SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA
Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.
Sabtu, 30 Jun 2012
DEMAM AHMAD GI UUM SEMINGGU :(
Jumaat, 29 Jun 2012
FREE GIFT DUMEX DUGRO
Lupekan apa yang berlaku hari ni, baik aku citer pasal gambar ni...Inilah gambar tin yang dok adik aku Mai n kawan pejabat aku yang lama aku Kak Mas perkatakan tu sebab tau anak aku minum susu Dumex Dugro. Malam tadi Ahmad baru beli 3 pek susu, so dapatlah 3. Sebelum ni keluarannya warna merah jambu pun ade rasanya... Beli Dugro ni memang banyak free gift. Yang aku penah dapat sebelum ni cawan, beg n ade lagi ke tak ek? Lupela.Hehehe :D
DEGILNYA....
Erm...nak dijadikan kisah hari ini dalam sejarah aku dengan sengaja mengeraskan hati aku untuk menetapkan pendirian tidak berganjak untuk melangkah ke sana :) Walaupun telefon berdering2, jemputan bertalu2 aku tetap tidak hadir. Maaf...aku lom bersedia kawan.
KUMA & KUMI
Lihatla haiwan peliharaan kami yang baru.Kura-kura.Adif la punye ni.Die ni macam ade pusar 2 lak, bab membela haiwan ni memang suke. Seperti biasa, bab2 nama pelik2 ni serah je kat aku. Aku letak Kuma & Kumi. Kuma agak kecil berbanding Kumi, tapi aku pun tak sure jantina mereka sebab Ahmad cakap jantan & betina.Cian Kuma Kumi ni, hari2 Adif kuarkan dari bekas die n main2 kat bawah. Tengoklah sampai netbook akun pun jadi sasaran.Hehehe.Tapi memang syok main ngan mereka ni sebab kuara2 kecil kan :)
PRA BULAN MADU (SEBELUM BALIK) - MY HOME HOTEL
Selamat pagi semua....pasti korang ni dan bosan dengar citer pasal pra bulan madu aku kan? Ok2...ni last day sebelum gegas balik JB k.Lepas je balik dari Taman Botani, aku amik baju kat dobi.Masatu tu baru kul 10.50 - 11.00 gitu la. Ahmad kata dah nak terus balik ke? Aku kata jap lagi la sebab Ammar cam ngantuk. Kejap je, kena aircorn, tilam empuk, Ammar pun tido.Tap disebabkan Ammar je yang tido, lepas kemas baju yang dobi basuhkan tu, kami semua gerak balik kul 11.30 pagi.... Ha, nila bilik hotel tempat kami menginap. Harga oklah.Aku amik yang harga RM88 tapi sebab keje kerajaan dapat RM83.Kena naik tangga la, tapi satu tingkat je :)
Nothing happen here ok.Hahaha (kalau jadi pun, takkan nak bagi tau kan.Hehehe)
See... Ammar so tired. Need more rest.
My turn :) Smile...
"No...Don't take my photo" said Adif... (Ai...sejak bila leh cakap ala2 omputih ni? Hehehe...saje teringat time belajar kat Uitm, Shah Alam 8 tahun lepas, bahasa rojak)
Khamis, 28 Jun 2012
PRA BULAN MADU (HARI KELIMA) - TAMAN BOTANI
Hari kelima percutian kami, kami pilih gi Taman Botani, Shah Alam. Tempat ni memang mesra alam. Sejuk mata melihat keindahan alam ini. Tapi tu la, tak puas lagi meronda da kena bergegas balik sebab nak check out.
Pintu masuk die je dah cantik :)
Cam biasa, aku tanpa segan silu meminta budak2 Uitm yang ade bersama kami amikkan gambar.....
First time Ammar naik bas yang tak bertutup tepi die
Nak gi ke rumah 4 musim kena berjalan jauh sikit sebab ke dalam tempatnya
Ammar say "hi"
Yang ni pulak, petugas kat rumah 4 musim ni kena bantu amik gambar
Sekarang musim panas
Ammar ni mengantuk sebenarnya....
Akulah.....
Merenung apa tu sayang.....
Cube tengok Adif..... Ceria tul
Saje nak tunjuk rumah kat belakang tu
Signboard ....
Kalau nak datang, leh call nombor yang tertera k :D
PRA BULAN MADU (HARI KEEMPAT) - SHAH ALAM
Hai...mesti korang pelikkan, aku kata line takde tapi still leh update :) Sebab aku dah on kan broadband top up aku selama sebulan. Hehehe....kadang2 awal pagi terbangun, terus on n tengok2 fb pastu update blog. So, disebabkan percutian hari tu lama, tu yang tak habis2 aku citer pasal pra bulan madu ni. Hehehe....
Now, aku nak citer kemana aku gi masa hari ke empat. Mana lagi, Shah Alam la. Pagi2 dah gerak sarapan kat KFC PKNS, pastu gi tasek, SACC Mall. Nak terus gi Plaza Alam Sentral tapi anak2 dah tertido. So malam tu baru gi.
Sebenarnya hari ketiga kami gerak dari Kuala Kangsar tengahari pas Zuhur, pastu terus gerak gi Shah Alam. Malam tu kuar lak gi Up Town.Cian kat adik aku, esoknya keje. Tu pun aku dengar masa hari aku jalan2 Shah Alam ni die minta balik kul 3.00 n rehat terus kat bilik, sampai malam aku ajak kuar pun tak nak.
Tasek Shah Alam yang sungguh menggamit kenangan
Tak silap belakang tu bangunan Siri tempat Dasuki & Ana keje
3 lelaki di hatiku....
Indahnya tasek ni kan...
SACC Mall (Adif dapat baju kat sini)
Kalau nak tahu, punyelah letih dieorang ni, balik dari SACC Mall, dalam kul 11.30 la gitu, terus tido sampai kul 5.00 baru bangun. Tu yang gambar ni aku tulis lunch sebab tak lunch pun lagi :)
Makan tenghari / petang kat Restoran Jemari, Seksyen 7
Cantikkan bantal2 yang di atur dengan warna2 ceria
Tengoklah Adif, tu belum Ammar yang suka memanjat sana sini. Aktif tul budak2 berdua ni :D
Ahmad wat muka serius la pulak....
Dobi yang membantu aku membasuh baju2 yang dah berkurun terperap dalam beg AF tersingkir (bagasi la, hehehe)
Gi Plaza Alam Sentral aku dapat kasut lak :) Cantik tak?
Rabu, 27 Jun 2012
PRA BULAN MADU (HARI KETIGA) - PERAK
Ok...kalau nak yang detail sebenarnya masa balik Cameron Highlands tu kami terus ke rumah Yati & Fizam di Seri Iskandar, Perak. Sampai dah dekat maghrib. Pagi2 kami dah bangun sebab Fizan kan keje. Sambil duduk2 aku sempat gak membelek2 baju sulam. Terbeli satu.Hehehe.pastu tanpas disangka, Yati bagi free satu. Terkejut gak, cam hadiah ulang tahun perkahwinan lak :) pastu kami terus bergerak ke Sungai Siput, rumah Syed. Oleh kerana tersampai awal, Syed ajak kami jalan2 Kuala Kangsar. Sempat la kami bergambar mana yang sempat sebab Ammar pun cam ngantuk nak tido.
Cantik kan masjid ni....
Biasala family photo
Labu sayong, besar kan?
Tak terbang2 pun.......
Tepak sirih
Muzium Diraja Perak
Dok depan istana
Istana Iskandariah
Kereta Syed (Syed tu sape?kalau diizinkan Allah bakal jadi adik ipar aku la)
Adif dengan mainan barunyer :)
PRA BULAN MADU (HARI KEDUA) - CAMERON HIGHLANDS
Ok... Mari kite lihat gambar aku kat Cameron Highlands k. Jadual kami bermula kul 8.00 pagi keluar dari rumah Amy & Ieda. Cian Ieda kena wat sarapan tuk kami. Mujurlah plan keluar awal sebab rupenya Amy keje overtime. Yang paling syok aku kul 6 dah mesej Mai ngan Syed kata nak gerak kul 7.30, dieorang punye la bagus, kul 7.40 call aku kata mane kiteorang sebab tengok tak muncul2. Kebetulan waktu tu hujan, so aku wat alasan hujan, tak leh nak kuar awal. Hehehe. Maaf ye Mai & Syed :) (Sebenarnya dari kul 7.30 tu kami senang lenang bersarapan. Hehehe)
Ladang Teh Boh
Ammar pantang dapat turun pijak tanah :)
Dipuncak 174meter.....
Adif dah macam budak bujang gayanye :)
Brinchang.....
Area kebun strawberi.Macam kat luar negara kan?
Strawberi yang diintai.....Kecil ke kan pokoknya.
Makan kat Tanah Rata
Beli cenderahati tuk kawan2 kat Tanah Rata gak :)
Ahmad n anak2 pulak
Aku, Komai & Ammar :)
Langgan:
Catatan (Atom)