Nampak tak macam bentuk sisik
"Hari ni banyak ikan di laut, rezeki nelayan" itulah kata2 atuk yang masih terngiang lagi di telinga aku dan masih lagi terpahat di hati dan ingatan aku tatkala melihat awan yang bercorak bagai seperti sisik ikan macam gambar yang aku ambil ni. Atuk Abu Hassan ialah ayah kepada abah aku.Sepanjang mengenali & mendekatinya aku tahu dia sangat baik dan disenangi orang. Aku sangat2 manja dengannya sehingga keakraban kami (antara atuk & cucu) mendatangkan rasa kurang senang dikalangan cucu yang lain.
Gambar lain
Aku selalu duduk dipaha atuk sewaktu kami tonton tv, ikut atuk memancing di tasik & kolam, sama2 menunggu sewaktu dia pikat burung, temankan dia pergi minum kat Kopitiam, Parit Raja dan banyak lagi la kenangan aku ngan atuk. Sebab tu jugaklahkan, perangai aku ade bersifat lelaki sikit agaknya. Yelah, mana taknya kat pejabat budak2 perempuan pelik sebab aku minum kopi, lebih join bebudak lekaki, minat kalau bab memancing ni, kira apa2 la yang boleh dikatakan hobi lelaki. Erm...... n aku ni kasar sikit kot. Hahaha.
Jangan buat yang ni, sambil memandu ambil gambar.Siap keluarkan tangan lagi. Hehehe :)
Atuk juga pernah berpesan, kalau sewaktu menacing tiba2 dapat ikan banyak atau melihat perkara aneh sepeti ikan yang hanya tinggal tulang berenang, segeralah pulang kerana itu petanda kurang baik. Andai kita lalai, pasti membawa kesudahan yang kurang elok. Tapi.....itu hanya tinggal kenangan kerna atuk telah pulang ke Pencipta-Nya (ALLAH) hampir 20 tahun yang lalu. Pemergian atuk didepan mataku sangat menyentuh hati dan perasaan. Baik benar dia dengan keluargaku. Kini aku hanya dapat mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan