SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 7 Mei 2012

MAMA SAYANG ADIF TAU....

Sebenarnya, apa yang berlaku sampai tajuk leh cam tu ek.... Ni ha, nak story sikitla. Mungkin bagi sesetengah orang takde pe2 sebab selamat n dah jumpe. Tapi bagi hati kecil aku, seorang ibu yang melahirkan Adif Farha bin Ahmad, aku tetap ada perasaan yang mendalam. Peristiwa Adif terlepas pandang masa kat Pesta Konvo, UTM Skudai malam tadi masih lagi terbayang2 di mata fikiranku ini. Yang aku ingat sebelum kejadia, aku berjalan di hadapan sambil mendokong Ammar. Ahmad bawak beg n barang2 belian bersama Adif. Yang pasti aku dengan Ahmad berkata " Dah, jom kita balik".  

Bila masuk sahaja lorong parking tu, Ahmad bersalaman dengan kenalan die yang sedang berniaga, jadi secara automatik aku la yang kena jaga Adif.... Haa...waktu ni la aku tengok Adif takde. Aku tanya Ahmad, dia terkejut. Bagai faham apa yang perlu dilakukan, kami berpecah. Ahmad ke arah parking, aku ke arah tempat last aku dengar die cakap.... balik tadi. Pastu bila Ahmad datang balik, terpandang olehku sesusuk tubuh kecil sedang berdiri kat tepi sana pakai baju biru bertopi ben 10. Macam Adif, tapi aku tak ke sana, aku suruh Ahmad yang ke sana sebab manalah tau bukan Adif n Adif datang balik kat tempat aku berdiri tadi, cian lak die.... Aku menyusur perlahan jalan2 yang kami lalui tadi. Waktu tu perasaan sebak mula menular dalam diri.... Tapi aku gagahi, aku patah balik dan perhati Ahmad sedang memegang Adif...

Sedih tengok air mata yang berada dipipi Adif, sambil diam tanpa kata. Tunduk dan sayup2 aku dengar die menahan sedu. Maafkan mama sayang.... Sekelip mata semuanya berlaku. Namun sampai ke pagi ni semuanya masih segar di ingatan. Bila bangun tengok dia masih tidur, masa gi kerja aku genggam je topi Ben10 die.... Tak tau nak cakap cam ne lagi. walaupun hanya beberapa minit segala merubah mida dan fikiranku.....  So, pada yang membawa anak kecil yang dah pandai jalan sendiri, biarlah mereka sentiasa dihadapaan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan