SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 30 Mei 2012

RINDU SERINDU RINDUNYER.....

Aiii rindu pada siapa tu ek? Hehehe... rindu pada penulisan blog ni la. Aku pun tak tau nak mula dari mana. Sejak gi Bukit Aman hari tu, dapat lak keje2 yang membuat aku agak bz sikit. Erm....ditambah lak ngan hal2 remeh temeh yang susah aku nak jelaskan membuatkan mood, feel semua ntah dimana terbang melayang.... Mungkin aku boleh dari sini, sekarang kan? 

Farraa bercerita.....

Cam ni, aku sebenarnya rasa something yang amat sukar digambarkan saat dan kala ini. Senang kata, tak tau.... Aku bertolak ke KL sekitar jam 5.00 khamis 24/5. Bermalam. Berseorangan.Awal pagi kul 8 bergerak ke B.Aman menguruskan hal2 kerja.... kul 12.00 tengahari gitu, gerak pulang. Dalam perjalanan, baru sampai nilai rasanya dapat panggilan kata kul 3.00 aku kena gerak ke Ipoh, Perak atas urusan tugasan lain. Dengan belum makan semua, aku sampai rumah kul 2.56. Terus masukkan baju lain kat beg, kul 4.30 kenderaan sampai amik. Sampai Ipoh kul 11.55 malam, masuk wat keje sampai kul 2.00 pagi sebab kelas tu leh sampai 2.00 je. Terus keluar minum, kul 3.00 masuk bilik, 3.00 ++ tido, kul 5.00 pagi aku dah terjaga. Kul 8.00 kuar gi buat keje. Letihnyer....

Tapi hal2 ni aku tak kisah sangat, cuma cerita, berita yang tersebar dan disebarkan oleh individu yang suka sangat beri komen tanpa usul periksa, tanpa tau intipati yang buat hati ngan jiwa aku sangat2 kosong....Ya....mungkin inilah perkataan yang aku cari. Sekarang, jiwa aku kosong....(Macam lagu Najwa Latiff la pulak, hehehe)

Rabu, 23 Mei 2012

BUKIT AMAN LAGI....

Aii....jumaat ni, nak tak nak kena gak naik Bukit Aman tuk menghantar dokumen. Dah call bahagian lain, takde yang nak gi, boleh kirim kan? Tapi takleh gak nak kirim suka2, sulit tu... Tapi tu la, esok nak kena call transport dulu samada kenderaan ke tak? Kalau menumpang jawabnya esok petang dah kena gerak... Erm... Tapi aku da ade tempat sekarang, rumah adik kat Shah Alam. Mana tau kena tidur, ape lagi... saya gi dulu i city tu la jawabnye....Hehehe...

Isnin, 21 Mei 2012

RIADAH

Letih.....mana lagi kami beriadah kalau tak kat Zoo Johor.Tau je la, Adif ni kan, nampak itu ini nak.Waktu tengok tv, ade citer pasal apa ntah, aku pun dah lupe, tapi pasal haiwan ni la.... Ha, mula la die merengek nak gi. Ahmad lak abis main dart kul 3 lebih gitu.Gitu gini, siap lebih kurang kul 5 baru kuar.Sampai dah nak kul 6, murah sikit sebab tak kira tiket pertunjukan, pertunjukan dah abis. Tapi kejap je kami disitu cam harga tiket sebab awan mendung n kami bergegas pulang....


Kandang rusa




Rusa disana....

TAHNIAH!!!MENANG....DART

Pingat Emas....

Tahniah!so blk bile?Hehehe.... itu lah intipati sms yang aku kirim pada suami bila die bagi tau yang dia MENANG dalam perlawanan dart antara fakulti di UTM, Skudai.Ni la, sms tu :)

Pesanan ringkas dari aku...

Tak sia2 aku membiarkan Ahmad bersosial, berlatih ngan kawan2 main dart ni sampai ke tengah malam, awal pagi sampai penah sekali tu die mengaku mainnya kejap je, singgah karaoke lak...Ali Baba lagi tu. Hehehe... Tak pe sayang, yang penting balik urut.... Hahaha. Mama ni ringkas je orangnye.... ( Mungkin korang tak faham kan? Takpela, asal aku ngan Ahmad faham)

TEMPAHAN JAHIT MANIK

Erm.... rasanya tuk tahun 2012 ni, inilah pelanggan pertama yang tempah jahit manik ngan aku. Dah lama gak aku tak mengaktifkan diri dalam jahit menjahit ni, melainkan tuk baju sendiri yang aku rasa agak kosong.... n bila tengok manik2 lebih tu ngam la ngan baju. Ade gak yang tak match, tapi aku balun je. Hehehe.... Ina yang minta aku jahit ni sebenarnya pelanggan Siti. Siti tukang jahit baju aku :) Thanks ye Siti......

Baju siap lengan.....

Misi berjaya....

Ina minta baju die jahit lengan, tuk anak lengan n leher.... syukur sangat sebab kalau nak tau, manik ni ngam2 je tau.... risau gak aku masa nak abiskan jahit leher ni, bukan pe, ape ade hal kan, abis belikah! tapi aku dah tanya ina, die budget dalam RM bape? kalau beli lagi, bertambahlah bayarannya kan, guna sikit lak.So, tak nak la kan :) Harap Ina puas hati. Takpe, aku dah say sorry dulu kalau ade yang kurang pada pandangan mata Ina.

BIDAN TERJUN....

Dah isnin rupenye hari ni...cepat tul masa berlalu minggu ni.... Tapi nape aku rasa cam lama lak tak update blog ni ek.Hehehe... Nak jadi citer jumaat lepas sebenarnya aku bolehlah dikatakan bidan terjun sebab tak semena2 kena naik Bukit Aman. But it's ok sebab first aku pun ngah tak bz n kat sana aku dapat jumpa sorang pegawai yang dulu bertugas kat pejabat n dah bertukar kat sana. Dah 2 kali gagal n jumpa, n jumaat tu kira berjaya la. Lama gak borak. But aku bukan ber'dating' berdua, ngan pemandu sekali.Nak2 pemandu tu dulu selalu bawa tuan gi mana2. So, no problem. Dia kata pasti kalau naik lagi die nak ajak kami makan kambing. Erm... minggu ni cam kena g lagi but tengoklah dulu , tunggu arahan sebab masa aku g ni pun ada yang bising2... Malas nak story sebab hari ni puasa :)

Khamis, 17 Mei 2012

KASUT SUKAN



Ye...inilah kasut sukan baru Ahmad.Senyap2 aku amik gambar....Cian dia, dah bersemangat padu nak main bola sepak tuk perlawanan antara fakulti kali ni, tapi sebab ramai sangat yang biasa main turun, so tak dapat la nak tunjuk skill.... Hehehe... sabar ye bang...mama akan sentiasa support dari tepi padang (sambil berbual ngan isteri kawan2 abang.....Hahaha)

Rabu, 16 Mei 2012

UITM DIHATIKU

Huhuhu....sedey, meremang bulu roma n rindunyer aku rasa bilamana terbaca wall's member tentang Uitm yang dah banyak berubah sekarang. Teringat masa kat sana, banyak kenangan.... Uitm, Shah Alam la mana lagi... Yup! Seksyen2... so sweet... milo cincau, burger, rojak adalah santapan kegemaran kami... Oh!tasik... pagi2...petang2 dok lepak ngan kawan2... Tenang je waktu tu... Dating? Ah! tu citer lain... tu kat perpustakaan. Hahaha.. Tak caya?betulla... Seronoknnye... Hope turun2 je Shah Alam, 16/6 ni.... Tempat pertama nak singgah tasik... Tapi tak tau la dah berubah belum kan... Nak mengimbau kenangan silam yang memang best kat situ :)

TAK DIPERTIMBANGKAN

Pagi ni sampai agak lewat sebab hujan lebat, air naik sana sini, kenderaan gerak slow, jalan jem, ade lak kemalangan..... Erm... sampai2 aku terus call spa tuk tau keputusan permohonan pelarasan gaji lebih tinggi yang dipohon 2 tahun lalu.Keputusannya mesti korang dah tau kan bile tengok tajuk tu kan.... Ye, tidak dipertimbangkan sebab kerja yang sedang aku buat n dahulu tu bukan teknikal. It's ok....yang penting aku telah mencube kan :D

Selasa, 15 Mei 2012

HADIAH HARI IBU

Sabtu sebelum hari ibu tu, kami dok jalan2 cari hadiah sempena hari ibu. Mula2 aku fikir nak bagi baju pasang kat emak & mak mertua aku, tapi cari punye cari semua takde yng berkenan.So, aku memilih untuk belikan blaus. Masalahnya aku tak tau lak saiz mereka ni... Nak jadikan citer,mula2 tu dah cun dah aku amik saiz tu. Tapi....biasalah tangan ni gatal, amik letak, amik letak, last2 terambil yang saiz agak kecil..... Da satu hal mak mertua aku kena datang lak kat kedai tu sebab nak tukar saiz.... Fara....Fara....



Suka tul Ammar naik mainan ni.


Adif bersama ikan Gappi nyer...


Time Ammar lak main mainan cam ni. Zaman Adif dah berlalu.....


Adif nak gambar gak.....

 

Mama pun sama :) (tembam tak aku? huhuhu...timbang bukan kurang 3kg, naik 3kg adalah... nak diet ni...)

MINYAK WANGI VS KOPI


Escape & Dunhill

Masa gi Plaza Angsana jumaat lepas, sempat gak aku membeli minyak wangi yang murah2 ni.RM8 je... Aku ni bukan pe, tak tahan kepala ni kalau bau wangi2, nak2 dari minyak wangi mahal.... Penah pening dua hari kepala aku ni. Bila selidik rupenye 2 hari tu aku pakai minyak wangi prada hantaran kahwin la tu. Opss!!! jap2...nape lak aku citer pasal kopi kat tajuk tu ek... Sebab lepas ni aku dah leh la nak bau banyak2 minyak wangi sebab baru aku tau yang kopi dapat hilangkan bau n kepeningan minyak wangi.... Tak caya?Cubelah.Sedap bau kopi tu...Penjual tu la, boleh disapu sana sini minyak wangi kat tangan aku suruh cium. Last2 aku dah pening, aku cakap nak muntah dah ni. Pastu die terus suruh cium kopi.Terus ok.... Info tuk semua :)


Isnin, 14 Mei 2012

PAMERAN KRAF MALAYSIA - PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU, JOHOR

Jumaat lepas, waktu rehat terasa nak tenangkan diri. Saje ikut budak pejabat gi Plaza Angsana, Johor Bahru la kan... Kebetulan ada Pameran Kraf Malaysia. Banyak gak barangan yang di pamerkan dan dijual di situ. Aku tanya la pameran ni berapa lama,katanya 11 hari. Sewa separuh dibayar pempamer dan separuh ditanggung kerajaan. Ni je gambar yang sempat aku ambil tuk wat bukti kehadiran aku di situ :)



Cantik kan? Harga? Tentula cantik gak, nak2 tempat pun canteekkk...


Ni kalau aku beli kat sini, memang tak tau nak cakap pe la sebab kat kampung  halaman aku Ayer Hitam melambak :D

PARA WANITA - SILA BACA YE.... SELAMAT HARI IBU SEMUA :)

Ini adalah pesanan ringkas yang aku terima semasa Hari Ibu, Ahad lalu. Pesanan ini sangat menarik minat aku untuk membacanya sehinggakan bila aku terpadam, aku minta penghantar menghantarnya semula kepadaku. Nak tau pe, baca k. Ni bukan pesanan berantai atau pe2 ye, so jangan risau :)

To all mothers, PLEASE READ THESE.. : It's normal when u're in ur 20s, u'll look very 'MENGAMCAM'....When u're @ 30s, u begin to behave 'BERMACAM-MACAM'....When u turn 40s - 50s, u'll fell 'TERANCAM' and sadly... When u reach above 60s, orang langsung tak blh 'CAM'!! Happy Mother's Day!! May  God Bless u..amin

JEM - SAKIT TEKAK KE KAKI NI?

Kalau korang nak tau, pagi tadi aku sampai kat pejabat lebih kurang kul 9.40 pagi..... Biasalah, jem.Bayangkanlah betapa sakit tekak aku mengharungi jem yang biasanya aku sampai lebih kurang 7.40, ni makan 2 jam tambahan nak sampai. Nape pulak sakit tekak, bukan sakit kaki kan? Nak tau ke? Betul ni? Sebab..... sepanjang 2 jam tu aku dok menyanyi. Kalau satu lagu 4 minit, cube korang kira, berapa banyak lagu aku menyanyi pagi tadi? Dua jam bersamaan 120 minit. Bahagi 4 sama dengan 30 lagu....Wow!Kalah artis.... Hehehe.... Ala, wat release tension dok berpanas kat dalam kete la.Panas tul, berpeluh2, cair make up tau... Kalau tak caya, cube tengok gambar yang aku ambil ni.




Keadaan masih terkawal, sejuk lagi....bayang2 kereta pun tak nampak.


 

Keadaan dah mula panas, tengok jela bayang2 kete tu. Menegak je matahari yang memancar....... Berpeluh tu....


Jumaat, 11 Mei 2012

LUKA LAGI..... TERHIRIS JARI LA PULAK!!!


Erm...malam tadi aku baru je beli pencuci muka, krim malam & krim siang. Biasalah dah kehabisan stok.... So, pagi tadi terbangun lambat (asyik bangun lewat je kan) nak cepat, aku potong la pencuci muka tu. Masa nak bersihkan pisau yang kalau kite beli satu tu RM0.10 atau RM 0.15 tu, aku tekankanlah betul2 sebab nak bersihkan sisa sabun kan. Zasss... terhiris sekali jari da... Uii...pedih tu sebab sisa sabun tu pun follow sekali kat luka tu. Da drive tadi jari berbalut je :) Tapi sekarang dah ok da.......

MARI MEMBUNGKUS


Haa....inilah keja aku semalam :) Memandangkan kedua2 orang yang bertanggungjawab tiada sebab Abang Fariza cuti, Said lak mc, secara tak langsung kerja2 mereka ni kenalah diambil tahu gak.... Seronok sebab dah lama tak bungkus membungkus ni. Yela, nak buka hadiah, ntah bila nak dapat kan? Hehehe... Kan best kalau tetiba dapat kejutan hadiah cam ni ek... Bila la merasa kan? Erm.... tiada ke pembaca nak cube2 bagi? Kalau ada hajat, minta alamat aku k. Hahaha....

Khamis, 10 Mei 2012

CHICKEN CHOP - MUTIARA PULAI, SKUDAI


Chicken Chop - Mutiara Pulai, Pulai Jaya, Skudai

Erm....aku tak dibayar untuk promosikan gerai ni k, tapi makanan n service die memang baeekkk... Ammar pun suka ngan abang yang wat makanan barat ni sebab rajin agah n melayan die.... Banyak die makan nasi goreng seafood yang sesedap rasa tu tanpa disedari :) Sesiapa yang duk berdekatan n ada kelapangan leh la datang..... Harga still ok la sebab RM8.00 sahaja. Memang kalau nak banding ngan yang hari tu tak bape jauh bezanya sebab yang kat tepi jalan menghala Taman Universiti tu baru RM5.00 kan? tapi ade ke pelayan die yang ramah tamah. Hehehe.... Kalau korang perhati, siap ade tulisan Mutiara Pulai tau kat sos yang disediakan tu. Cube close up sikit..... Haa...nampak tak? Air Gegurl die pun mengancam abisss... Masa bayar kata cashier yang merangkap tuan kedai kot... "Makan sedap?" Aku kata " Sedap, leh datang lagi" Hehehe.... Kalau rancangan jalan2 cari makan pun aku rasa berbaloi gi sini. Sesedap rasa n harga pun berpatutan.

TENANG JE RASA PAGI NI

Ye, memang betul pagi ni aku rasa tenang je waktu memandu. Aku memilih untuk bawa 60-70 km/j. Sambil halwa telinga ini didendangkan dengan lagu yang dalam filem Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil & Lisa Surihani tu. Aku terbuai dengan keindahan alam ciptaan Allah. Pemandangan laut berhampiran Danga Bay yang cantik tu makin menambah ketenangan dalam lubuk hati ini. Tidak semacam semalam yang hangat tu.... Apa jadi semalam? Meh dekat sikit. Sinilah aku nak buka citer ni. Hahaha....

Kisah semalam..... (secara ringkasnya)

Semalam ada perhimpunan bulanan, terbangun lak lambat sebab malam tu....malam tu... erm... lupe la apa jadi. Biarla kan. Oh!ya. Anak2 demam, kami tak dapat tidur lena. Hehehe....Haa..mulala fikir bukan2 tu :) Ok, sambung balik. Pastu naik2 je jambatan atas TUTA tu jem, ade kemalangan kat line laju, langgar belakang. Sampai2 je punyelah aku ni 'bijak' lalu pintu belakang tempat orang berhimpun, sangkut lagi. Dah sampai dapat parking jauh, jalan penat2 sampai kul 7.45, nak tulis nama dah takde. Bila tulis nama, kena sound pulak. Eh3....aku balas balik. Masa tu tak tau nape mulut ni lancar je berkata2.... Tapi kata2 manis tau, bukan pedas. Hehehe....Cakap je. Tak sempat nak story kat sini sebab banyak lagi nak tulis ni. Dah la sebelum tu sarapan je RM13.00. Nak tau nape? amik sotong 3 ekor. Satu @ RM3.50 daa..... Tapi still rasa berbaloi sebab memang sedap makan kat situ.

Pastu, paling gempak!!! Dengar lak ade orang wat tomahan aku ade skandal ngan seseorang yang aku bantu.Tak tau cam ne leh jadi citer tu, kelakar pun ade. Isshhh... lepas tu lak, ade yang pertikaikan nape aku tak tunjuk ajar die sedangkan die sama2 belajar sama aku. Ntahla....Nak harap aku gak.... Balik lewat sebab bantu kawan tu aku tak kisah sangat la, tapi bila kenang2 nape la dieorang ni suka sangat buat citer n yang dengar lak tak tau hujung pangkal, wat andaian tu yang aku kureng berkenan tu. Nasibla yang penyampai tu tau citer sebenar n cakap kat aku. Thanks  sebab at least aku leh terangkan pada yang ingin sangat tau kan :)


Rabu, 9 Mei 2012

KEMARUK TUDUNG BARU....

Sejak Ika anak yang jaga anak aku tu ajar cara pakai selendang ni, memang aku kemaruk sangat beli seledang. Kira Pashmina la. Hehehe.... Hari ni siap dah pakai tau.... Petang semalam baru je beli kat pesta konvo. Petang ni nak beli lagi satu macam ni tapi warna coklat cair. Nak guna masa anak Abang Mispan yang nama Ehan kawin 27.05.2012 nie.....


Semalam beli hari ni dah pakai.....( Memang lom basuh pun ) Nampak berisi sikit tak aku ni? Tu la nak citer. Nanti la..... Hehehe


Haa.... yang hijau tu beli masa malam terpisah seketika ngan Adif tu. Pun dah pakai, semalam :)


Selasa, 8 Mei 2012

PANDAI TUL PAW AKU.....


Erm...tengok la anak2 sekarang ni. Pandai tul kan. Nak2 time mak ayah yang tak bermaya nak tolak permintaannya. Erm...ni la mainan yang Adif dapat setelah memujuk rayu aku :) Aku ni dah la susah nak katakan tidak. A'ah ek....memang perangai aku cam tu la. Teringat lak kata2 Am, member aku masa kat Uitm, Shah Alam dulu. Masa tu member bilik tu asyik ajak keluar malam (malam kategori aku kul 8.00 hingga kul 11.30 malam ye), makan kat luar. Kat Seksyen 2 ..... aku cube mengelak tapi selalunye tewas. Kesian kat kawan2. Hehehe..... Pastu bila mengadu kat Am, Am kata " Tu la Dilla, cuba ko katakan tidak". Erm.... macam mana nak ubah diri ni kan. Kesian melampau. Hahaha....

LUKA DILUKAI :)



Hehehe....main sauk je, pastu nak cepat. Haa....mendapat. Aku yang melukakan kakiku ini :) Berus kaki tu la salah! Sape suruh dawai die terkeluar sikit. Sakit tau.....Dah la aku ni tang mengganas je. Hehehe...... 

SULAM MANIK TABUR


Lama betul rasanya aku tak menyulam manik ni. Blog aku yang http://accesserimaniq.blogspot.com/  tu pun aku dah lama tak update. Hehehe....ni sebenarnya time bosan2 tu, takde pe nak buat. Kemas2 jumpe lak manik2 lama. Pastu tengok baju cam kena je warnanya. Pe lagi zasss.... Siap satu hari. Maklumla senang :)

Isnin, 7 Mei 2012

MAMA SAYANG ADIF TAU....

Sebenarnya, apa yang berlaku sampai tajuk leh cam tu ek.... Ni ha, nak story sikitla. Mungkin bagi sesetengah orang takde pe2 sebab selamat n dah jumpe. Tapi bagi hati kecil aku, seorang ibu yang melahirkan Adif Farha bin Ahmad, aku tetap ada perasaan yang mendalam. Peristiwa Adif terlepas pandang masa kat Pesta Konvo, UTM Skudai malam tadi masih lagi terbayang2 di mata fikiranku ini. Yang aku ingat sebelum kejadia, aku berjalan di hadapan sambil mendokong Ammar. Ahmad bawak beg n barang2 belian bersama Adif. Yang pasti aku dengan Ahmad berkata " Dah, jom kita balik".  

Bila masuk sahaja lorong parking tu, Ahmad bersalaman dengan kenalan die yang sedang berniaga, jadi secara automatik aku la yang kena jaga Adif.... Haa...waktu ni la aku tengok Adif takde. Aku tanya Ahmad, dia terkejut. Bagai faham apa yang perlu dilakukan, kami berpecah. Ahmad ke arah parking, aku ke arah tempat last aku dengar die cakap.... balik tadi. Pastu bila Ahmad datang balik, terpandang olehku sesusuk tubuh kecil sedang berdiri kat tepi sana pakai baju biru bertopi ben 10. Macam Adif, tapi aku tak ke sana, aku suruh Ahmad yang ke sana sebab manalah tau bukan Adif n Adif datang balik kat tempat aku berdiri tadi, cian lak die.... Aku menyusur perlahan jalan2 yang kami lalui tadi. Waktu tu perasaan sebak mula menular dalam diri.... Tapi aku gagahi, aku patah balik dan perhati Ahmad sedang memegang Adif...

Sedih tengok air mata yang berada dipipi Adif, sambil diam tanpa kata. Tunduk dan sayup2 aku dengar die menahan sedu. Maafkan mama sayang.... Sekelip mata semuanya berlaku. Namun sampai ke pagi ni semuanya masih segar di ingatan. Bila bangun tengok dia masih tidur, masa gi kerja aku genggam je topi Ben10 die.... Tak tau nak cakap cam ne lagi. walaupun hanya beberapa minit segala merubah mida dan fikiranku.....  So, pada yang membawa anak kecil yang dah pandai jalan sendiri, biarlah mereka sentiasa dihadapaan kita.