SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 6 Jun 2012

10Q IEDA & AMY.... SERTA YATI & FIZAN

Dikesempatan yang ada ni ingin sangat aku ucapkan berbanyak terima kasih pada Amy & Ieda sebab sudi dan sedia menerima kehadiran kami sekeluarga ke rumah mereka pada 16hb. Canteekkk....Pastu pada Yati & Fizan pada 17hb ni.... Hehehe. Haa... ada sape2 nak jadi sponsor lagi tak? Jangan segan, jangan silu. Hahaha. Aku ngah menunggu jawapan Wadi plak tuk makan tengahari kami... Uiiii... tak malu je rasanya mention cam tu ek. Ala, apa gunanya kawan2 ni. Time ni la, sambil menyelam minum air. Sambil jumpa wat amal jariah pada kawan2 ni... Kuikuikui... Eleh!Wadi tu patut tau beri jawapan sebab die da order 3 kek gula hangus ngan mak aku. Letih tau kami bawak dari Johor ke Damansara (walaupun naik kete). Erm...korang nak? 

Tak tau la Wadi ni, dari sejak die rasa kek yang aku bawak kat pejabat jurunilai dulu. Memang sentiasa buat tempahan la. Meh aku citer sikit pasal Wadi ni, die budak Uitm yang amik satu bidang ngan aku, cume umurnya tua setahun la. Tapi masa kat Uitm kami tak kenal. Bila die masuk pejabat aku, barulah kami suai kenal. Duduk kat Machap dekat ngan Air Hitam (kg aku). Penah gak tumpang kete die masa nak gi Majlis Kahwin Nasrim tapi ngan member2 die la. Berhubung pun sebab die selalu order kek je :) Kalau Ieda ngan Amy, kami satu kelas masa kat sekolah menengah. Cuma Amy aku dah kenal awal sebab die dok kampung mak aku (Kg Seri Desa). Pastu lak, masa sekolah rendah kami sekelas. Tak sangka mereka ni boleh menjadi suami isteri sebab dieorang ni kira takde gossip2 murahan la. Tenang je. Ye la, dah jodoh orang kata kan? Yati & Fizan? Die tu anak sedara belah suami aku :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan