Diam tak diam, usia Adif Farha da menjangkau 4 tahun hari ni. Ahmad hadiahkan die basikal. 01/06/2012, Jumaat. Aku masih teringat saat2 aku melahirkan die. Betul kata orang agaknya, kelahiran seseorang anak tu berbeza setiap seorang. Masa Adif, air ketumban air pecah dulu lebih kurang jam 10.00 pagi sabtu. Walaupun belum pernah ade pengalaman bersalin, tapi dari cerita seorang teman, aku tau itulah masanya. Dengan selamba, rileks, tenang, aku bangun n gi makan mee goreng yang aku buat sebab cuma yang ade dalam hati n fikiranku cumalah, baik aku makan kenyang2 dulu makanan pedas2 ni sebab time berpantang nanti tak leh. Hehehe... Da settle semua, baru aku kejut Ahmad yang sedang tido lena. Terkejut die bila aku kata jom gi hospital, air ketuban dah pecah. Hehehe. Kelam kabut. Tapi aku kata jangan risau, bukan nak bersalin sekarang. So, kami amik masa gak bersiap.....
Gi hospital, takde sakit pe pun.Kenalan kat situ cakap, jangan cakap ngan doktor sakit kalau sakit sikit2. Kalau dah tul2 sakit, baru cakap, kalau tak asyik kena check je. Aku pun ikutlah kata mereka yang lebih berpengalaman :) Kul 11.50 malam tak silap aku da sakit, mula setengah jam sekali, pastu 5 minit. Waktu tu aku dah tak senang duduk, ke hulu ke hilir masuk bilik air. Kul 3.00 bagi tau jururawat, die kata tunggu kul 5.00 doktor standby ade. Punyela aku rasa lama waktu tu nak tunggu. Kul 5.00 aku masuk paling awal periksa, tak sila baru buka jalan 6. Terus masuk bilik bersalin, tunggu lagi. Die nak tunggu buka jalan 10, aku tak leh tahan. 9 pun 9 la, aku kata nak teran....Doktor nasihat itu ini, ah!!! sakit, aku teran gak.... erm...rupenya salah cara aku, berbunyi tu bukan meneran namanya. Hehehe. Syukur ade seorang jurunrawat muda perempuan, lembut je, die kata " Kak.... sekarang takde orang leh tolong akak, akak sorang je leh tolong diri sendiri " kata2 tu buat aku kuat. Aku tarik nafas dalam2 nak push kuat. Akhirnya lahirlah Adif Farha bin Ahmad sekitar jam 7.59 pagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan