caya cuba tengok n teliti betul2 tiket tu. Hehehe.
Apa2 pun ambil gambar dulu, tu dah mesti.
Maklum ajelah kamera kalau nak betul mahal, amik guna hp je la.
Dah sampai pun Penghujung Selatan, Tanah Besar Asia.
Sebelum sampai ni kiteorang kena redah air sikitlah sebab air pasang.
Adif dah mula minta dukung sebab deruan air buat die kecut perut.
Kiteorang ni pun cam biasalah main redah je masa gi sini, jalan ikut papan tanda. Tapi masa isi minyak, aku sempatlah tanya kat budak yang jaga pam tu. Bukan pe, tuk lebih pasti. Lagipun orang kata, malu bertanya, sesat jalan. Cuma kalau sesiapa nak datang kat sini kalau rasa nak bawa makanan tu sorok2 la sikit sebab banyak monyet tau. So, hati2.......tapi kalau rasa nak bagi makanan tu bawalah setandan pisang ke. Ok gak kot. Sambil beriadah, kita beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan