SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 24 Julai 2013

17 JUN 2013 6TH ANNIVERSARY, KATIL & ALMARI - 3 in 1. Ok what.......

Ok....tak yah nak cakap banyak semua dah tau da bila tengok tajuk tu kan? Ye saya, 17 Jun 2013 genaplah usia ikatan perkahwinan aku dengan suami tercinta Ahmad Hassan 6 tahun. Walaupun dah 6 tahun tapi sedih gak sebab suami tak ingat. Takpelah, maybe die sibuk. So, aku yang ingat ni la yang kena mengingatkan...... aku pun tak bagi pe just coklat yang kat gambar bawah ni hasil air tangan kawan aku. Saje support business member :-)

Coklat Love untuk suamiku.......

Haa...... yang bab katil & almari ni pula ialah agihan duit KWSP aku la. Eh! ni baru yang ke dua & tiga selepas simpanan tu. Ade lagi....... Sebenarnya da lama aku pasang impian tuk anak2 aku agar ade bilik sendiri. Memang sebelum ni, sape yang tau la, kami da standbykan bilik belakang tuk mereka, tapi ye la, kalau korang tengok dah macam stor pun ade. Cian....... lagipun jauh ke belakang, pe2 nak pantau susah.

Tu la, memang ade hikmah ibu mertua aku bernikah sebab bilik tengah bersebelahan bilik aku yang digunakan kini dapat aku jadikan bilik anak2. kebetulan pula duit baru dapat kan? Seperti hasil yang korang lihat kat bawah ni, aku belikan katil & almari baru. Tarikh ni gak sampai & siap pasang. kalau ikutkan katil da sampai awal tapi skru leh tak cukup, tu yang dieorang datang balik tuk pasang.

Tengoklah tilam atas masih bersampul lagi

Seronok Adif ngan Ammar. Hati aku pun jadi senang :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan