Eh! Jangan salah faham ye. Aku bukan mencari kesalahan Nasional FM tapi nak kongsi sedikit tentang salah satu segmen dalam Radio Nasianal FM yang amat berguna sangat pada semua terutama aku yang agak kurang sikit ilmu tentang tatabahasa ni. Hehehe..... Dulu memang aku akui aku ni jenis tahu tapi tak faham. Tu yang kalau orang tanya tu blur2 je nak jawab. Hai2... ape la kan? Erm... kenapa aku kata berguna sebab cuba korang tengok perkataan di bawah ni ye, mana yang betul penggunaannya.
"Dengar sini semua apa yang aku hendak katakan " dan
"Dengar sini semua apa-apa yang aku hendak katakan"
Bagi pendapat aku (tak tau la korang kan), ayat yang sedap ialah ayat yang pertama sebab apa-apa tu cam tak kena gaya je kan? Tapi sebenarnya, ayat kedua tu yang betul kerana perkataan apa tu adalah ayat tanya, so tak leh guna dalam konteks ini :) Faham tak? Haa... ni la yang aku blajar pagi tadi. Kalau korang pun nak blajar gak, boleh dengar Radio Nasional FM sekitar jam 7.30 pagi dan ulangan petang, aku tak pasti kul bape. Hehehe. Selamat belajar...... Banyak yang aku dah blajar tau!!! Marilah tambahkan ilmu bersama :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan