SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 24 Julai 2013

10 JULAI 2013 LAHIRNYA FATHIAH ADELIA BINTI AHMAD - Bersamaa 1 Ramadhan 1434 Hijrah tu.......

Ye...... sebagaimana yang korang nampak semalam tu gambar aku makan di Restoran Malay Village kan? pastu aku cakap due klinik semalam, due aku hari ni. Maka terlerailah segala persoalan sebab jam 2.50 pagi aku dah mula rasa sakit selang 15 ke 20 minit. Gitu, gini tak leh tido, jam 4.30 pagi 1 Ramadhan ni aku hantar Adif ngan Ammar kat rumah penjaga dieorang. Dari awal aku dah tanya Mak.Fuzi kalau aku bersalin nanti nak tumpang budak2 kejap. Bagus gak dapat kejutkan mereka bersahur. Kul 5.00 pagi lebih kurang la, sampai Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Kat bilik saringan je sampai dah nak kul 6.30 pagi. Tengok jalan dah bukan 3 ke 4. Doktor pecahkan air ketuban. Kul 7.30 pagi syukur aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan, seberat 3.65 kg di awal pagi satu Ramadhan.


Sijil kelahiran yang dibuat setelah 13 hari kelahiran

Di Pusat bersalin, dok menunggu nak balik. Doktor kata kalau bersalin pagi, lebih 6 jam, ibu anak ok, doktor pakar ada, dah leh keluar

Betul...... petang tu gak aku keluar. Erm.... kalau tengok barang yang aku bawa cam nak stay lama, tapi mungkin semua sebab doa. Doa dan kata2 bahawa aku akan bersalin puasa, 10hb dan kalau boleh nak tunggu sakit baru gi hospital biar tak tido wad. Syukur segalanya dipermudahkan kali ni.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih pada petugas HSA dari kul 5.00 hingga 6.30 pagi dibilik saringan, 6.30 hingga 8.30 pagi bi bilik bersalin no. 14 dan 8.30 pagi hingga 6.30 petang di Pusat bersalin katil 12 kerana memberikan kerjasama yang amat memuaskan. Termasuk juga pelajar praktikal Kolej Kluang kalau tak silap aku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan