Indah kan alam ciptaan Allah. Aku selalu melihatnya tapi tak dapat nak amik gambar sebab takde kamera yang canggih manggih tuk fokus pada sesuatu sudut tu. Andainya aku ada n tau cara2 nak amik gambar biar kelihatan hidup dan menarik, pastinya aku takkan lepaskan peluang tu sebab keindahan tu sentiasa ada didepan mata... Kalau nak tau, keindahan pagi ini ialah sewaktu terbitnya mentari 27/05 yang lalu tatkala aku ingin menyidai kain sebab sabtu tu aku masih di Perak tak dapat nak basuh kain.Waktu ni pun aku tergesa2 sebab kul 10 dah plan nak balik kg sebab anak sedara belah suami kawin.Plan je, akhirnya kul 11 gak baru gerak....kira minggu ni memang aku tak rehat. Nak amik cuti isnin tu, sabtu lagi Sahdan (budak pejabat aku) dah call minta tolong wat keje tuk die,SEGERA lak tu.... Aku pun memang ade keje yang perlu tindakan segera, so tak leh la nak lari n berehat dulu. Takpe, wat keje dulu, siapkan. Dah siap senang nak ber ' honey moon' 17/6 ni...Hehehe.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan