Saje je la nak luahkan rasa ketidaksedaran aku ni......Dalam pada aku bergurau, memarahi, memanjai Adif Farha, rupenye dah besar n dah boleh diharap rupanya dia.... Kisah semalam sangat2 menyentuh hati aku. Oleh kerana sabtu ni direncanakan kami akan ke Melaka dan berkemungkinan jumaat malam dah pulang ke kampung, makan cuti sempena pertabalan Agong semalam kugunakapakai untuk membasuh baju. Tengahari la jawabnya aku baru nak berhias diri, mandi.
Sedang asyik didalam bilik air terdengar olehku dentaman hujan membasahi bumi n bumbung rumahku. Terdetik di hatiku ini. Hujan? Kehairanan seketika sebab keadaan waktu tu terang benderang, lalu aku keluar menjengah n mendapati suami ngah lena terlelap sewaktu membuai Ammar. Aku terus menjerit perlahan (sebab Ammar nak tido)," Abang hujan, kain tak angkat lagi". Ahmad bergegas keluar n dapati kain telah ditarik oleh Adif......Tak sangka, dah boleh diharap Adif.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan