SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 27 April 2012

TOLONG BUKA PINTU, SAYA DARI JAIJ..... HAA....


Huhuhu.... Inilah bukti yang kami telah dijumpai berdua-duaan di dalam sebuah bilik kecil bersuka ria menyanyi. Hehehe... Hai... Dalam hati tu sebenarnya, kelakar gak. Tapi Aku hormat pada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sebab turun padang wat kempen cam ni. Mesti korang tak faham ape yang berlaku kan? meh aku story mory sikitla......

 Al kisah nya.....

Semalam aku cuti. Ada beberapa urusan yang agak penting kat kg. Aku telah beritahu Ahmad (suami) dalam dua minggu awal.... Tak ku sangka, Ahmad pun amik cuti gak. Tapi aku tak leh nak ajak die ikut balik kg sebab sebenarnya salah satu sebabnye aku nak belikan die hadiah. Cume kat BP tu je yang aku nampak benda tu. Tapi.... semua plan tak menjadi. Hati aku lak tak tenteram sebab meninggalkan Ahmad kat JB berseorang, bersendirian (risau ade lak yang 'rajin' nak teman, hehehe)

Lalu.....

Mana urusan yang leh tangguh, aku cancel n pulang ke JB tengahari tu. Kira kami datingla kan. Gi berurut, karaoke n tengok wayang. Haa...masa ngah karaoke tu leh kami didatangi oleh seorang pegawai dari JAIJ ni, die ketuk pintu n bagi risalah ni. Baguskan JAIJ ni... Banyak info kat dalam risalah ni tau :)

Nak jadi citer last sekali Ahmad kata, kami dah kahwin.... Apelah Ahmad ni. Haiipppp!!! Erm.....

2 ulasan:

  1. Bagus2 akak sokong 100000000% kalau JAIJ buat camtu...ermm huluqlah kat dalam pengangkutan awam, boleh ingatkan 'mereka2'yang nak sgt...esspecially dlm teksi...kuikuikui. Bila nak tuju belakang2 bangunan atau lorong gelap bila ada risalah keta reverse balik, ingat dosa ...huhuhu

    BalasPadam
  2. Erm...kat pejabat sorang member tu siap edar tuk semua orang tak kira pegawai ke awam.... bagus kan? Hehehe. Kite masa tu saje wat gempak :)

    BalasPadam