Hati ibu mana yang tak dirundum rasa sedih bila doktor bagi tau "Puan, setelah pemeriksaan dibuat terhadap tali pusat anak, pihak hospital mendapati anak puan menghidapi sejenis penyakit yang dikenali sebagai G6PD iaitu kekurangan satu enzim dalam hati yang tidak boleh merembes beberapa bahan makanan, ubatan dan sebagainya sepertimana yang akan saya berikan senarainya ". Itu terjadi sewaktu Ammar Fahri anak keduaku baru 5 lari dilahirkan, disebabkan itu juga Ammar pada ketika itu dikesan kuning, terpaksa dipantau selama 22 hari kerana bagi bayi yang menghidapi G6PD ni memang lambat sikit nak surut bacaan kuningnya. Kalau turun pun die boleh naik balik.
Malam tadi, Ammar batuk kuat tak leh tido, batuk sikit nangis, batuk sikit nangis. Aku ngan Ahmad gilir2 amik turn pupuk die. Sampai satu tahap dalam kul 1.00 lebih pagi kami keluar bawa Ammar jalan2 sampai ke Danga Bay tuk tido n lenakan dia. Cian sangat tengok die nangis. Nak kata tak sangka pun tak leh gak, hakikatnya pagi tadi doktor bagi tau pulak yang Ammar berkemungkinan mempunyai salur / rongga pernafasan yang sempit di paru-paru terutama ketika dia batuk. Oleh yang demikian, dia akan bernafas melalui mulut dah menyebabkan perut die kelihatan besar,kembung & berangin. Dia menangis kerana kesakitan kesukaran bernafas tadi. Doktor kata kalau die batuk, Ammar kena segera cairkan kahak guna gas, tak leh ubat2 ni. Huhuhu....sedih :(
Cian dia, kecil2 kena hadapi semua ni
Mama cuma harapkan Abang Adif tu jaga adik2 ye sayang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan