SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 10 Mei 2012

TENANG JE RASA PAGI NI

Ye, memang betul pagi ni aku rasa tenang je waktu memandu. Aku memilih untuk bawa 60-70 km/j. Sambil halwa telinga ini didendangkan dengan lagu yang dalam filem Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil & Lisa Surihani tu. Aku terbuai dengan keindahan alam ciptaan Allah. Pemandangan laut berhampiran Danga Bay yang cantik tu makin menambah ketenangan dalam lubuk hati ini. Tidak semacam semalam yang hangat tu.... Apa jadi semalam? Meh dekat sikit. Sinilah aku nak buka citer ni. Hahaha....

Kisah semalam..... (secara ringkasnya)

Semalam ada perhimpunan bulanan, terbangun lak lambat sebab malam tu....malam tu... erm... lupe la apa jadi. Biarla kan. Oh!ya. Anak2 demam, kami tak dapat tidur lena. Hehehe....Haa..mulala fikir bukan2 tu :) Ok, sambung balik. Pastu naik2 je jambatan atas TUTA tu jem, ade kemalangan kat line laju, langgar belakang. Sampai2 je punyelah aku ni 'bijak' lalu pintu belakang tempat orang berhimpun, sangkut lagi. Dah sampai dapat parking jauh, jalan penat2 sampai kul 7.45, nak tulis nama dah takde. Bila tulis nama, kena sound pulak. Eh3....aku balas balik. Masa tu tak tau nape mulut ni lancar je berkata2.... Tapi kata2 manis tau, bukan pedas. Hehehe....Cakap je. Tak sempat nak story kat sini sebab banyak lagi nak tulis ni. Dah la sebelum tu sarapan je RM13.00. Nak tau nape? amik sotong 3 ekor. Satu @ RM3.50 daa..... Tapi still rasa berbaloi sebab memang sedap makan kat situ.

Pastu, paling gempak!!! Dengar lak ade orang wat tomahan aku ade skandal ngan seseorang yang aku bantu.Tak tau cam ne leh jadi citer tu, kelakar pun ade. Isshhh... lepas tu lak, ade yang pertikaikan nape aku tak tunjuk ajar die sedangkan die sama2 belajar sama aku. Ntahla....Nak harap aku gak.... Balik lewat sebab bantu kawan tu aku tak kisah sangat la, tapi bila kenang2 nape la dieorang ni suka sangat buat citer n yang dengar lak tak tau hujung pangkal, wat andaian tu yang aku kureng berkenan tu. Nasibla yang penyampai tu tau citer sebenar n cakap kat aku. Thanks  sebab at least aku leh terangkan pada yang ingin sangat tau kan :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan