SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Sabtu, 27 Julai 2013

PROSES MENGECAT BERMULA - Adif beria nak tolong :-)

Da masuk 3 hari aku perasan cuaca mendung je kat sini. Ini bermakna makin bertambahla pakaian aku jemur kat ampaian. Maklum ajelah, hari2 basuh. Hehehe. Erm....... biarlah, sesungguhnya Allah yang merancang sesuatu itu. Tak yah nak sibuk sangat :-)

Haa.......patut aku sibuk ni ha, rumah ni. Bila semua dah pasang, dah tentu2 la dinding nak kena cat sebab wiring baru n ape2 la kan. So, proses mengecat pun bermula dalam sehari dua ni. Nampaknya Adif tak sabar nak menolong ayah dia mengecat. Baguslah dah boleh harap anak sulong aku ni. 

Tengoklah Adif yang rajin.......

Khamis, 25 Julai 2013

CORNICE YANG KU IDAM - Pertapaanku berakhir.......

Syukur sesangat sebab petang tadi berakhirlah pertapaan aku kat bilik belakang sebab projek ke 6 aku kalau tak silap iaitu pemasangan cornice telah terlaksana. Dimulai pada 20hb yang lalu dah berakhir pada hari ini 25hb. Mari aku tunjukkan dari awal pemasangannya hinggalah selesai ya.


Barang keperluan pemasang

Ni langkah pertama dia

Pastu jadi cam ni lak

Dah siap tinggal cat balik cornice nya

Taraa.... dah siap pasang lampu n kipas

Ai.... yang ni mane datangnya lak kan? kalau nak tau yang ni baby fan yang aku suruh pasang kat dining area, baru tak panas pasni bila makan :-)

LAGU RAYA DAH BERKUMANDANG - Rumah still tunggang langgang.......

Oklah....sekian sudah aku N3 citer dari bulan Jun sampai ke pertengahan Julai. So, tiba masanya kite N3 citer terbaru, terkini pada hari ni kan? Ade satu lagi story tapi sebab lom siap, aku biar siap dulu baru aku N3 ye :-)

Haa... hari ni aku dok rumah, buka radio banyak dah kedengaran lagu2 raya diputarkan dicorong2 radio. Eh! masih dipanggil corong ke? Speaker la. Hehehe. Itu menandakan dah masuk pertengahan Ramadhan dan dah dekat da Syawal. Huhuhu. Cam ne ni, raya dah dekat tapi rumah masih cam ni gak, makin berselerak adelah sebab macam aku cakap tadi story yang aku nak N3 tu lom siap. Kalau dah siap, baru aku leh kemaskini semua. Harap hari ni orang3 tu datang n siapkan agar aku bebas nak mulakan keje2 pra syawal ni. Kannn.......

17 JULAI 2013 MY BEST BIRTHDAY - Huhuhu..... rakan FB je yang ingat.......

Sedih....sadis tau masa masuk usia 31 tahun ni. Orang kat rumah tak ingat pun. Huhuhu. Yang ingat biasalah rakan-rakan FB. Tu pun ntah2 sebab nampak kat catatan FB kan. Huhuhu. So, dengan itu tiada gambar hadiah tuk aku post kat sini :-(

Hehehe. Tapi aku tetap happy sebab ade anak yang baru lahir, anugerah dan hadiah yang tidak ternilai sebab kalau korang nak tau, Fathiah ni lahir bulan Ramadhan & Julai sama ngan mama die ni :-)


Rabu, 24 Julai 2013

10 JULAI 2013 LAHIRNYA FATHIAH ADELIA BINTI AHMAD - Bersamaa 1 Ramadhan 1434 Hijrah tu.......

Ye...... sebagaimana yang korang nampak semalam tu gambar aku makan di Restoran Malay Village kan? pastu aku cakap due klinik semalam, due aku hari ni. Maka terlerailah segala persoalan sebab jam 2.50 pagi aku dah mula rasa sakit selang 15 ke 20 minit. Gitu, gini tak leh tido, jam 4.30 pagi 1 Ramadhan ni aku hantar Adif ngan Ammar kat rumah penjaga dieorang. Dari awal aku dah tanya Mak.Fuzi kalau aku bersalin nanti nak tumpang budak2 kejap. Bagus gak dapat kejutkan mereka bersahur. Kul 5.00 pagi lebih kurang la, sampai Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Kat bilik saringan je sampai dah nak kul 6.30 pagi. Tengok jalan dah bukan 3 ke 4. Doktor pecahkan air ketuban. Kul 7.30 pagi syukur aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan, seberat 3.65 kg di awal pagi satu Ramadhan.


Sijil kelahiran yang dibuat setelah 13 hari kelahiran

Di Pusat bersalin, dok menunggu nak balik. Doktor kata kalau bersalin pagi, lebih 6 jam, ibu anak ok, doktor pakar ada, dah leh keluar

Betul...... petang tu gak aku keluar. Erm.... kalau tengok barang yang aku bawa cam nak stay lama, tapi mungkin semua sebab doa. Doa dan kata2 bahawa aku akan bersalin puasa, 10hb dan kalau boleh nak tunggu sakit baru gi hospital biar tak tido wad. Syukur segalanya dipermudahkan kali ni.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih pada petugas HSA dari kul 5.00 hingga 6.30 pagi dibilik saringan, 6.30 hingga 8.30 pagi bi bilik bersalin no. 14 dan 8.30 pagi hingga 6.30 petang di Pusat bersalin katil 12 kerana memberikan kerjasama yang amat memuaskan. Termasuk juga pelajar praktikal Kolej Kluang kalau tak silap aku.


09 JULAI 2013 RESTORAN MALAY VILLAGE - Sebelum puasa ada masuk Jalan-Jalan Cari Makan

Hari ni 30 Syaaban 1434 Hijrah. Budak2 opis tak puas lagi jamuan makan-makan ritu, so diajaknya gi makan kat sebelah restoran ni. Tapi disebabkan tutup kami pun menyinggah la kat sini. Mula2 tengok harga, wow! boleh tahan. Tapi fikir balik takpelah, esok dah puasa, on je la. 

Snap dulu muka yang dah lama aku tak amik sebab ade orang kata cam tak berseri. Erm.......

Makanan yang kami order

Yang ni tuk aku la. Nasi putih ngan ayam lemon.

Inilah budak opis yang gi. Haa... thanks la pada Kak Jam yang pakai baju biru tudung krim tu sebab punyelah ber budget2 ni, rupenye die belanja. Semoga murah rezeki Kak Jam. Erm...... korang tengoklah perut aku tu, kalau ikut due klinik 09hb ni, tapi ikut perkiraan aku 10hb. Esoknye :-) Eh! Nampak tak warna hijau kat tiang tu. Tu la, JJCM TV3.

06 JULAI 2013 DIVIDER LA PULAK - Yuhuu....... yang ni lagi aku suke. Suke2 :-)

Divider o divider atau pembahagi ruang. Memang terus terang aku katakan yang ni memang aku suka sesangat sebab dah lama aku impikan. Dah lama aku kata ngan suami nak wat pembahagi ruang tuk rumah kami sebab biarlah tak nampak terus ke dining. Lagipun masa tu meja kami tau je la macam mana, lainla cam meja sekarang kan.

So, setelah perbincangan dibuat dengan Aizat yang dulu penah datang tuk bagi quotation buat kabinet belakang tapi kami tak jadi buat, bagi deposit. Sekejap je dieorang dah datang pasang. Aku kata sebelum raya boleh tak siap, die kata bukan sebelum raya, sebelum puasa die dah leh pasang. Lagilah aku suke sebab lagi cepat lagi bagus. Sementara duit ade. Ni kira belanjawan ke 5 tu agihan duit KWSP aku. Korang tengok je la gambar dieorang wat keje dari kul 10.30 pagi sampai 11.30 malam. 13 jam tu.


Mula2 datang

Letak la mana nak letak

Cari ruang bernafas dulu

Dah mula keje da

Ukur jangan tak ukur

Ruang tepi dah naik da

Kabinet tersorok, idea yang bagus. Penggunaan ruang yang berkesan

Siap.....bila pintu dibuka

Bila pintu di tutup macam kabinet kan?

So far ok sangat bekerjasama dengan Aizat ni sebab dia suruh kami bagi idea, anggaran budget dan dia cube cari harga terbaik untuk design kami yang diolah semula oleh die. 

05 JULAI 2013 MAKAN-MAKAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN - Wat kerabu jee.....

Haa...sebab masa ni jumaat terakhir sebelum kedatangan Bulan Ramadhan tahun ni, so pejabat macam biasa la ajak bawak makanan. Aku kan special kes, jadi aku tak janji ngan dieorang nak bawak pe. Last2 aku bawak pelam yang bukan macam biasa aku beli tu, cili semua la, wat kerabu mangga kat pejabat. Buat2 tak bawak garam. Bagus....... serba tak kena. Ish3....... dah la bawak tu je. Hehehe.

Aku wat kerabu je. Dieorang bawak ayam, udang, sotong, tetel, telur masin, daging. Huhuhu. Muai makan kali ni :-)



01 JULAI 2013 MEJA KOPIKU SAMPAI - Sukerrr.......

Selamat tengahari semua...... Puan Farraa, Puan Farraa...... bila dah dapat masa update blog dari malam sampai ke malam N3 yekk. Hehehe. Oklah, kita tinggalkan jun, kita masuk lak Julai ye kengkawan. Untuk rancangan ke 4 aku, aku nak tukar meja. Dan aku suka, berkenan, minat sangat ngan meja ade gambar kopi kat bawah sekali ni tau.

Gambar meja lama yang dijual kat kedai terpakai cuma dapat RM50. RM50 pun RM50 la sebab nak bagi sedara mara semua jauh, nak stay kat rumah ni, dah penuh barang, takde ruang da, nak buang, sayang.......

Inilah mejanya...... mungkin korang tak perasan ada gambar cawan kat kerusinya. Syukur sangat sebab bila dah guna, memang bagus sangatla beli meja ni. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kami tau la kenape. Hehehe.

17 JUN 2013 6TH ANNIVERSARY, KATIL & ALMARI - 3 in 1. Ok what.......

Ok....tak yah nak cakap banyak semua dah tau da bila tengok tajuk tu kan? Ye saya, 17 Jun 2013 genaplah usia ikatan perkahwinan aku dengan suami tercinta Ahmad Hassan 6 tahun. Walaupun dah 6 tahun tapi sedih gak sebab suami tak ingat. Takpelah, maybe die sibuk. So, aku yang ingat ni la yang kena mengingatkan...... aku pun tak bagi pe just coklat yang kat gambar bawah ni hasil air tangan kawan aku. Saje support business member :-)

Coklat Love untuk suamiku.......

Haa...... yang bab katil & almari ni pula ialah agihan duit KWSP aku la. Eh! ni baru yang ke dua & tiga selepas simpanan tu. Ade lagi....... Sebenarnya da lama aku pasang impian tuk anak2 aku agar ade bilik sendiri. Memang sebelum ni, sape yang tau la, kami da standbykan bilik belakang tuk mereka, tapi ye la, kalau korang tengok dah macam stor pun ade. Cian....... lagipun jauh ke belakang, pe2 nak pantau susah.

Tu la, memang ade hikmah ibu mertua aku bernikah sebab bilik tengah bersebelahan bilik aku yang digunakan kini dapat aku jadikan bilik anak2. kebetulan pula duit baru dapat kan? Seperti hasil yang korang lihat kat bawah ni, aku belikan katil & almari baru. Tarikh ni gak sampai & siap pasang. kalau ikutkan katil da sampai awal tapi skru leh tak cukup, tu yang dieorang datang balik tuk pasang.

Tengoklah tilam atas masih bersampul lagi

Seronok Adif ngan Ammar. Hati aku pun jadi senang :-)

12 JUN 2013 DUIT DAH MASUK - Masyuk kata bebudak opisss

Hehehe....... tau je kan, sebagai rakan2 yang amat prihatin terutama bab duit ni, tau je bebudak opiss bila aku dapat tu. Masyukkk dieorang kata. So, aku suaplah sikit dengan KFC. Tu je la yang mampu sebab orang2 tersayang nak gak merasa. Ye dakk? perkara pertama yang akan aku buat ialah memasukkan simpanan tuk aku n anak2. Aku target apa yang aku simpan tu aku tak mau usik dalam masa terdekat ni. Lagipun bukannya banyak mana pun 2/5 dari apa yang aku dapat tu je. 

Anak2 tu sebab memang hak dieorang. Ala.... duit raya, duit orang bagi2 tu aku la yang memegangnya selama ni. Walaupun mereka da beli itu ini guna duit tu, tapi aku catat. Aku catat sebab nak masuk sikit2 cam susah je kan, so kumpul n kalau dah banyak baru masukkan. Kalau dah terguna leh tau. Cam ni la, kan senang. Bila da ade duit tu terus bayar semua. Langsai tau anak2 mama, mama takde hutang korang. Nanti raya tahun ni kumpul lagi k. Dah besar mama serah buku, senang kalau nak belajar ke, nak kawin ke. Asal terus menyimpan, awak2 berdua tu lelaki.Hikhikhik.

11 JUN 2013 PENGELUARAN KWSP DAH LULUS - Yeesss!!!! Inilah hari yang ditunggu-tunggu

Ye, Yup! Kalau korang nak tau, oleh kerana telah diberikan taraf berpencen, maka dengan itu KWSP da leh la kuarkan semua. Kite cuma tak dapat bahagian majikan sewaktu kite keje dalam kerajaan la. Cam kes aku ni kira dari Januari 2010 hingga Jun 2013 sher majikan akan di ambil. Syukur sangat sebab walaupun aku penah membuat pengeluaran pada tahun 2008 ekoran pembelian rumah, masih adelah gak simpanan KWSP tuk aku merealisasikan beberapa impian hidup aku. Aku? Dah tentu telah merencana aliran kewangan tu ke mana supaya nampak hasilnya. So, still with me to know about it, okiess? Amboi....... baru lulus KWSP dah speaking London lak. Ahaks.......

Selasa, 23 Julai 2013

07 JUN 2013 PERNIKAHAN IBU MERTUA - Haa....... terjawabkan sape yang bernikah?

Haa.......nape? Terkejut? Janganlah terkejut sangat. Pernikahan di usia tua bukanlah satu benda aneh, ganjil, janggal atau tidak boleh diterima lagi dikalangan kita. Zaman moden beb!!! Yang penting jodoh. Kalau dah jodoh tidak ke mana. Aku tak mau komen lebih2, tapi aku doakan agar ibu mertua aku berbahagia hendaknya disamping suami baru. Bagi aku, eh! tadi kata tak nak komen, tapi nak mengulas gak tu. Hehehe. Bagi aku, ada baiknya mereka ini disatukan kerana masing-masing saling memerlukan. Memerlukan bagi seorang ibu atau bapa tunggal yang kematian suami atau isteri di usia tua adalah lebih kepada teman bicara (Itu kata kebanyakkan orang yang aku jumpa la). Erm....... mungkin ada benarnya. Well, kita lihat saje la kan :-)


Penyerahan Mas Kahwin

 Bersalaman setelah ikatan sah

 Baru leh amik gambar berdua-duaan

Makan damai di rumah Bapa Mertua

Hantaran dari Pihak Lelaki

Hantaran dari Pihak Perempuan

Bilik Penganti Baru :-)

05 JUN 2013 HADIAH HARIJADI ADIF FARHA - Dapat gak cari hadiah nie.......


Selamat petang semua....... Haa, anda da fikir menu apa nak berbuka petang ni? Jangan pening2, kalau rasa dah tak tau nak masak or makan pe, gi je Bazar Ramadhan, pasti ada yang berkenan di hati, yang penting pulusnya ade....... Kang pening lain lak. Al maklum ajelah da hujung2 bulan ni. Nak tunggu gaji walaupun lagi beberapa hari, tapi rasa lama la sesangat ya? Hehehe.

Oklah, malas nak bebel panjang sepertimana seawal kul +- kul 3 pagi tadi aku cakap nak N3 citer kan? So kita mulala dengan hadiah hari jadi Adif yang ke 5 tahun ni. Birthday Adif sebenarnya 01 Jun, tapi dek kerana mama dia ni, akulah kan? Nak sangat bende alah ni, tu yang delay sampai 05hb tu. Berapa banyak nak mulala kan? Erm.......

Pada sesiapa yang ada anak2 kecil seusia anak2 aku ni, aku cadangkan belilah satu kat rumah. Eh! bukan sebab aku juallah, tapi amat bagus tuk letak barangan mainan yang kadang kala bersepah satu rumah bila anak2 bermain. Aku da praktik kan. Tu sebab leh cakap n kongsi bersama. Bak kata2 yang aku penah dengar tapi lupelah kat mana, ''Ilmu untuk dikongsi, bukan disimpan''.

01 JUN 2013 MASUK TARAF PENCEN - Dalam hati, leh ler keluar KWSP :-)

Oklah.......selamat semua. Skrang aku nak mulakan N3 seawal 01 Jun k. Sebenarnya pada hari tu aku sangat2 bersyukur kerana telah dimasukkan ke dalam taraf berpencen. Kalau korang nak tau, inilah yang dinanti-nantikan oleh aku. Bukan sebab dah leh keluar KWSP, tapi sebab utama aku nak berkhidmat dalam kerajaan adalah pencen. Aku sedar yang aku tiada kebun, mungkin lom ade rumah sewa n macam-macam aset lain yang leh beri hasil bila dah tua kelak. So, ade takde pencenlah yang orang kata ade pendapatan bulanan nanti.

Oh, ya! Tarikh ni birthday Adif yang ke 5 Tahun gak tau....... Selamat menyambut hari lahir yang ke 5 sayang. Mama doakan Adif sentiasa di lindungi Allah hendaknya. Hadiah? Mama masih mencari.

RINDU PADA KALIAN

Selamat pagi semua. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Sedar tak sedar da 2 minggu kamu semua menjalaninya. Dan da 2 mgu la aku bersama kekasih hatiku yang baru. Amboi....... da lama tak update, masuk2 terus buat pengakuan berani kan? Hehehe. Siapakan dia? Kalau nak tau follow akunyer moment kat wechat. Haa...baekk punye ayat. Cam penting sgt smp nk smpn no phone aku kan? Hikhikhik. Oklah, sebenarnya dalam bulan jun, julai aku agak bz. Urusan saban minggu ada. Dari urusan nikah sampailah bersalin.  Lengkap. Ni pun update guna hp. Saje nk ckp rindukan blog ni n aku akan cari ruang waktu untuk n3 semuanyer dari awal jun. Semua ade padaku. Tersimpul rapi kisah itu :-)