SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Selasa, 24 Julai 2012

DIMANA SILAPNYA NASIONAL FM......

Eh! Jangan salah faham ye. Aku bukan mencari kesalahan Nasional FM tapi nak kongsi sedikit tentang salah satu segmen dalam Radio Nasianal FM yang amat berguna sangat pada semua terutama aku yang agak kurang sikit ilmu tentang tatabahasa ni. Hehehe..... Dulu memang aku akui aku ni jenis tahu tapi tak faham. Tu yang kalau orang tanya tu blur2 je nak jawab. Hai2... ape la kan? Erm... kenapa aku kata berguna sebab cuba korang tengok perkataan di bawah ni ye, mana yang betul penggunaannya.

"Dengar sini semua apa yang aku hendak katakan " dan
"Dengar sini semua apa-apa yang aku hendak katakan"

Bagi pendapat aku (tak tau la korang kan), ayat yang sedap ialah ayat yang pertama sebab apa-apa tu cam tak kena gaya je kan? Tapi sebenarnya, ayat kedua tu yang betul kerana perkataan apa tu adalah ayat tanya, so tak leh guna dalam konteks ini :) Faham tak? Haa... ni la yang aku blajar pagi tadi. Kalau korang pun nak blajar gak, boleh dengar Radio Nasional FM sekitar jam 7.30 pagi dan ulangan petang, aku tak pasti kul bape. Hehehe. Selamat belajar...... Banyak yang aku dah blajar tau!!! Marilah tambahkan ilmu bersama :)

NAPE KAMU LARI? HUHUHU :'(

Kucing oh kucing..... Napela kamu lari. Sedih tau.... Ha, kalau korang nak tau, tanggal 1 Ramadhan yang lalu, pagi2 aku ternampak 2 ekor anak kucing ngah syok tidur kat sofa luar rumah tu. Mungkin sebab sejuk. Lalu aku cepat2 carikan kotak n letakkan kain.

Ni la dua ekor kucing tu, lom sempat bagi nama.

Excited punye pasal, Ahmad pun pegi belikan makanan mereka. Tengoklah Adif & Ammar begitu gembira. 

Tup2 mama kucing (bak kata Adif), datang..... Nak dijadikan cerita, esok petangnnya 2 Ramadhan, kami tengok mereka semua dah takde :'( Sedih sangat. Tapi aku rasa aku tau nape mereka lari. Sebab Ammar x sudah asyik datang tengok anak2 kucing ni, mama die lak marah. Pastu, dia leh lak letak lori la dalam tu, mana tak nye. Ammar2.... tapi cian gak tengok Ammar tu. Tercari2 kucing, siap selak2 sofa lagi :(

Sabtu, 21 Julai 2012

RINDU BLOG SITI HAJAR - Diary Daniella

Hajar....nape la awak menyepi ni...Menghilang ke mane? Rindula kat blog awak. Pls...cepat2 n3 :D Ingat tak, Hajarlah yang beri sokongan pada Farraa tuk melibatkan diri dalam dunia maya blogger ni....... Selamat menyambut Ramadhan Farraa ucapkan ye :)

TEMPAHAN DI BUKA SEKARANG!!!

Tempahan di buka sekarang? Tempahan apa tu ek....... Tempahan ni la, rempeyek, tumpi & kacang dal...... Seperti gambar di bawah :) Berminat boleh sms kat no yang tertera di http://accesserimaniq.blogspot.com/ Biasala, sejak terjebak & secara tak langsung berkecimpung di dalam alam perniagaan ni, syukur banyak idea yang datang :D

1 Balang

1 Tin

500gram

JAWATAN KOSONG !!! CEPAT3......

JAWATAN KOSONG!!! Berminat menjadi crew restoran? Menurut Zizou Les Bleus, katanya "crew rest0ran diperlukan di rest0ran Periok, Beriani Gam Johor , bkt rahman putra sg bul0h" sekitar jam 11.35 malam 20/07/2012 masih memerlukan minimum 5 orang n maksimun 10 orang....... So, apa lagi, sape yang sememangnya berminat & ingin berkecimpung dalam kerjaya ini dipersilakan. Alamat serta lokasi leh tengok post wall saya sebelum ni :) Good Luck!!!



Ha...Ni betul2 punya bukan main2. Kalau korang nak tau, sepertimana yang aku penah khabarkan sebelum ni, aku ade pages kat FB. Pagesnye @Diella Lovely Store atau cube klik kat sini http://www.facebook.com/AdiellaLovelyStore?ref=hl , boleh tak? Kat sini ada alamat & siap gambar kedai tu lagi. Boleh la try pada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan dan tinggal berhampiran :)

Jumaat, 20 Julai 2012

SAMBUT BIRTHDAY & 30 SYA'ABAN 1433 H

Selamat Hari Jadi....... Selamat Hari Jadi....... Selamat Hari Jadi Aku dan Nizam........ Selamat hari Jadi...... Hehehe. Menyanyi riang sendiri lak kan? Sorry pada yang sudi membaca blog ni sebab nampak macam dah slow sikit  kan? Bukan pe, hal ni terjadi rentetan aku bz ngan novel la. Tak novel, asyik ngan blog http://tvmalaysia.blogspot.com/ yang sekarang dah mula update cite2 baru. Hahaha..... Ni pun N3 pas tengok citer Jangan Pandang-Pandang. 

Erm....apa nak citer ek? Oh ya, disebabkan birthday aku n Nizam dekat2, kami berdua asalnya rancang nak buat makan2, tapi kan 6hb hari tu dah buat. Ntah macam mana, sebab Nizam hari tu takde, disuarakan kembali rancangan ni. Budak office pun ok sebab hari ni pun dah 30 Sya'aban 1433 Hijrah, esok 1 Ramadhan 1433 Hijrah, so apalah salahnya sama menyambutnya kan? Cuma kali ni kami bawak makanan ala2 sarapan pagi :)

Kali ni Nizam & Azzuan bawak roti canai, Kak Ita kuew tiou ladna (betul tak aje?), Kak Jam bawak kek lapis kot, Puan Ayu bawa nasi lemak, kuih lupe sape bawak, tapi yang pastinya aku bawak mee goreng yang baru dibeli bahannya kul 6.45 pagi kat kedai Amir Jaya yang buka 24 jam tu :D

Birthday Boy & Girl (Perasan lebeh sudah.....)

Haa....mesti korang tertanya2 tadi sape Azzuan kan? Tu la yang baju kuning tu, dia ngah tunggu arahan penempatan/pertukaran sebab dia baru balik dari Kursus Komunikasi kat Sarawak setahun lalu

Khamis, 19 Julai 2012

HATI BERGELODAK - PENGARUH NOVEL

Erm... tak tau nak gambarkan hati aku hari ni. Bercampur baur. Ntahla, serba tak kena. Kadang2 tetiba rindu, jap tu ingin tahu, teringin, ntah ape2 je la.Tetiba rindu pada teman2 lama, kawan2 baik n kenangan lalu. Mungkin sebab aku terpengaruh dengan Novel Sisa Cinta Kita yang sedang aku baca ni n mengikuti citer kat tv tu kot.... Bila masa lak aku yang malas membaca ni suka novel kan? Nak kata suka tu tak la, tapi maybe mula tertarik selepas melihat kulit novel yang ada love2 tu. Hehehe. 

Mungkin rasa rindu pada kenangan lalu sebab citer ni yang aku baca baru sampai bab 35 ni mengisahkan bagaimana percintaan antara Qisha & Aqif berputik sewaktu di universiti. Feel tu sampai la kan... Bagai berada di alam universiti kembali lak. Nak menghabiskan 110 bab tu memang amat berat bagiku, tapi perasaan ingin tahu yang meluap2 membuatkan pantang ada kelapangan masa, pasti ku gapai novel tersebut (ayat pun dah mula macam novel la pulak. Hahaha)

Citer Dejavu Di Kinabalu lak makin best. Aku kesian ngan Basli yang asalnya baik tetiba bertukar sebaliknya kerana tekanan yang diterima, tapi syukurlah dia telah kembali meredhai semuanya. Tak sabar nak tunggu penghabisan citer ni. Tu la kan, bilamana terlalu menghayati sesuatu. Hikhikhik!!!

Selasa, 17 Julai 2012

HARI LAHIR KE 30 - 17.07.2012

Salam semua.... hari ni tak tau nak mula dari mana. Tapi nak bagi tau hari ni adalah tarikh kelahiran aku yang ke 30. Erm...dah masuk 30 rupenya. Kejap betul masa berlalu kan? Dikesempatan ni nak ucaplah terima kasih banyak pada suami tersayang yang sudi mengejutkan aku jam 12.01 pagi tuk hadiahkan hadiah pada aku. Terima kasih gak sebab buat air mata ini mengalir kerana itulah hadiah yang tidak ternilai harganya. Nape mengalir? Eh! Jangan buat andaian melulu, tak semestinya bila kita bersedih sahaja kita boleh menangisinya :) Ingat tu....... 

Sebenarnya, tulus dari hati aku, takde hadiah pun takpe, just kata2 ingatan pun dah memadai, yang penting ikhlas :) Tak lupa juga kepada teman2, kenalan, sedara mara, keluarga yang wish dan mendoakan aku. Sayang kamu semua.

Masih tersampul rapi :) belum dibuka

Hadiah ni rupenye..... tak sangka betul suami belikan novel ni....

Rupa aku sekitar umur 30 an. Tembam kan? Aku akui dah semakin berisi, tapi dah berazam nak maintain balik puasa ni. Hehehe.

Ahad, 15 Julai 2012

MIMPI KALIMAH ALLAH.......

Sekarang pada waktu ini, ketika menulis blog ini hatiku tiba2 sebak. Baru teringat tentang mimpi malam tadi selepas melihat gambar seorang bayi yang ukiran telinganya berbentuk kalimah Allah di dalam FB seorang teman yang dikongsi bersama. Aku kurang pasti akan mimpiku, tapi aku sangat yakin aku telah melihat kalimah Allah yang selama ini kunanti2 terukir pada awan yang membentuknya di langit yang sungguh indah membiru.....Adakah ini satu petanda bukti kebesaran-NYA yang Maha Mengetahui disaat hatiku ingin lebih mendekatinya di awal usiaku 30 an ini. Ku kira pernah bermimpi sebelum ini, tapi kali ini aku lebih jelas akan mimpiku. Pada pembaca, aku akui aku bukanlah seorang yang baik, jadi doakanlah niat suciku kearah yang lebih baik ini akan berterusan dan mencapai maksud hingga ke akhirnya (kala ini aku airmata mula menuruni dan membasahi pipiku).

Jumaat, 13 Julai 2012

LUKISAN HATI


Lukisan Hati. Nape aku letak tajuk ni kan? Sebab aku dapat feel bila melihat gambar2 yang dilukis ni. Cantik tak? Gambar ni aku amik masa makan pizza ngan Ahmad sewaktu dia baru balik dari UUM, selasa baru ni. Aku sangat tertarik dengan lukisan ni (walaupun kat depan mata lebih menarik.Hehehe). Lukisan ni sangat ringan penterjemahannya, tak sarat, hanya cendawan, lada n seumpamannya, tapi sangat kreatif dalam menyampaikan maksud. Alamak! Aku dah mula dah jadi penilai & pentafsir lak.Hahaha...... Takpela, tak salah berkongsi sesuatu yang membuat hati kita tenang. Al-maklum ajelah, suami baru gerak gi kursus lak petang tadi :)

Khamis, 12 Julai 2012

BENGKEL KEIBUBAPAAN SIRI 1/2012 ANJURAN BAKA

Erm....pagi ni aku da bersiap sedia nak mengikuti bengkel keibubapaan yang dianjurkan oleh BAKA. Pada sape yang tak tau BAKA tu apa, meh aku bagi tau, BAKA tu singkatan untuk Bahagian Agama dan KAunseling. Memang aku yang mengada2 meminta CC hantar nama aku. CC tu apa plak? CC tu Ketua Kerani, tapi nape tak KK kan? sebab die guna bahasa orang putih kot, Chief Clerk. Hehehe...... Gambar? mesti la belum ada lagi sebab bengkel ni direncanakan antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Sekarang kul 8.00 pagi pun belum...

Sebagai persediaan, aku dah siap2 beli buku nota. Baru tau.... Nanti aku N3 gambar k sebab sekarang nak gi Dewan Kristal dimana bengkel ni diadakan... Chau Chin Chau.....(jam 7.54 pagi jam pejabat)


Setelah lebih kurang 5 jam berlalu....


Sekarang jam 1.28 tengahari, jadi dah tiba masa rehat n bersantai tuk update blog. Hehehe. Oklah, kita sambung balik k. Tak banyak gambar aku dapat amik, tapi banyak sangat info berguna tuk aku kongsikan bersama. Nanti ada kesempatan aku bagi k. Sekarang layan la dulu gambar yang ada ye.


Aturcara majlis

Laksa Johor pilihan makanan kali ini

Berakhir sudah...muka masing2 dah letih

Buku nota baru tu :)

Rabu, 11 Julai 2012

MANA SATU PILIHANNYA?

Alahai Encik Ahmad, Encik Ahmad.....ingatkan dapat balik awal da dapat dok berehat kat rumah hujung minggu ni, rupenya jadual lain dah menanti. Dah macam ahli politik yang nak bertanding dalam PRU la pulak..... Hehehe. Cuba korang bayangkan, kalau ikut jadual SUKUM 02.07.2012 hingga 13.07.2012. Isnin petang da dapat balik sebab bas penuh n boleh bertolak awal pada sesiapa yang telah selesai berjuang.

So, semalam pagi sampai. Kira ok la kan? tapi....erm.... Ahmad masuk pejabat jap tengok2 apa yang perlu dibuat. Haa...ni la yang dia dapat, jadual kursus. Nampaknya dia kena wat pilihan, nak daftar & kuliah ke nak gi kursus sebab cuba korang teliti tariknya, sama  kan? Erm...tapi aku tau mane yang dia gi sebab ada boleh di runding :) Cume pe2 pun yang pasti hujung minggu ni tetap sama, Ahmad tiada dirumah, tapi di Pasir Gudang. Huhuhu.......

Pendaftaran Kuliah

Kursus

Selasa, 10 Julai 2012

TUMPANG SIMPATI - TAKZIAH CT

Orang biasa kata "kawan ketawa kita senang cari, kawan menangis sukar dijumpai ". Ntahlah, aku pun tak tau betul ke tak ungkapan yang aku guna dapat kisah kehidupan masyarakat yang aku nak N3 ni. Kali ni aku nak ucapkan takziah pada tailor aku yang dah merangkap kawan aku sebab rumah dia baru sahaja terbakar lebih kurang pukul 4 lebih petang semalam. 

Terima kasih sebab sudi berkongsi kisah sedih beliau dengan aku. Tengahari tadi sempat gak aku datang jenguk rumah dia, tapi dia tiada dirumah (memang tau dia takde, cuma nak tengok keadaan rumah dia je). Lalu aku pergi ke rumah adik dia tempat dia menumpang sekarang. Yela, sape tak sedih kan? Aku kata dengan dia, walaupun aku tau sukar untuk dia hadapi semua ini, tapi aku tetap doakan dia tenang dalam menghadapi ujian dan dugaan ini serta berharap semua urusan akan berjalan lancar. Sekali lagi, takziah Siti.

MARI BELAJAR MENGAYUH BASIKAL

Erm...biasalah, bila dah awal pagi cam ni, baru leh bangun update blog. Aku baru pas entry gambar baju sulam kat page ALS (@Diella Lovely Store) tu. Mata memang dah mengantuk ni, tapi still nak update citer yang dah berlalu beberapa hari sambil melihat2 ranking pembacaan pembaca kat akunye blog ni. 

Wah! nampaknya lirik lagu Dejavu Di Kinabalu tu mencanak orang membacanya. Maybe sebab citer tu tengah hot n feel tu telah sampai kat hati dieorang, nak2 minggu ni minggu akhir :) Aku akui, aku pun tak kurang perasaannya tu, macam dapat rasa bercinta & berlakon dalam tu. Amboi puan fara ni kan....berangan!!! Hehehe. Ok what? Bukan senang orang yang dah berumah tangga, beranak2 nak dapat feel zaman bercinta cintun tu tau..... Ala, maybe lagi satu sebab sekarang ni hati sedang merindui seseorang kan, tu yang bila tengok citer tu, sampai ke hati. Ewahhh... Hehehe.

Oklah, berbalik pada story asal aku, aku nak N3 gambar anak2 bermain basikal masa beberapa hati yang lalu. Yela, saje sibukkan diri mereka biar tak terasa rindu kat ayah dieorang kan?Eh2!bukan aku tak nak dieorang rindu, risau kalau terlalu rindu kang sakit lak.Ayah dieorang gi mana? La... kan dah cakap sebelum ni, gi UUM, lawan sukan antara universiti. Khabarnya dapat gangsa. Tahniah ye sayang....

Ammar naik dulu ye....

Meh Abang Adif ajar

Mari main pasir......

Bergambar sejenak :)


Kini giliran Adif lak!!!

Isnin, 9 Julai 2012

PUNCH CARD - MERAH

Haa...kalau nak tau, pagi tadi huru hara aku rasa keadaan aku nak gi keje. Adif ngan Ammar leh lak bangun pagi, habis tergendala semua yang nak dilakukan. Dari aku nak bergaya berkebaya, tudung simpul2, last2 jubah yang tak yah gosok jadi pilihan sebab ke mana aku pegi, mereka mengekori.  Nak mandi pun kena cepat2....... Tapi still mandi :D Bimbang terkena seterika panas, aku putuskan gosok sikit je lagipun jubah tu tak yah gosok pun dah ok. Yang paling dasyat aku kuar rumah kul 7.24 pagi. Gerak dari rumah pengasuh jam 7.36 pagi.... Drive mengikut aliran trafik, kul 8.14 pagi baru sampai pejabat sebab tak singgah UTM (Ahmad kan lom balik). Tapi biasa kalau dah terlewat pun, tak singgah UTM gak sebab Ahmad hantar :)

AKU KAH YANG BERSALAH??? MAAFKANLAH AKU.....

Alamak tajuk...Cam lirik lagu gitu!!!Class...Hahaha :D Saje la kan, nak fikir sejenak tentang pemikiran orang disekeliling kita ni.....Bukan pe, tadi family mak aku nak gi Melaka menyunjungi seseorang di satu tempat atas urusan rasmi. Aku penah gi tempat tu, tapi aku dah akui yang aku kurang pakar area tu n minta salah seorang dari adik beradik mak bertanya pada salah seorang adik beradik aku yang sememang2nya tau.... 

Masa mereka call, aku ngah drive on the way balik rumah JB bersama Adif & Ammar (Ahmad lom balik.Huhuhu.Sempat menyelit lagi tu.Hehehe), so agak sukar untuk aku menjawab dengan keadaan Ammar yang terlalu rajin nak jadi pembantu memegang phone(bayangkanlah). Tak tau nak cakap cam ne. Aku letak n aku call balik lepas tu sejurus aku top up n berhenti seketika, tetapi nada penerima cam lain, bertukar sebab mereka telah masuk ke N9 n kena pusing balik sebab nak gi Melaka. Aku tanya dah tanya pada yang sepatutnya lom, die kata tak? So, adakah aku yang bersalah kerana tidak memberi arah n hala tuju yang sebenar atau ntahlah...Tapi andai aku yang difikirkan bersalah, aku minta maaf je la.

Lagipun silap aku gak kerana aku seharusnya sedia tau sebab aku kan sentiasa menjadi bahan rujuk pada orang2 seperti mereka. Erm... kalau ikutkan, memang aku ni dah macam adik beradik dieorang bukan anak sedara :)

Sabtu, 7 Julai 2012

ME? AT MY HOMETOWN - Balik kampungla :)

Gembira rasa bila dapat balik kampung... Mana lagi, Kampung Kota Dalam la. So, atas dasar kegembiraan yang tak terungkap tu. Aku update sekitar jam 11.00 pagi ni dulu status just like this la :) Kalau sempat aku amik gambar ke, kang entry. Love to be here!!!

Bersambung.....

Oklah, sekarang kul 11.47 malam, baru dapat masukkan gambar. Walaupun suasana kampung sekarang sangat berbeza berbanding dulu, tapi perasaan aku tetap sama. Selalu merindu :)


Inilah rumahku......

Melihat nenek cabut ubi ye sayang......

Dapat pun kucing ni!!!

Masing2 suruh tengok depan tak mau......

Berlatarbelakangkan rumahku.....

Jumaat, 6 Julai 2012

GUNA BALIK LAGU YUNA :D

Haa.. Kalau Korang perasan, adalah beberapa hari aku guna lagu Melly Goeslaw - Butterfly tuk jadi playback blog aku ni. Tapi tu sebab sekarang kan ngah popular cerita Dejavu Di Kinabalu :) Terpengaruh. Hehehe. Sekarang aku da guna balik lagu Yuna - Terukir Di Bintang atas sebab2 yang tidak dapat dinyatakan. Hahaha. Macamla rahsia sangat ek? Takdela, sebenarnya lagu Yuna ni sangat melekat ngan hati aku. Bila tengok bintang pada waktu malam, ada feel something yang best sangat.... Senyuman mula terukir dengan sendirinya. Like this :)

MAKAN - MAKAN SEMPENA SYA'ABAN

Cakap2 hari isnin, jumaat dah jadi :) Benda kalau nak jadi, kejap je kan? Macam tu la makan2 sempena Sya'aban yang berlangsung hari ni. Asal ceritanya, aku ngan Niezam ingat nak bawak makan 20hb ni sempena sambut birthday kami yang jatuh pada 17hb & 19hb. Lalu aku pun menyuarakanlah kepada semua barang siapa yang ingin sponsor. Last2 kata sepakat dipersetujui nak buat hari ni 6hb, tapi bukan tuk sambut birthday kami, tapi tuk makan2 sebelum Ramadhan ni. Antara gambar kami yang possing sana sini ialah .... Seperti dibawah :-

"Ko punya pose Fara...." Kata Abang Fariza. Hehehe. Tak leh gi tue.....

Amik gambar ramai2...

Antara makanan yang dibawa & dihidangkan.

Dok tepi lak!!!

Dah macam raya la pulak :)

PAGE BARU - @Diella Lovely Store


@Diella Lovely Store? Hehehe... biasala aku, suka wat yang pelik2, tak cukup friendster, blog, facebook, ni dah wat pages lak. Asalnya page aku namanya Conet Online, tapi tu pages percubaan je. Gambar profile pun aku letak gambar burung, ntah ape2 ek...mesti orang yang like pun cam terpaksa je. Hehehe. So, bila dah tau wat pages, aku letak nama baru n dalam tempoh menyahkan Conet Online pun bermula.Bukan buang sebab tak suka, tapi biarla nama Conet tu disimpan dalam diri aku je :) So, kalau tetiba aku senyap tak update2 blog tu maybe sebab aku ngah bz mengemaskini lain2 urusan di laman maya :)

Khamis, 5 Julai 2012

JADUAL KULIAH


Padatnya hujung minggu Ahmad ni kan? Tengok je la, jadual tahun 2012 ni... Setiap minggu ada kuliah. Aku tak kira, kalau turn naik kete Aidil, pagi2 sabtu aku dah balik kampung sebab kalau tunggu tengahari nanti terlepas lak citer Hindustan setiap hari sabtu kat TV3 tu. Hehehe. Ni aku snap dari bulan 9, sebenarnya 14hb ni dah mula da :) Ok sayang....... Caiiiyokkk!!!

Rabu, 4 Julai 2012

LIRIK LAGU CERITA DEJAVU DI KINABALU :)


Butterfly

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memililh dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa kurasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sama kacau 
Kerna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes i pray
To come and reach for u
Rescuing your soul
That precious missed up touching me and u

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biarku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

MALAM NISFU SA'ABAN 2012


Penah lihat petikan ini di FB? erm.... aku pun amik kat FB gambar ni. So, sama2 la kita saling mengingatkan ye :) Erm, apa lagi? Nak minta maaf la ni. Tapi nak cakap cam ni 

"Saya Faradila binti Murah, ingin meminta maaf diatas segala kesalahan, kesilapan, kenaifan dan keterlanjuran saya selama ini. Moga kita sama2 mendapat hidayah dan rahmat dari-NYA (Allah)"

Selasa, 3 Julai 2012

TERASA BERSALAH JE KAN .......

Huaanggghhh...Ish...ape la terbangun macam tu kan? Hehehe. Takdelah, takdela sampai menguap macam tu. Kul 9.30 dah ajak anak2 tido sebab plan kul 10.00 aku nak bangun makan ubat, last2 kul 11.53 baru sadar. Nak makan ubat yang mengantuk tu bimbang esok bangun lewat lak. Ah!biarla. Erm...baru jap aku buka rangkaian internet tak kira la apa kan, sekarang ni on ngah malam je :) Siang on gak sekejap2 bukan sebab pe, sebab dah aktifkan top up internet tuk sebulan. Hehehe. 


Oklah, straight to the point, aku ni baca2 wall member2 kat fb, banyak tul kata2 hikmah yang diberikan, antaranya lebih kurang cam ni la " Bertemu jodoh dengan orang yang kita cintai, satu kebetulan TETAPI mencintai jodoh yang diberi satu kewajipan " & "Kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka " . Bila aku kaitkan betullah, kadang2 terasa bersalah lak bila aku teringat akan kecuaian aku dalam perhubungan suami isteri selama ini (nape lak asyik citer pasal perkahwinan ek?sebab suami sekarang jauh....biasalah time jauh baru nak ingat itu ini, rindu2an n something like that la. Hahaha. Tapi dikesempatan ini gak aku nak ucapkan terima kasih pada insan2 yang pernah menyayangi n mencintai aku & bermohon maaf pada insan2 yang pernah terluka hatinya kerana mencintai aku. Mesti perit kan? Maaf ye :) Amboi Puan ... tak agak2 nak tulis insan2 tu, cam ramai je kan? Perasaan betul aku ni. Hahaha )

Aku tau, dia mungkin terluka dengan sikapku yang ntah ape2 ni dan kadang2 terlalu mencabar kekuatan emosinya dan baru aku tersedar bahawa parut itu tetap akan ada meninggalkan kesan walaupun ianya telah sembuh. Sama juga macam hati aku. Kenapalah semua ini terjadi. Memang aku pegang pada kata2 "Semua yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi " tetapi aku juga kadang2 terlupa bahawa manusia diberikan akal untuk berfikir, tapi entahlah...dah nama perasaan kan, susah nak cakap la. Tu la dah namanya manusia tak lepas dari kesilapan n satu lagi kata2 yang aku penah dengar " Allah tidak hairan dengan kesilapan yang kita lakukan TETAPI berasa hairan, mengapa kita tidak bertaubat " ( Amboi...dah macam ceramah agama la pulak ye. Hehehe)

Jadi sama2 la kita bertaubat bersempena masuknya bulan Sa'aban & Ramadhan kelak. Jangan ingat Syawal je tau :P (Baju raya dah tempah belum?tailor dah tutup.Hahaha)

Isnin, 2 Julai 2012

JANGAN TIRU AKSI INI !!!

Mane gambarnya kan? Memangla tak leh nak upload sebab tak leh tiru. Hehehe. Bukan cam tu la, sebab aku tak leh nak amik gambar sebab aksi yang aku maksudkan ni ialah aku sendiri pagi tadi memandu kereta sambil anak2 (Ammar & Adif) dipangku di kiri dan kanan peha aku ni. Bayangkanlah, macam mana bila aku nak membuat pusingan 'U' tu. Asalnya Ammar nak susu, dah cantik da aku letak kat kerusi sebelah pemandu. Bila amik Adif, Adif nak aku teman die kat tempat duduk belakang cam hari2 biasa. Aku cakaplah, sape nak pandu n cadangkan die dok depan ngan aku. Die cepat je, tapi Ammar lak tak tahan, nak gak dok ngan aku. Haa...senang, dua2 sekali aku suruh duduk kat pemandu tu. Syukurlah rumah penjaga tu satu taman n tak jumpe la jangan besar, jalan dalam taman aku je. tapi bawak punye la slow...marah agaknya orang sebab dah la masing2 berlumba2 nak gi keje kan? Hehehe :) Jangan tiru tau.......

Ahad, 1 Julai 2012

MENITIS GAK AIR MATAKU.HUHUHU

Kesedihan melanda hati ini tatkala bas yang membawa suami berlepas ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bersempena Sukan Universiti Malaysia (SUKUM).

Ahmad  "Mat Pit suruh isteri balik sebab tengok dah macam nak menangis je."
Aku "Siapa?"
Ahmad "Isteri die yang nak menangis, bukan anaknya"
Aku "Ye ke"

pastu aku pun balik....

SMS dari Ahmad : Baru gerak syg
SMS dari aku?panjang sangat kalau nak taip tapi yang pasti ayat cukup baik, cam cool je, cuma suami tak tahu air mata dah berjujuran masa taip sms tu.Huhuhu.Ye la, aku tak nak die risau.Biarlah die fokus pada pertandingan tu nanti. Aku gak yang bagi sokongan n kengkadang kongkongan (hahaha, yelah, penah 2.30 pagi baru balik kalau ade latihan tu).Tapi more pada sokongan tau...

Dan aku cam biasala, sambil menaip ni pun dah macam air paip yang kepala paipnya rosak, dah loose orang kata, mengalir halus berjujuran air mata. Hehehe. Siapa tak sayang suami kan, siapa pun die, die tetap suami aku.Orang yang sudi menjadikan aku isteri yang sah tanpa ragu akan kenaifan diri ini. Mungkin aku pernah lupe diri, tapi aku tahu, aku sangat sayangkan keluargaku ini. Maafkan ayang sayang.......Dan terima kasih :) Good luck!!!

With Mat Rais

Antara 7 bas yang menanti

Geng Bola Sepak

Salah satu isteri yang setia menghantar & menunggu

Adif pun nak join :)