Orang biasa kata "kawan ketawa kita senang cari, kawan menangis sukar dijumpai ". Ntahlah, aku pun tak tau betul ke tak ungkapan yang aku guna dapat kisah kehidupan masyarakat yang aku nak N3 ni. Kali ni aku nak ucapkan takziah pada tailor aku yang dah merangkap kawan aku sebab rumah dia baru sahaja terbakar lebih kurang pukul 4 lebih petang semalam.
Terima kasih sebab sudi berkongsi kisah sedih beliau dengan aku. Tengahari tadi sempat gak aku datang jenguk rumah dia, tapi dia tiada dirumah (memang tau dia takde, cuma nak tengok keadaan rumah dia je). Lalu aku pergi ke rumah adik dia tempat dia menumpang sekarang. Yela, sape tak sedih kan? Aku kata dengan dia, walaupun aku tau sukar untuk dia hadapi semua ini, tapi aku tetap doakan dia tenang dalam menghadapi ujian dan dugaan ini serta berharap semua urusan akan berjalan lancar. Sekali lagi, takziah Siti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan