SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA
Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.
Rabu, 28 Disember 2011
BANYAKNYE KERJA......AWAL & AKHIR TAHUN
Dah hampir 2 tahun aku kerja kat pejabat ni. Seperti biasalah akhir n awal tahun aku betul2 sibuk sebab aku handle laporan penilaian prestasi. Bukan pe, tahu ni bermulanya sistem baru ditempat kerja aku yang mana peranan yang diberikan sangat terhadap. Kira orang cakap orang2 terpilih je la yang boleh dapat peranan ni. Dan yang aling syok tu kalau seluruh organisasi kita nak kawal dalam 9167 orang tu.Poning2......tu yang rase before betul2 kena tempoh, aku nak cuti dulu 30hb ni, lepaskan dulu ape yang patut. Baru segar minda ni. Hehehe. K la, masa pun dah time. So, aku cau dulu la.
Isnin, 31 Oktober 2011
KENAPALAH ADA ORANG MACAM NI EK......
Kadang2 aku tertanya sendiri "kenapalah ada orang cam ni ek?". Buat hilang 'mood' je. Apa yang aku nak ceritakan ni sekadar pandangan, rasa tidak puas hati, untuk hilangkan tekanan n luahan hati aku. So, nak nilai macam mana pasal aku itu terpulang n terletak di tangan kamu.kamu. n kamu.
Takdela, sepatutnya hari ini jam 3.00 petang aku akan pergi ke Kuala Lumpur atas urusan tugas yang mana berlakunya esok pukul 8.30 petang hingga 5.00 petang. Aku telah ketahui seawal khamis minggu lepas lagi. Waktu itu, aku telefon orang2 yang terlibat untuk mengetahui n mencari teman (almaklumla tak pernah pegi2 cam ni). Dalam usaha aku itu, berbaloilah apabila aku dapat mencari kenalan yang ingin bertolak esok pagi jam 5.00 pagi, jadi tak yah fikir nak tido mane.
Tetapi........ yang buat aku tak senang duduk, tak sedap hati, tak keruan n macam2 lagi la yang tak, apabila ada satu orang ni die tak dapat nak pegi sebab kurang sihat, die suruh orang lain ganti, pastu nak suruh aku carikan teman tuk budak yang gantikan die sebab die kata kalau aku tak gi kul 3.00 hari ni budak tu nanti sorang2 takde kawan. Sedangkan yang pegi naik bas kul 3.00 tu ramai setelah dirunding. Dan yang paling aku tak leh nak terima tu die kata aku pentingkan diri sebab lepaskan kesusahan aku sendiri.
Amboi3....... banyak cantik muka die. Aku dari khamis duk fikir camne nak bermalam kat sana, kalau orang lain naik kenderaan sendiri, aku sorang2.Duit lak bukan banyak sangat nak tido hotel kalau sorang. Siankan anak2 lagi. Pastu tak penah gi sana n tak tau keadaannya. Banyak yang aku fikir, ade die kisah? Die tau aku gi sendiri, die dok saje je. Bila kena anak buah die, bukan main lagi.......
Ah! lega sikit. Aku bukan pe, cian gak kat budak tu tetiba kena ganti. So, atas rasa perikemanusian, aku carikan gak la teman tuk budak tu. Telefon orang yang sepatutnya jadi teman aku kat sana.Setelah dirunding2, dibincang2, ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua. Aku rasa budak tu pun tak kisah. Die yang 'over' kot. Ntahlah. KENAPALAH ADA ORANG CAM NI EK. Die kata aku pentingkan diri, die tu rase aku sama je kalau nak suruh aku kesiankan orang lain tapi tidak diri sendiri.Tul tak? Ah!lantakla......
Isnin, 24 Oktober 2011
PERISTIWA HAMPIR SAMA BERULANG KEMBALI
8 tahun telah berlalu tapi masih segar dalam ingatanku kejadian sewaktu aku sekeluarga dalam perjalanan pulang setelah menghantar adikku mai ke PLKN di Mersing dahulu. Abah terlalu bising menyuruhku memandu kereta kancil akak kerana ketika itu aku sedang belajar memandu di sekolah latihan di Kluang. Waktu itu aku baru sahaja memegang lesen L.
Sedang asyik aku memandu di Jalan Kluang - Mersing dengan penuh berkhemah, tegak, lurus, penuh tumpuan, tiba2 di satu selekoh yang agak tinggi kerana berbukit, adik kecilku Mirul menjerit " Kak Ila, Lembu." Aku terus terkejut n terpandang lembu itu yang jauh ntah dibukit mana. Kawalanku mula hilang, hampir sahaja kereta melanggar bukit, ku paut stereng ke kanan dengan rakusnya. Lalu, kereta pun berpusing ntah berapa ratus puluh darjah la.Erm....kalau nak citer ni panjang sangat. letih la.Hahaha. Yang pasti baru2 ni aku mengalami peristiwa yang hampir sama cuba jalan, waktu, keadaan yang berbeza. Aku asyik nak betulkan radio, tu la padahnya. Konon rasa da pakar sangat kan. Hehehe.
Moral : Walaupun kita rasa kite seorang yang cermat dan hebat dalam pemanduan, tetapi sesaat kita lalai. Kesannya sangat mendalam di hati dan ingatan abadi.
Sedang asyik aku memandu di Jalan Kluang - Mersing dengan penuh berkhemah, tegak, lurus, penuh tumpuan, tiba2 di satu selekoh yang agak tinggi kerana berbukit, adik kecilku Mirul menjerit " Kak Ila, Lembu." Aku terus terkejut n terpandang lembu itu yang jauh ntah dibukit mana. Kawalanku mula hilang, hampir sahaja kereta melanggar bukit, ku paut stereng ke kanan dengan rakusnya. Lalu, kereta pun berpusing ntah berapa ratus puluh darjah la.Erm....kalau nak citer ni panjang sangat. letih la.Hahaha. Yang pasti baru2 ni aku mengalami peristiwa yang hampir sama cuba jalan, waktu, keadaan yang berbeza. Aku asyik nak betulkan radio, tu la padahnya. Konon rasa da pakar sangat kan. Hehehe.
Moral : Walaupun kita rasa kite seorang yang cermat dan hebat dalam pemanduan, tetapi sesaat kita lalai. Kesannya sangat mendalam di hati dan ingatan abadi.
Rabu, 31 Ogos 2011
LETIHNYE......
Hai............dah namanye raya, mestilah letih kan? Hari ni baru masuk raya ke dua, tapi rasanya dah 10 buah rumah yang jaraknya boleh dikatakan jauh2 telah dapat ku bertandang. Program raya aku setiap tahun sebenarnya sama je.So, nak citer pun letih skarang. Bila gambar semua dah leh upload n ada masa, aku update blog nie balik k.
Jumaat, 12 Ogos 2011
RASE SEDIH.....
Hari ni aku rasa agak sedih sebab sering tertanya2 "kalaulah aku sabar sikit, tak jadi macam tu"........ Bukan pe, semalam balik aku teringin makan ikan masak asam pedas, telur goreng dan kobis goreng ala2 kat tempat glamour tu Asam Pedas Parit Jawa, jadi balik2 kerja, aku beli barang2, masak tuk berbuka puasa. Di saat2 masa nak berbuka tu semuanya pun siap dihasilkan. Masa tu la Adif nak susu. Mulanya aku dah kata da, cari botol susu nanti aku buat. Dia cakap takde la, tak jumpa. Pastu die diam, aku teruskan masak. Dah tengah nak hidang2 tu, die minta lagi, time tu la sabarku tak terbendung, mungkin sebab penat, balik2 keje terus masak lalu aku membebel sambil cari botol susu tu. Bila aku jumpa teruslah aku katakan "Kan Mama dah kata tadi, nak susu cari botol. Lain kali kalau nak sesuatu, usaha. Jangan nak menadah tunggu orang hulur je. Kan Mama dah kata, Mama tak suka bebel, kalau Mama bebel, Mama sakit hati, orang yang dengar pun sakit hati"....... ish3....... kalaulah aku bersabar sikit... Erm......tapi bukan berhenti setakat itu aje, aku pun mulalah membasuh botol, isi air suam. Tatkala aku menuang air, kedengaran Azan Maghrib berkumandang menunjukkan telah masuk waktu berbuka. Aku segera mendapatkan air. Sedang aku mengangkat cawan, belum sampai pun ke bibirku ini, Adif mula merengek. Hah!waktu itulah aku berisythifar panjang dan mula berkata " Mama baru nak minum ni, tunggulah kejap, kan Mama dah tuang air dalam botol ni, kang Mama buang botol ni, terus tak dapat nak minum susu lagi" Adif terdiam. Kesian aku tengok sebenarnya. Tapi bila aku dah buat susu tu, aku pujuklah dia balik.......
Malam pulak, Adif nak tido. Aku dah banyak kali cakap ngan Adif kalau nak tido, masuk bilik.Cian die sampai menangis2 ulang alik masuk bilik n keluar ke depan. Aku bukan pe, tak nak die terbiasa dengan keadaan cam tu. Bagi aku, bilik adalah tempat peribadi termasuk kalau nak tido. Takdelah bila orang datang masing2 tido kat depan tu. Tapi aku cakap perlahan je ngan dia "Adif suruh buat susu, Mama buat.Adif nak beli mainan, Mama belikan. Kalau Adif tak nak dengar cakap Mama, Adif nak dengar cakap siapa?........ Terus aku diam. Pastu Adif renung aku, bangun, menangis n peluk aku. Aku bertanya kenapa. Die diam dan terus menangis..... Aku dakap erat dia, pangku...... lalu die tertido dipangkuan aku. Aku cium die dan bawa ke bilik....... Begitulah kisah sedih hatiku ini.
Selasa, 9 Ogos 2011
MAINAN ADIF KE AMMAR NIE???
Lama sungguh aku rasa tak ber'blog' kat blog http://espresiaf.blogspot.com/ aku ni. Skrang ni aku bz sikitlah. Syukur sebab dah mula dapat tempahan sulam manik. So, ada takde update blog manik aku je la yang sempat. Ala...... blog http://accesserimaniq.blogspot.com/ tu.hehehe. Eh! melalut lak aku nie. Nak citer ni hah! baru2 nie aku gi Angsana, punyelah ramai orang. Yelah, masing2 membeli belah masa yang sama, hujung minggu. Dalam kesesakkan tu, dapatlah gak 2 pasang baju tuk Adif .
Tak cukup ngan tu, aku gi pulak The Store kat Skudai beli lak baju Ammar. Ammar kan baru 6 bulan, so gi area baby la kan? Hah!kat situlah Adif bertemu ngan kuda padi nie. Beria die nak beli. Ambillah Dif....... nie mainan tuk baya2 Ammar je sebenarnya, tapi die dah nak, nak wat cam no, tak rugi pun sebab Ammar still leh main. Betul tak? Hehehe.
Rabu, 3 Ogos 2011
GI PEJABAT LAMA HARI NI
Skrang ni aku berada di pejabat lama aku. Saje hantar baju yang kawan aku tempah tuk jahit manik sambil bawa kerongsang n ambil tempahan rempeyek. Itu lah antara bussiness aku skrang. Sebab tu la dah lama aku tak update blog nie. BZZZZZZZZ...................Hehehe
Khamis, 28 Julai 2011
KURSUS INDUKSI UMUM & KHUSUS DI SLAK, KUALA MUDA
Ingatanku pada kursus ini masih terpahat di dalam hati. Memang mula2 tu kurenglah sikit sebab tak kenal maka tak cinta. Eh!!!!! sabaq (bak kata orang Utara), bukan cinta tu la. Cinta yang bermaksud kasih sayang yang terbatas dek kerana kawan2...faham tak? cam tak faham je korang ni. Takpe lah, asal aku faham dah la. Hehehe.
Masih ku teringat mandi kolah, tidur di dom, berjoget, menyanyi bersama, dikejutkan dengan kek harijadi, bergetar tangan masa presentation, pengucapan awam dan menangisi perpisahan yang dirancang.
Semua tinggal kenangan yang pastinya akan ku semat sebagai salah satu kenangan abadi. Aku akan cuma meletakkan seberapa banyak gambar yang boleh untuk tatapan pembaca setiaku dan aku sendiri.
Isnin, 4 Julai 2011
KAIN SULAM MURAH - BAHAGIAN KEDUA
SULAM SUJI BUNGA TIMBUL HALENA / SHIFFON HALENA
LEMBUT SERTA PERLU LINING (KECUALI ITEM NO. 21 & 22)
HARGA : RM110 (TUNAI) TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN
PENGHANTARAN : POS LAJU
KOS POS LAJU :
SEMENANJUNG - SEHELAI RM6, DUA HELAI RM7
SABAH / SARAWAK - SEHELAI RM9, DUA HELAI RM11
3 HELAI DAN LEBIH KENA TIMBANG DU
*** PEMBELIAN LEBIH DARI SATU? HARGA BOLEH DIRUNDING
Item No. 36
KAIN SULAM MURAH - BAHAGIAN PERTAMA
SULAM SUJI BUNGA TIMBUL HALENA / CHIFFON HALENA
LEMBUT SERTA PERLU DILINING (KECUALI ITEM NO. 3 & 14)
HARGA : RM110 (TUNAI) TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN
PENGHANTARAN : POS LAJU
KOS PENGHANTARAN :
SEMENANJUNG - SEHELAI RM6, DUA HELAI RM7
SABAH / SARAWAK - SEHELAI RM9, DUA HELAI RM11
3 HELAI / LEBIH KENA TIMBANG DULU K
BERMINAT DAN INGIN KETERANGAN LANJUT? SILA EMEL KE fdmsz@yahoo.com
UNTUK PEMBELIAN LEBIH DARI SATU, HARGA BOLEH DIRUNDING.
Jumaat, 17 Jun 2011
TERHARU DENGAN KEJUTAN YANG DIBERI
Hari ni genap 4 tahun, aku dah suami melayari bahtera berumahtangga bersama2. Walaupun pelbagai dugaan yang kami tempuhi, satu je yang buat kami kembali bertaut iaitu kata-kata suamiku bahawa kami saling memerlukan sebenarnya.
Pada mulanya aku merancang untuk membuat kejutan dengan meletakkan hadiah yang telah kusediakan seawal 13/06/2011 (isnin) diatas meja suami ketika die pergi solat jumaat.Sewaktu membeli hadiah tu, aku cuti sebenarnya. Tapi dia tidak tahu kerana aku bersiap seperti ingin keluar bekerja.Hampir sahaja aku terkantoi dek telatah adif petang itu yang menginginkan mainan ditempat aku membeli hadiah tadi.Erm......semua ini tak terjadi kerana hal2 yang memang tak dapat dielakkan.Mungkin ada hikmahnya kan? So, aku ambil keputusan buat kejutan dengan cara yang lain lak pada malam tadi. Ha, ha, ha......bukan tu la. Ish3..... aku buat kejutan dengan beri hadiah tapi dengan cara yang berbeza. Harap suami suka.
Eh!lom abis la citer aku. Citernye tadi lebih kurang kul 11.49 pagi suami 'call', die cakap die kat belakang pejabat aku, aku pun keluarlah tengok, pastu die kata die tak kat situ, tapi ada sesuatu yang ditinggalkan kat tepi cerek 'office'. Terharu aku tengok, 4 kuntuman bunga ros segar beserta 'teddy bear' bersandar di situ. Aku tanya lagi di mana suamiku,die kata kat pejabat. Erm..... nampaknya idea aku telah digunapakai olehnya la.Tula, cam aku cakap tadi, pasti ada hikmahnya.Aku suka sangat sebab dapat bunga ros. Sebenarnya aku memang teringin dapat bunga ros dari seseorang yang aku sayang. Tapi dalam keadaan sekarang ni, aku tak berharap apa2 kecuali ucapan ikhlas darinya pun dah mencukupi.Sebab aku faham.......
Rabu, 15 Jun 2011
ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE - 4
Tanggal 17/06/2011, Jumaat ialah Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke - 4. Ntah ingat ke tak suami aku. Kalau die ingat pun, maybe sebab FB kot. Hehehe. Walaupun usia perkahwinan kami yang boleh dikatakan baru setahun jagung, tetapi kami juga tidak lari seperti pasangan lain yang telah diuji dengan pelbagai dugaan berumahtangga.
Kalau dikenang2kan seawal perkenalan kami, kami berkenalan pada 26/05/2005, bertemu kali pertama selepas itu pada 25/06/2005. Bertunang kalau tak silap aku pada 18/12/2005 dan berkahwin pada 17/06/2007. Aku belum memakai cermin mata masa tu, seperti gambar ni. Ada satu ketika selepas pertunangan ahmad memberikan aku gambar2 yang telah di'edit' dan dimasukkan ke dalam Microsoft PowerPoint diselangi dengan alunan lagu Kerispatih - Lagu Rindu seperti lirik dibawah ni. Hatiku sangat berbunga2 dikala itu. Ingin sangat aku menjadikan lagu itu lagu ringtone ku, tapi aku pakai hp biasa je masa tu.Hehehe. Tapi susah nak cakap gak sebab skrang die da belikan aku hp sony ericsson vivaz pro pun tak reti gak nak download lagu tu. Best gak la liriknya pada sesape yang tak tau, meh baca bait2 kata dalam lirik ni k.
Lagu Rindu by Kerispatih
Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu dihatinya
Embun pagi sampaikan padanya
Biarku dakap erat waktu dingin membelenggunya
Reff:
Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya Untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Izinkanku ungkap segenap rasa dan kerinduaan
Sekarang aku dah bercermin mata, anak pun dah masuk 2. Aku ingin sangat memohon maaf diatas segala kesalahan aku sepanjang kami mengenali. Mungkin suami perasan akan perubahan dalam diriku, riak wajah, tingkah laku, percakapan, pergaulan dan lain-lain. Aku harap dia sangat memahami kenapa kerana selama hari ini pun, tiada orang yang telah memahami aku sepenuhnya kerana orang hanya pandai berkata-kata dan mengarah.
Rabu, 8 Jun 2011
MAMA SAYANG ANAK-ANAK MAMA.......
Dalam mengejar sesuatu dan memastikan apa yang kita rancangkan berjaya kadangkala kita terlupa seketika tentang orang-orang disekeliling kita terutama keluarga yang rapat sangat dengan kita. Pernah aku tersedar yang aku telah abaikan beberapa tanggungjawab penting dalam kehidupan ini. Masa2 yang berharga ini telah aku persiakan demi mengikutkan kehendak diri. Syukurlah aku sedar sewaktu ianya belum terlambat. Di sini aku nak menyatakan kepada keluarga aku terutama anak-anak, suami dan ibuku, yang aku sayang kalian semua. Sayang sangat. Aku akan cuba dan pastikan selepas ini apa yang termampu aku lakukan, aku penuhi. Tapi hanya satu pintaku fahami aku sebagai seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak yang bekerja.
Rabu, 1 Jun 2011
ADIF FARHA DAH 3 TAHUN RUPENYE.......
Adif Farha.......
Adif Farha.......
Dalam diam2, Adif Farha anak pertama aku nie da genap 3 tahun rupenye hari nie. Ni la wajah selepas beberapa jam dia dilahirkan. Mengenangkan detik2 sewaktu dapat tahu aku mengandung, sepanjang aku mengandung, sewaktu melahirkan, berpantang, mendengar dia memanggil mama buat pertama kalinya, melihat perkembangan diri dia dari tersenyum, menyiring, menyiarap, mengundur, kedepan, duduk, merangkak, tumbuh gigi, berjalan, berlari, terjatuh, bercakap, menyanyi dan apa sahaja yang berlaku sepanjang pengalaman aku bersamanya sehingga kini, tersentuh hati ibuku ini. Terharu........ Tapi ape2 pun aku sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang menjadi ibu kepadanya. Selamat menyambut hari lahir ke - 3 anak mama sayang....... ADIF FARHA BIN AHMAD.
Selasa, 31 Mei 2011
RAGAM MANUSIA.......
Sekadar renungan bersama. Ntahlah erk, dalam kehidupan ini pelbagai ragam manusia terkandung menjadi rencah kehidupan kita. Semalam aku gi Taman U tuk cari beberapa barang keperluan, masa di simpang lampu isyarat suamiku menegur dan menunjuk ke arah seseorang. Ku lihat, seorang wanita yang agak berusia sedang memecahkan cermin hadapan sebuah kereta. Sejurus kemudian, pemilik kereta (seorang lelaki berusia) bersama seorang wanita muda (masih bergetah la orang cakap) menghampiri kereta berkenaan, masuk tanpa berkata apa2 sementara wanita berusia tersebut berlalu pergi setelah menghamburkan kata2 yang aku agak kasar kepada lelaki tersebut. Apa agaknya yang berlaku kan? Mungkinkah lelaki tersebut telah berkahwin satu lagi? Ntahlah....... itulah antara ragam manusia yang aku jumpa semalam petang.
Tak habis dengan tu pula, naik2 je jalan jem. Rupenya ada kemalangan. Aku lihat seorang penunggang motosikal sedang diikat pehanya oleh orang yang berkelayakkan berbuat demikian. Dalam hatiku cuba berdoa agar dijauhkanlah perkara2 yang agak kurang menyenangkan seperti yang berlaku didepan mata ku itu.
Isnin, 30 Mei 2011
JADUAL PADAT.......
Padat betul jadual aku bulan Mei & Jun 2011 nie. Cube la korang tengok jadual aku nie k. Yang warna hijau tu kira adalah urusan rasmi aku nak kene buat.
8hb - Jemputan kahwin kat Kg Kota Dalam, Air Hitam. Jiran sebelah rumah kat kampung.
14hb & 15hb - Family day Kelab Kebajikan Kakitangan Sokongan, FKE, UTM Skudai.
15hb - Anak sedara kahwin belah perempuan kat KL (tak dapat gi).
18hb - Seminar kASIH kat UTM
(tak dapat gi sebab CC cuti, tak leh nak cuti sebab 16hb aku dah cuti balik family day).
21hb - Jemputan potong jambul / jamuan makan kat Bandar Baru Kangkar Pulai. [Kawan suami].
21hb - Jemputan kahwin sedara jauh kat Muar (tak dapat gi).
22hb - Jemputan kahwin anak sedara kat Batu Pahat. [Belah Suami]
26hb - Jadi pencatit minit mesyuarat.
28hb - Jemputan kahwin kat Taman Pulai Emas, Kangkar Pulai (Ahli Kumpulan Yassin Zon C)
Jemputan kahwin kat Kg Melayu Sedenak, Kulai. [Kawan Suami].
29hb - Jemputan kahwin kat Kg Mawai Baru, Kota Tinggi. [Kawan Suami]
4hb - Jemputam kahwin kat Pontian. [Kawan Suami]
(rasa tak dapat gi, nak gi rewang rumah Mak. Teh)
4hb - Malam Mak.Teh aku buat Yassin kat rumah dia di Kg Baru Kulai, Kulaijaya.[Belah Aku]
5hb - Jemputan kahwin member office kat Kota Tinggi &
Jemputan Kahwin member IPK kat Kg Melayu Lima Kedai, Gelang Patah.
(belum tentu gi sebab takut dah terlewat)
8hb - Perhimpunan Bulanan IPK.
10hb - Janji temu (urusan peribadi) di Melaka.
12hb - Jemputan kahwin anak saudara yang 15hb, Mei tu belah perempuannya kat Muar.
[Belah Suami]
Jumaat, 27 Mei 2011
"MENGIMBAU IMPIAN ANTARA KITA" BY IBNOR REZA
Mengimbau Impian Antara Kita
Bersabar Dalam Marah
Bertenang Dalam Gundah
Banyak Rahsia Di Sebalik Wajah
Yakini Dalam Ragu
Senyum Di Dalam Sendu
Aku Kagumi Ketabahanmu
Andainya Sejak Mula
Hatimu Dapat Ku Baca
Ku Percaya Pasti Ada Ruang Buat Kita
Sayangnya Di Ketika Itu
Pandangan Sering Terkeliru
Tidak Tau, Yang Tulen Atau Yang Paslu
Kesilapan Masa Lalu, Jadi Pengajaran
Darimu Ku Temui Sumber Kekuatan
Ku Bermohon Keizinan
Membuka Bicara
Mengimbau Impian Yang Tak Sudah
Antara Kita.......
KAMU TAK FAHAM.......
Dalam kehidupan ini, pelbagai liku-liku dan ranjau yang pasti kite tempuhi. Tetapi perjalanan setiap insan itu berbeza. Setiap orang ada kisah suka dan dukanya tersendiri. Sesungguhnya Allah menduga seseorang itu mengikut kemampuan dirinya. Kadang kala kite rasa, kita fikir, kite tertanya2 mengapa? mengapa jadi begini, mengapa kite yang diuji sebegini? mengapa, kenapa dan akhirnya bagaimana? bagaimana nak menghadapi n sebagainya. Tetapi apa yang aku nak sampaikan ialah, kamu tak pernah faham dan takm akan faham perasaan seseorang itu seandainya kamu tak pernah melalui apa yang sedang dan pernah dilalui olehnya. Kadang2 aku merasakan mereka hanya pandai berkata sebab mereka hanya mendengar, melihat dan berfikir lantas mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kebaikkan yang ada dalam diri. Dan kemudian mengandaikan kalau kite berada ditempat seseorang itu, begitu la jadinya juga. Mengapa perlu menyamakan atau mengandaikan sebegitu? Sebaiknya doakanlah agar seseorang itu tidak menerima nasib yang sama sepertinya seandainya ianya kurang elok. Sepatutnya mendoakan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Aku saje meluah apa yang aku fikirkan. Mungkin ada yang tak faham. Takpelah, yang penting aku faham. Hehehe.
NUR KASIH & KABIR BHATIA .......
Erm.......cuti hari tu 23/05/2011 aku ngan suami tak lepaskan peluang gi tengok Nur Kasih. Oleh kerana kiteorang dah ikuti citer nie dari drama bersiri, so rasa tak lengkap rasanya kalau tak tengok movie die kan. Ok lah citer die, menitis gaklah air mata aku nie kat pawagam MBO, Giant, U Mall, Skudai tu. Aku rasa dalam diam, suami aku pun cam tu gak. Hehehe. Sebab....... tak sudah2 keluar je dari panggung tu die cakap sedih citernye, ok, best. Agaknye sebelum aku cakap, die cakap dulu la agar tak malu sangat kalau aku kat die bersedih gak. Hahaha. Yang best tengok wayang waktu hari bekerja ni, orang tak ramai. Adalah 8 orang dalam pawagam tu. Aman sikit hati n minda nak menghayati setiap babak dalam filem tu. Aku pun tak tau la, tapi sejak akhir2 nie, citer2 sentuhan Kabir Bhatia nie memang menarik minat aku. maybe coz cara penyampainya. Cam citer SEPI & CINTA.
HIASAN DINDING COMEL.......
Cantik tak? hiasan dinding nie cam 'sticker' yang aku penah paparkan dulu. Cuma kali nie masa gi kedai 2N kat Sri Pulai baru2 nie ternampak gambar nie. Harga pun dah turun sekarang, dah dapat RM1.90. Biasalah baru2 keluarkan mahal sikit, nama pun baru. Ye tak? Yang nie cam cantik je, so aku belilah. Aku beli 2. Satu lagi gambar ikan yang dalam citer 'Finding Nemo' tu. Yang tu aku letak kat bilik air, sama ngan mainan Adif. Tapi yang tu tak sempat nak amik gambar. Yang nie aku lekat kat bilik aku sebelah dinding tempat Adif biasa tido. Biar nampak ceria sikit. Masa aku amik gambar nie pun Adif ngah tido. Disebabkan 'skill' mengambil gambar aku yang agak ok gak la. So, tak perasanla si Adif tu. Hehehe.
Rabu, 25 Mei 2011
MAKLUM BALAS PERMOHONAN PERTUKARANKU
Syukur sangat sebab hari nie selain Allah masih melindungi aku, aku terima maklum balas tentang permohonan pertukaran ku. Sepertimana yang diketahui melalui petikan ayat surat di atas, pertukaran akan dilaksanakan sekiranya ada kekosongan ATAU lantikan baru masuk ATAU bertukar masuk. Setahu aku, ditempat yang aku pohon, ada 4 kekosongan jawatan tetapi baru sebentar tadi aku lihat satu kekosongan telah diisi, maksudnya masih ada lagi 3. Betul tak? Kalau nak ikut lantikan baru pulak, memang sepanjang masa ada sahaja lantikan baru, yang mohon tukar melalui JPA pun ramai. Tapi apa-ape pun semuanya bergantung pada keizinan daripada-NYA. Jika diizinkan, aku akan dapat juga bertukar. Niat aku baik (tau kan nape aku nak tukar sangat), tapi tak tau la kan. Harap benda2 yang baik akan dipermudahkan segala urusan. Kira ini adalah petanda awalnya dan harap begitulah hendaknya.
SYUKUR MASIH DILINDUNGI ALLAH
Aku bersyukur.......
Sedang aku meluncur laju mengejar masa di jalan berhadapan padang kawat UTM, Skudai.......dengan tidak semena2 sebuah kereta kancil warna coklat itu terus melulu keluar tanpa menoleh ke kiri kanan lagi. Disimpang yang sepatutnya dia berhenti, dipecutnya kereta itu selaju mahunya. Adakah dia tidak sedar akan kehadiran keretaku? Tanpa berlegah, hon ku bunyikan "tin, tin, tin.......", sterengku pusingkan ke kanan lalu memasuki jalan bertentangan. Lantas tanganku angkat (bukan say hi) untuk menyejutkan dia akan kesalahan lalu lintas yang baru sahaja dilakukan mungkin tanpa sedar. Dia lantas memperlahankan kenderaan, mungkin terkejut akan tindakanku. Aku berisythifar sepanjang perjalanan ke pejabat. Aku tak tau adakah aku masih boleh berada disini menaip meluahkan rasa hati andai bukan ini yang terjadi. Andai ada kenderaan lain di laluan bertentangan, andai aku tak sempat bertindak pantas. Ishhh.......tak dapat aku bayangkan kemungkinan yang bakal terjadi andai itu semua terjadi. Oleh itu, aku menulis di Fb, bersyukurlah kerana Allah melindungi kami berdua.
Khamis, 19 Mei 2011
SIBUK DENGAN BLOG MANIK......
Untuk pengetahuan semua, sekarang aku sibuk sikit dengan blog manik. Maklum ajelah dah sedia nak amik tempahan manik. So, kalau ada kelapangan, lawat2 lah laman blog aku yang baru, http://accesserimaniq.blogspot.com/ n lagi satu blog kerongsang & gelang http://accesserichanteq.blogspot.com/ yang nie adik aku punye.
Isnin, 16 Mei 2011
FAMILY DAY DI DESARU DAMAI BEACH RESORT (HARI KEDUA)
Bila masuk hari ke-2 sebenarnya kami takde aktiviti sangat. Kalau ikut program kul 9.30 beriadah bersama keluarga n kul 12.00 tengahari check-out. But, mestilah ada gak gambar2 yang aku nak pertontonkan. Layan je la ye .......
7.44 pagi : Nie tak lain tak bukan kerja suami aku. Time aku mandi, die ok nyakat si Adif la nie. Tengok muka Adif tue.......
Ait..... Dah suker lak. Ntah ape ntah yang die umpannyer tue.Hehehe.
9.21 pagi : Hahaha. Yang nie paling kelakar la. Adif2....... Sesudah we all breakfast, kekononnye nie Adif nak mandi kolam, katanye dah berani sebab semalam die menjerit2 bila masuk je dalam air. Dengan seluar 'kecik' die, pelampung kereta, punyelah dasyat persembahannye tue.
Tup2 bila kengkawan jerit "Adif3...." leh lari nak masuk bilik. Tapi gambar nie die dah masuk air tapi still kat bahu ayahnye je. Perasan tak?
Tu ha die.......yang seluar biru tue.....yang dok dokong lagi tadi.
10.29 pagi : Ada takde, dah tak leh nak wat per, Ammar pun dah lena kat pangkuan aku. Aku ajak die balik bilik bergambar.......
10.31 pagi : Yang nie gaya bersahaja, yang mula2 tu aku yang suruh beraksi begitu
(Dulu kononnye citer2 nak jadi pengambil gambar).
11.28 pagi : Kami gerak dulu, sempat gaklah amik gambar papan tanda Desaru Damai Beach Resort nie. Tapi dari dalam kereta je....... Asal boleh la orang kata. Bukti gi sini. Hehehe.
Beginilah ringkasnye catatan percutianku kali ini.Kang tulis panjang lebar, penat lak orang nak baca. Bukan orang lain, aku sendiri pun letih, letih nak fikir ayat, menulis, menaip, membaca. Hehehe. Syukur semuanye selamat pergi dan balik.......
FAMILY DAY DI DESARU DAMAI BEACH RESORT (HARI PERTAMA)
Pada 14/05/2011 & 15/05/2011 yang lalu, kami sekeluarga pergi menyertai 'Family Day Anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Sokongan, FKE, UTM Skudai. Hari ni, aku keletihan sangat, jadi ambil cuti. Esok memang dah terang2 cuti sebab Hari Wesak. Yang tu biar dulu, mari aku citerkan sikit hari pertama aku kat sana. Erm.....sebenarnya ada banyak gambar lagi, tapi ntah macam mana mase proses copy mengopy gambar nie leh hilang lak gambar2 yang dalam phone nie. Pelik aku. Tapi tak pela, mana yang tinggallah kite guna ye.
Penggembaraan bermula seawal pukul 10.00 pagi (katanye). Chewah.......penggembaraan tuh! Hehehe. Biasalah kan kiteorang diarah berkumpul kat depan Mc.D nie jam 10.00 pagi. Tapi seperti insan2 biasa kul 10.26 pagi nie pun lom gerak lagi.
Oopss......tetiba nasi dah terhidangkan? Yang nie kiteorang stop kat Kota Tinggi. Ala, tempat yang famous tuk makan belangkas tu. Waktu nie jam dah menghampiri kul 11.40 pagi. Walaupun baru kul 11.40, tapi perut nie lapar tuh.......
Aku ngan Ahmad (suami) dah tak beringat, nampak makanan terus makan, tak ingat dah kawan2 kat sebelah. Ammar ntah ke mana? Hehehe.
11.54 pagi, selesai sudah kami makan. Amik air sirap, sirap limau, limau suam, belangkas masak asam pedas tuk 2 orang makan, kobis tuk 2 orang makan kena RM20.40, tapi tokey tu kata RM20.00 dah la...... cam mahal kan?tapi belangkas susah nak cari. Kira berbaloi la. Ape kat tv tu cakap, berbaloi-baloi.
Aii bang, minum air pun nak amik gambar ker???
Aku pun sama. Hahaha.......
Haa......kat sini rupenye Ammar Fahri. Syukurlah si Siti nie dah sarap Mc.D n tak nak makan belangkas. So, dielah yang tolong jagakan Ammar sepanjang kiteorang makan tadi. Thanks Siti.......
12.31 tengahari : Perjalanan diteruskan. Tengok Ammar cam die plak makan n dah kenyang. Tido tak ingat dunia.
Adif susu dalam botol dah habis pun jadik.......
12.40 tengahari : Awam mendung mula berarak mengiringi perjalanan kami.
12.50 : dah sampai Bandar Penawar, hujan selebat tidak.
5.00 petang : Sebenarnye kul 3.30 petang kami ada sukaneka seperti larian dadu, bola racun, ntah ape lagi ntah namenye, tapi gambar aku tak dapat nak n3 sebab ntah kemana hilangnye (cam mula2 aku cakap tadi). Tapi yang nie kira aktiviti membina istana pasir.
5.01 petang : Saje amik gambar permandangan Pantai Desaru.
9.53 malam : Tukar hadiah sesame kakitangan. Yang nie semua orang kena bawa hadiah tak kurang RM10.00 tuk tukar-tukar. Time nie kami dapat hadiah .
Yang nie lak, kami cabut tuk beri orang hadiah.
9.55 malam : masing2 cam dah ngantuk, menunggu cabutan bertuah.
9.56 malam : Adif kata nak gambar die je diambil. Amik je la.
9.57 malam : Kata Adif : bila nak balik rumah nie......" Hahaha. Aku saje je reka ayat tue.
9.58 malam : Aku pun nak gambar gak.
10.08 malam : Ammar pun nak gambar sorang gak mama.......
Oklah, begitulah berakhirnye malam pertama kami di sana. Masing2 dah letih n penat. Tv pun harap suara je kuat, gambar tak terang. Ape lagi.Susun bantal, Tido la.......
Langgan:
Catatan (Atom)