SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 24 Julai 2013

12 JUN 2013 DUIT DAH MASUK - Masyuk kata bebudak opisss

Hehehe....... tau je kan, sebagai rakan2 yang amat prihatin terutama bab duit ni, tau je bebudak opiss bila aku dapat tu. Masyukkk dieorang kata. So, aku suaplah sikit dengan KFC. Tu je la yang mampu sebab orang2 tersayang nak gak merasa. Ye dakk? perkara pertama yang akan aku buat ialah memasukkan simpanan tuk aku n anak2. Aku target apa yang aku simpan tu aku tak mau usik dalam masa terdekat ni. Lagipun bukannya banyak mana pun 2/5 dari apa yang aku dapat tu je. 

Anak2 tu sebab memang hak dieorang. Ala.... duit raya, duit orang bagi2 tu aku la yang memegangnya selama ni. Walaupun mereka da beli itu ini guna duit tu, tapi aku catat. Aku catat sebab nak masuk sikit2 cam susah je kan, so kumpul n kalau dah banyak baru masukkan. Kalau dah terguna leh tau. Cam ni la, kan senang. Bila da ade duit tu terus bayar semua. Langsai tau anak2 mama, mama takde hutang korang. Nanti raya tahun ni kumpul lagi k. Dah besar mama serah buku, senang kalau nak belajar ke, nak kawin ke. Asal terus menyimpan, awak2 berdua tu lelaki.Hikhikhik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan