Tak tau nak luah macam mana, tapi memang aku dah tak larat, letih sangat..... tak tertanggung beban kerja hari ni. Erm....rasa dah malas nak bercakap hari ni sebab tak henti2 menjawab telefon menjawab soalan2 yang mendatang. Bayangkanlah kalau 5 in 1, bukan lagi macam air ke, syampoo punye ramuan 3 in 1, ni lima dalam satu kerja. Tapi aku tak salahkan sesiapa, sesiapa pun berhak cuti, tapi memang aku surrender buat keje hari ni. Cian kat Shida yang minta tolong aku, tak dapat aku dahulukan sebab terlalu banyak kerja yang penting perlu aku utamakan. Mesej Komai tuk tengok2 kan cimb dia n fanpage dia pun aku dah tak dapat tunaikan. Emel Kak Jam, mesej Sahdan semua aku biarkan sepi seketika. Maafkan aku semua sebab memang aku tak berdaya :(
SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA
Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.
Jumaat, 23 November 2012
Rabu, 21 November 2012
FAMILY DAY FKE, UTM SKUDAI 2012 (1)
Cuti Deepavali tahun ni Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UTM Skudai telah merancang untuk mengadakan Family Day. So, walaupun tau ramai member2 yang da biasa ngan aku tak gi, tapi kami gi la tuk meramaikan majlis :)
Jambatan A di laluan Lebuhraya Senai Desaru, cantik tau.....
Mainan Adif, siapa lagi.....
PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI
Pengganti Shida, nama dia Sidah gak. Comel tak? Teddy bear aku la. Hahaha :D
Ha...Kalau dulu namanya Roshidah. Yang datang ni namanya Norasidah. Lebih kurang kan? Oleh kerana kami susah sangat nak membezakan nama pada sebutan, kami gelarkan Shida tu kepada Shida Kulai. Hehehe... Erm...aku sedar akan segalanya, jadi aku faham2 je la.Eh!apa aku merepek ni kan? Takpe, kalau korang tak faham, tapi aku pasti Shida & Linda faham :) (Suka tau "mereka' tu Shida & Linda, cian tak kat akak. Hahaha..... Awak, saya)
RENTETAN PERTUKARAN SHIDA & LINDA
Yah!!! baru dapat peluang update. K la, tanpa buang masa aku nak n3 citer pasal last day Shida n Linda berkhidmat kat pejabat aku. Takde pe pun, cuma dari pagi menghitung nak nangis ke tak petang tu. Hehehe. Tu yang pagi aku pakai lens, pastu terus tukat spec. Susahla nak cakap hati perempuan ni, pantang tersentuh sikit, mengalir air mata. Aku memang dan plan siap2 tulis je dalam kad kat hadiah yang aku bagi tu, tapi tu la dieorang ni, nak gak berucap, dah mengalir gak air mata aku. Huhuhu.
Shida akan bertukar ke IPD Kulaijaya
Linda akan bertukar ke Balai Tiram
Mereka pun bagi aku hadiah gak. Tapi bukan tuk aku sorang je, satu opis la kan.
Eh!kenapa baju aku lain, takkan menagis sampai basah baju kan? Hehehe. Ni gambar sebelum last day tu, kami raikan dengan Pizza Hut
Mungkin aku lupe nak cakap, masa last day tu pun makan Pizza gak. Tu yang malas nak upload gambar tu :)
Isnin, 12 November 2012
SAPE SURUH TAK CAYA???KAN DAH KENA....
Haa....kan pagi2 dah kena ngan aku. Aishh... apa la. Sorry la puan kalau rasa aku ni 'terlebih' pandai berkata-kata. Sape suruh tak caya, aku kata takde tu takde la maksudnya. Erm.... sorry ye fredz coz tetibe je cam berangin. Hahaha... ntahlah, aku ni malas nak citer panjang, yang penting pagi tadi ade seseorang ni dia tanya satu benda pada aku, aku katalah takde. Dia tanya lagi, aku kata takde. Pastu tanya lagi, aku kata lagi takde. Pastu dia kata dia dengar ada orang kata, pe lagi....berdesing je telinga ni kan, aku kata "Tu la Puan, Puan suka sangat dengar kata orang sape suruh" Haa... kan mendapat ngan aku. Dah terang2 dia tanya empunya diri ni kan.... Aku ni sebenarnya memang dah kaji da, tahap kesabaran aku 3 je. Kalau dah melebihi tu, pepaham ajelah..... ;-P
Ahad, 11 November 2012
TUAI HASIL.....Thanks Mimit
Tuai hasil....nape aku tulis cam tu ek... aku pun dah lupa sebab dah lama nak entry citer ni, tapi tak menyempat2...tu la aku, dah bertahun orang kata, sibuk mengalahkan menteri, ntah apa yang disibukkan sangat pun aku sendiri tak tau... Hahaha... Oh! ya, mungkin sebab masa ni aku ade cuti teman mak ngan Komai beli barang sikit kat Kluang. Ye...betulla tu, beg tu aku dah kirim kat Mimit suruh bagi Komai, pastu lak masa gi tu, Mimit sponsor baju ni tuk majlis kawin Komai nanti, tu yang aku tulis tuai hasil tu. Apa daa.... sendiri tulis, sendiri lupe :)
JAMUAN PERPISAHAN SHIDA & LINDA - JB Catering
Ya....sepertimana yang kami di pejabat maklum, lebih kurang sebulan lepas telah dimajukan cadangan pertukaran bagi kedua2 rakan dalam pejabat aku ni. Shida dan Linda. Walaupun diduga tetapi yang agak mengejutkan kerana keduanya membuat kerja yang sama, maksudnya tempat yang ditinggalkan akan diisi dengan orang yang baru sangat dalam bidang tu, kira mentor la diorang ni :) Tempat Shida akan digantikan dengan Shida gak nama dia, tapi tempat Linda terbiar kosong belum ada calon. Tapi tak tau la kalau mungkin, kekosongan tu telah diintai oleh orang2 yang ingin bertukar ke Johor kan sebab sekarang gunasama, sesiapa pun boleh minta tukar asal ade kosong.
Nampaknya takyah main teka teki, memang dah terang tanpa bersuluh, kami raikan mereka di JB Catering, Larkin.....
Antara wanita yang hadir :)
Syok tul Kak Ita makan, berselera beno nampaknya, maklum ajelah leh makan apa je sampai kul 3.00 petang......
Oklah, ni gambar sewaktu Linda ngah bagi ucapan tuk semua :) Amboi Shida, terpancar cahaya kegumbiraan, mana taknya, masing2 dapat tukar tul2 dekat ngan kediaman :) Semoga berjaya ditempat baru aku ucapkan buat mereka. Jangan nakal2 tau.....
CARD FOR AHMAD - EXAM NOV 2012
Bukan sekadar kad, hadiah pun ade tau.....
Dak perempuan kata, ala.... so sweet, Dak lelaki kata, ala....ngada2....Ah!biarkan kata2 itu yang penting pada 7hb yang lalu aku saja merajinkan diri follow sorang member ni yang nak cari barang kat Leisure Mall, Taman Pelangi. Tanpa diundang, aku tawarkan diri nak ikut... Hehehe. Tak malu kan? Tapi..... ha, ade tapinya.... jangan main2, bukan teman saje2 tapi ade udang disebalik mee... Ha... seperti kebiasaannya sifatku yang suka sangat main bungkus2 hadiah, tulis2 kad ni, bagaikan orang mengantuk disorong bantal, aku tak lepaskan peluang membeli kad tuk suami yang akan menduduki peperiksaan buat sem kali ini pada 18, 21 dan 24 Nov ni. Kad n hadiah ni aku dah bagi, so leh la entry :) Aku doakan Ahmad akan dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang dan jawab dengan betul.... Semoga berjaya la orang kata. Eh! jap, korang nak tau gak ke hadiah pe? Set alat tulis la.... Hahaha... ntah pe2 ntah aku ni, ingat nak jawab kertas SPM ke ape? Hehehe.
Psssss nak bisik ni... "comel tak kad ni? Comel kan? Comel Kan? Hehehe......"
TEMUDUGA TERBUKA SUKARELAWAN POLIS - 10 & 11/11/2012
Sorry sangat2 pada sesiapa yang berminat sebab aku lambat info. Bukan sebab aku ni slow, tapi sebab aku ni teramat bz sejak kebelakangan ni sehinggalah suku tahun atau setengah tahun 2013 nanti. Haa... bz kan aku. Yup!!! masih belum terlambat pada sesiapa yang berminat nak jadi sukarelawan polis sebab sekarang (semalam & hari ini) sedang berlangsung temuduga terbuka bagi pengambilan sukarelawan polis di IPK Johor. Untuk lebih keterangan bolehlah call IbuPejabat Kontinjen Johor minta sambung kat Bahagian Hal Ehwal Awam (HEA). Kalau tak silap PMR pun leh minta. Yang penting dinasihatkan, pakailah baju elok sikit, rambut kasi sisir elok2 k.. So, Semoga berjaya.....
P/S : Masih lom terlewat kalau sekarang baca sebab rasa sampai ke petang hari ini masih ade lagi, tapi petang esok takde ye :)
BLOG TV YANG HEBAT!!!
Setelah beberapa minggu mencari, akhirnya aku temui satu blog yang dapat memenuhi hatiku yang meronta nak sangat menonton n mengikuti citer julia ni. Blog ni rupenya sangat2 sarat ngan citer2 tv tau.... hope bagi sesape yang ade masalah tv rosak, takde astro nak simpan2 citer time maghrib tu, terlepas beberapa episod citer siri yang digemari (cam aku lah kan) boleh la korang survey2 blog ni. Aku pun lom sempat habis geledah sebab puncanya aku cuma nak tengok citer julia tu je :) nak tonton kat tonton tu malas nak sign up2... So, aku harap korang pun leh follow blog ni kalau difikirkan berguna tuk korang k :) Blognya ialah..... http://tvportalmalaysia.blogspot.com/ KLIK jangan tak KLIK.....
Jumaat, 9 November 2012
MANA PASUKU?
Di manakah pasuku?
Alahai....tak faham tul la orang zaman sekarang ni (aku kategori orang sebelum zaman sekarang, hahaha.Sempat lagi nak melawak kan?) Ni haa..... isnin lepas bila kami sampai je rumah, tengok2 pokok bunga ni dah jadi macam ni n berada di sini, sedangkan sepatutnya elok je kat tembok tepi tu. Mulanya aku agak cam kejadian sebelum ni la, mungkin ade motor langgar n pecah..... Tapi..... kali ni serpihan pasu pun tak nampak bayang kalau nak dikatakan pecah. Ahmad dah bising2, aku malas nak kecoh, sebab memang dah jadi stail kami kot, kalau sorang yang berangin, sorang dok wat saje je :)
Dulu lagi la, bunga pun ade orang amik. Memang bunga tu cantik, tapi agak2 la kan.... da kita cantik2 pasukan bagai, diaorang ni tak fikir ke sebelum bertindak? Lainla kat tepi jalan ke, dalam hutan ke, kat kampung yang tumbuh meliar ke, ni kat taman depan rumah orang tu... Ish3.... geleng pala aku tengok. Ntahlah kan, maybe dieorang ni jenis malu bertanya, tapi tak segan amik. Hahaha......
Isnin, 5 November 2012
BULAN PENUH ADA LINGKARAN BULAT
29/10/2012, selasa, lebih kurang jam 10.00 ++ malam. Indah sungguh bulan pada ketika itu. Sungguh aku tak tipu. Walaupun aku pernah melihatnya tuk beberapa kali, tapi malam itu lain benar rasanya. Mungkin kerana sama2 menikmati keindahannya bersama suami kesayanganku. Macam mana leh sama2 pulak kan? Adakah kami berkhemah diluar? Nah.... tak la. Masa tu Ahmad ngah nak kunci pintu pagar, dia terlihat bulan tu terus panggil aku. Terpesona aku melihatnya, aku suruh dia amik gambar, tapi ye la kan handphone kami belum tahap canggih macam kamera yang leh fokus tu semua. Jadi.....hasilnya tak memberangsangkan :P Hehehe. Tu yang tak letak gambar kat sini.
Tapi.... kalau korang nak tau macam mana bentuk bulan yang aku maksudkan, korang search je google, taip gambar bulan penuh lingkaran bulat. Nanti korang akan tau, aku penah lihat, di siang hari, matahari dikelilingi dua lapisan pelangi n malamnya bulan dikelilingi lingkaran bulat macam ni masa zaman sekolah dulu, bila buat kaji selidik sikit, rupenya ia adalah biasan n pantulan, tapi.... tak tau nak jelaskan cam ne sebab tak baca sangat :)
Jumaat, 2 November 2012
BEST... BEST... BEST....
Baru jap ni aku tonton citer Aku Dia Dan Tong Sampah kat laman you tube .... So sweet :) Senyum memanjang. Jalan citer yang ringkas tetapi menarik terutama bagi pasangan yang baru mengenali alam percintaan setelah putus cinta. Erm.... i like. Tu yang sanggup bersengkang mata, lom masuk tido lagi kul 1.00 pagi ni. Biasalah, melakukan apa yang kita suka, pasti tak terasa masa yang berlalu kan.
Khamis, 1 November 2012
NEW JOB ... ME ;-P
Ah!!!!! leganya hari ni sebab cuti dapat aku bersantai2 kat rumah pagi2 hari ni.... Takdela kelam kabut terkejar2 memandu tuk elak punch card merah. Tapi.... bukan satu hari ni dapat bersantai sebab jap lagi dalam kul 9.30 pagi aku akan memandu pulang ke kampung, amik mak dan seterusnya gi Kluang tuk sama2 cari barang bagi persiapan tunang & kawin Komai. Maklum ajelah, ni kira projek pertama aku sebagai perunding majlis. Hahaha... Komai la lantik aku. Ntah ape2 ntah.... Bila? Tunggu....
Sebenarnya bukan hal cuti ni yang aku nak cakap, tapi nak buat pemberitahuan pada member2 yang sering mengikuti aku kat laman muka buku, ala.... singkatan FB tu, aku bukan lenyap, lesap, gagal dihubungi, bolos, atau....ape2 la yang korang fikir. Tapi aku hanya mendiamkan diri :) Just for ur info, aku da dapat kerja baru. Nak tau pe? Betul ni.... tak menyesal? Silent Reader.... Hahaha... Yang pasti kalau masih berminat tuk mengikuti aku, just follow my blog k. Aku hargai sangat2 pada member2 yang ade juga menyatakan kerinduan pada aku, bertanya ke mana pergi, lama tak nampak online, lama tak nampak update status, lama tak nampak comment n tak dapat line ke kat pejabat..... Tu la antara persoalan yang biasa kudengar dan ditimbulkan oleh mereka2 yang menyayangi aku (agaknya la, hehehe) dan aku sayang gak sebagai kenalan... Terima kasih banyak ye :D
So, harap pasni kalau rase rindu sangat tu, just PM je kat FB tu. Aku akan balas bila ade kelapangan masa sebab aku memang buka FB tu cume, lihat2, baca2 gitu je :) Yang aku main tulis2, taip2 ni ha.... blog.
Rabu, 31 Oktober 2012
COMEL DAH TUNANG....
Erm....ni citer sabtu lepas 27/10/2012 bersamaan hari Sabtu. Kami sekeluarga telah diundang ke Majlis Pertunangan Comel.... Erm... tapi bukan Comel kereta aku tu tau... Hahaha... Comel ni sepupu aku, anak Moksu. Nama sebenar dia Shahila. Biasala kan, kat kampung aku nama panggilan n nama sebenar memang jauh sangat la. Cam aku la gak, nama Faradila = Conet, Adik Siti Miskiah = Komai, sorang lagi adik Emellia = Mimit, Abah Murah = Hadi/Did, jiran aku namanya Basir = Mamid. Entahlah ek....nak citer kang lagi panjang lebar. So, aku stop je lah kat sini. Kalau bab gambar kat pelamin ni aku lah orang first yang biasanya meng ekpost diri sampaikan pada hari ni Ahmad kata " Mama tu berangan nak kawin lagi " . Hahaha...
Tu yang aku panggil dia bergambar sama :) Saje try, test.
Ade seri pengantin lagi tak? Hehehe
Haa... Komai ngan mak pun dah test2 sebab kalau diizinkan Allah, tak lama lagi giliran dia pulak (Dia tu Komai tau, bukan mak.Hahaha)
Adif ngan Ammar nak cube gak :) Ikut perangai mama dia nie.
KISAH MAMA & ANAK - Tajuk : Sabo je laa.....
Al-kisah bermula satu cerita pada suatu hari didalam sebuah kereta. Seorang ibu yang dipanggil mama (yela, gelaran sekarang), ayah dan dua orang anak sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Rentetan dari beberapa peristiwa, ibu (mama) mendapat satu akal. Maka perbualan pun tercetus......
Percubaan pertama
Mama : Erm... Ammar (eh! cam nama anak aku la pulak, hehehe) Susu.....
Anak : Su....
Mama : Lori
Anak : Ri...
Mama : Mama
Anak : Ayah
Mama : ???
Mama : Burung....
Anak : Rung....
Mama : Atuk
Anak : Tuk...
Mama : Mama
Anak : Ayah
Mama : Ishhh....
Ibu (mama) tadi tidak mengalah, dicubenya kali ketiga dan hasilnya....
Mama : Ammar.... Makan
Anak : Sik...
Mama : Kucing...
Anak : Meow...
Mama : Mama
Anak : Ayah
Mama : :) Tersenyum lalu berkata, ala... Ammar tu bukan tak nak sebut mama, tapi die gabungkan nama je. Kalau Mama mesti gabungannya Ayah, tengok sebut makan, dia kata nasi, kucing, die bunyi meow
(sebenarnya mama tu nak sedapkan hati die sendiri sebab risau, napelah Ammar ni panggil Ayah tu Ayah dan panggil Mama pun Ayah)
* Nak terus terang, Mama tu akulah....Huhuhu, kisah benar tau, cume telah diolah sedikit jalan citer & perbualan tu. Tapi sampailah maksudnye tu :)
Selasa, 30 Oktober 2012
KAMI DAN ZOO JOHOR :)
Kami dan Zoo Johor..... Bagaikan sahabat baik, kekasih hati atau apa ntah gelaran mahupun jolokan yang patut diberikan pada hubungan kami, aku pun kurang pasti. Hehehe. Bukannya pe, rasa akulah, zoo ni dah bagai tempat lawatan utama dan kategori mesti pergi kalau kami ade kelapangan masa. Kalau lama tak pergi, jumpa tu kira rindu pulak rasa hati ini. Hahaha. Mungkin kerana anak2 amat teruja melihat binatang/haiwan2 yang ada, ditambah pula bayaran yang tidak mahal, penyebab utama kami dan ramai lagi pengunjung yang sering melepak kat sini kot :) So, pe lagi.....close up....
Pintu Utama (betulkan Zoo Johor)
Kat dalam pulak (Haa...masuk tau, bukan amik gambar kat pintu depan je)
Kat sini leh main bot yang kayuh sendiri macam kat Pulau Dayang Bunting kat Pulau Langkawi tu :)
Ammar Fahri & Adif Farha
Aku ngan Adif :) Peace.....
Ammar & Ahmad
Amboi.....santai nampak
Giliran Ahmad ngan anak2 lak.... asyik muka aku je. Hahaha
Tips :-
KAMPUNG TANPA WAYAR (KTW)
Haa.... Tengahari yang tak berapa panas sebab dek kerana hujan di pagi hari hari ni buat hati dan fikiran aku tenang je. So, dengan itu aku nak kongsi satu info. Kampung Tanpa Wayar singkatan KTW. Pernah dengar tak? Erm... info ni pun aku baru je tau... Slow betul kan? Hahaha.... Oppsss!!! Kalau korang pun tak pernah dengar, samalah kite :) peace.....
Gini citernya, masa aku nak delete akaun whatsaap n line.... Hah! aku dah delete akaun tu? A'ah da.... kan aku cakap, ni la salah satu inisiatif tuk aku lebih fokus sebab rasa malas tu. Erm... sambung balik, masa aku kat kampung aku tgk wifi on. Aku tanyala adik, kat sini ade wifi ke? Dia kata kan kampung ni Kampung Tanpa Wayar (KTW), maksudnya kampung tu telah dipasang line internet kat sekolah atau dewan orang ramai. Biasalah bagi sesape yang duduk lingkungan 500 meter leh dapat la line wifi tu. FOC. So, kalau korang nampak ade tulisan Kampung Tanpa Wayar di mana2 bangunan kat sesebuah kampung tu, try la on wifi.
Isnin, 29 Oktober 2012
KOLEKSI HANDPHONE PEMBERIAN SUAMI
Handphone pertama (Nokia)
Nak buka kena insert sim
Handphone Kedua (Nokia)
Tak payah insert sim still leh on
Handphone Ketiga (Sony Ericsson)
Pun kena insert sim kalau nak on
Perrggghhhh.... mengantuk sungguh mataku ini. Tapi demi meng update status blog yang ku rasakan telah hampir berkarat ni, ku gagahi jua :) Yup!!! Malam ini inginku bongkar antara kegemaran suamiku Encik Ahmad.
Korang dah tengok kan koleksi handphone pemberian si dia. Haa... Itulah dia, agaknya sebab Ahmad ni memang dah leh baca yang kalau dia tak beri aku handphone baru, sampai ke sudahla aku akan guna Nokia 3310. Ingat lagi tak? Handphone yang memang punyai kualiti yang baik, kalau jatuh dah terburai pun masih leh guna. Tul la... Pada pendapat aku, Nokia still yang terbaik dari segi kualiti dan daya tahan. Walaupun dah 5 tahun handphone pertamaku itu tidak aku aktifkan, ni aku try cas bateri, on, still elok lagi.... Tak percaya? Betul.....
MALAS.....
Agaknya macam mana ye nak kikis sikap malas yang sedang menular ke dalam diri aku ni ek... Banyak sangat keje tapi ntahlah cam malas je.... Hehehe. Keje kat pejabat plus keje kat rumah... Erm... Takpe pasni aku rasa aku boleh lebih fokus n rajin sebab.... sebab aku da tak nak main2 lagi. Ti i story lebih lanjut salah satu inisiatif aku ke arah itu k :) Now... Aku ade urusan lain yang lebih penting :D Pe lagi..... Balik umah la.....
Khamis, 25 Oktober 2012
TAPI BAGAIMANA.... PROF. AMMAR
Ermmm....hari ni hati tak keruan la. Pagi tadi abis 10% dari member whatsapp aku kacau ucap selamat menyambut hari raya aidiladha. Mesti pelik dieorang kan... Ntahla, dapat halfday pun masih tak fokus dengan apa yang aku perlu n hendak buat. Sedangkan rumah ni perlukan aku untuk persiapan balik kampung menyambut raya. Hati ni sangat2 tak menentu. Ntah apa yang telah menggangunya. Mungkinkah persoalan tentang LNPT yang mula rancak dipersoalkan dan ketandusan idea untuk mereka ayat dalam utusan2 yang perlu di beri perhatian. O....boleh ke Prof. Ammar ni jawabkan?
Ammar... sibuk sangat nak pakai cermin mata aku :)
Ketawa pulak dia.... Mama tanya ni sayang...
Erm...berbalik pada citer tadi, cam ne nak buat ni ek... Aku sedar, tapi bagaimana? Bagaimana nak mulakan... bagaimana nak hentikan? Bagaimana nak buat jari jemari ni tak mengganggu sesiapa di saat hati ni bercelaru cam ni. Oo... Sape boleh tolong... Bila menyentuh soal hati ni susah betulla. Dipaksa lain pula jadinya...Erm... Nak legakan hati ngan tengok muka anak2 la. Agaknya tu salah satu cara yang boleh menimbulkan kesan kot :) Yess!!! i will try ;P
Ahad, 21 Oktober 2012
PENYERI BAJU RAYAKU
Baju raya tahun ni
Kalau wat kat leher pun cun gak ni :)
Ha... kalau korang perasan baju raya aku ni masa raya ritu lengannya nampak kosong je sebab memang aku tak sempat nak buat pe2. Niat dihati tu kalau ade masa n sempat nak diserikan dengan manik yang sarat & padat hasil pemantauan dari jengahan kat laman web, blog n mana2 dalam internet ni. Tapi tu la kan... Bak kata kawan tu, keadaan...
So, kalau tak silap aku dalam 2 atau 3 minggu lepas, masa aku balik kampung yang naik bas ngan adik2 tu. Aku belilah manik sekali. Memang ade pasang angan2 kalau balik tu nak hiaskan baju ni ngan manik.Hasilnya seperti ni la, tapi tak la sesarat n berat yang aku plankan asalnye sebab banyak sangat yang aku nak buat kalau da sampai kampung tu :) Nak2 adik aku, kalau aku balik dia terus amik off masak. Aku gak la yang kena.... Tapi takpe, aku suka.
Sabtu, 20 Oktober 2012
MENGAPA KAU HADIR? PERGILAH...
O... setelah sekian lama, kita tak bersua. Kini kau hadir, tak lama dahulu kau hanya berada sisi2 je dari pandanganku, tapi sekarang betul2 di depan mataku. Aku tak rindukan ko la. Malah dah lupa sebab prestasiku bersih je sejak sekian lama ni. Ai... kau tau tak, ko dah buat orang beri pandangan lain kepadaku, asyik tengok ke arah kau, bila tengok aku.... Tolong la pergi dengan kadar segera kerana ku tahu hadirmu ada baiknya tapi bukan betul2 di puncak hidungku ini wahai jerawat :) Hehehe
Khamis, 18 Oktober 2012
BEKAS TISU TANGAN DARI KAIN FELT
Oklah.... semalam aku dah paparkan gambar bekas handphone kan. So, hari ni aku muat naik pulak gambar bekas tisu tangan.... Korang nak tau, punyelah bersemangat aku ni nak entry kisah ni, seawal 4.00 pagi da terjaga :)
Buat dalam 5 warna je dulu, testing2......
Sebenarnya ni idea adik aku, dia kan rancangannya akan berkahwin tak lama lagi, so rajinlah dia memikirkan apa nak buat untuk cenderahati kawan2 & sedara mara, aku cuma hasilkan je :P
Haa... seperti biasa aku cop pink. Erm.... cam ni la saiz bekas tisu tangan ni. Nampaklah comel sikit kalau pasangan kita minta tisu kita keluarkannya dari sini kan? Eh! Kalau sesiapa ade idea nak bagi aku buat, tell me la... Aku suka bab cuba2 ni. Tuk suka2....
Rabu, 17 Oktober 2012
BEKAS HANDPHONE DARI KAIN FELT
Oleh kerana handphone pun dah bertambah & baru, malu kalau member tau asalnya, jadi kain felt yang ada masa aku ghairah membuat kerongsang tu, aku keluarkan, maka tercetuslah idea tuk wat bekas tuk handphone ni. Sebelum ni aku ada wat bekas tisu yang RM0.30 satu tu. Tapi no enough time nak entry. Too busy la sekarang. Aku saje entry gambar ni, mana la tau ade yang berminat nak minta aku buatkan or pada penggemar kain felt, maybe dieorang leh dapat idea baru. Aku wat simple je. Tengok k :)
Simple kan...ade dua tempat, kalau masuk beg letak kat hitam tu
Kalau kat atas meja, letakla kat merah jambu tu :)
Oh!ya, kalau korang sedar, tadi aku ade sebut malu pada member asalnya kan? Nape aku sebut asalnye sebab konon-konon tak mau member tau awal lagi....Tapi.... bila Whatsapp aku da tertera kat contact mereka, masing2 dok jengah la kan. Pada yang tak tau, Whatsapp tu apa, die satu applikasi yang kita leh chat free wat masa ni, tapi tgk handphone gak la. One more Line, Line ni tak silap siap boleh call free lagi. Erm...korang leh tanya sape yang lebih pakar sebab saya pun budak baru blajar :) Kalau yang da ade tu, just say hi to me k (time ade line wifi je :) terutama di pejabat la kan)
Selasa, 16 Oktober 2012
TV OH TV..... KE JULIA OH JULIA EK...
Aduyai... (Komai suka sebut) Hehehe.... Nak luah perasaan ni. Napelah tv aku rosak time ngah best mengikut citer julia kat tv3 slot akasia tu. Ntah apa citer hari ni kan.... Adakah Julia mengandung? Amir kawin ke? Ngan sape.... Oh... Sukarnya hati ni menanti hari esok tuk diketahui dari mulut rakan2 yang menonton saat ini. Oh!!! Nape la kan.... Menguji kesabaran tul :(
Isnin, 15 Oktober 2012
NEW HP & NO...... WHY?
My New HP
My New No
Erm...Kenapa ek? Kenapa aku perlu hp & no baru? Adakah ingin melenyapkan kenangan kawan2 lama atau ....... Hehehe.... Jawapannya ialah..... Tunggu..... Hahaha :D Memain pulak aku kan? Sebenarnya aku ingin mengeratkan hubungan yang lama aku biarkan sepi :) Ala..... cam ne nak mula aku pun tak pasti la.... Ha, cam ni citernya.
Aku ni seorang yang tak amik kisah sangat hal2 perkembangan terkini hp or gadget masa kini ni. Apa yang ada, itulah yang aku guna. Bak kata seorang teman " Fara ni tak kisah semua ni, yang penting dia dapat berjalan " Yup! betul tu, memang aku tak kisah. Tapi..... Disebabkan kat pejabat tu, kiri kanan, depan belakang dok ber whatsapp sana, whatsapp sini, so hati kecil aku ni mengintai la kan, apa yang best sangat. Atas sokongan ramai n dasar ingin tau, aku pun download la. Bila da download, aku terjumpa penemuan yang tak disangka, rupenye ramai dikalangan kawan2 lama aku terutama di JBSB menggunakan applikasi ini. Apa lagi, berbunga2 la hati ni kan. Excited sangat..... But.... hp sony aku xtau nape, xleh la nak guna service tu kecuali... (aku kot yang tak tau)
Habis....bila da gitu, hati ni rasa still nak gak whatsapp tu. Tak sempat tunggu gaji, aku ajak Ahmad gi beli. Bukan nak yang mahal, tapi asal ade :) So pasni sape yang ade Whatsapp tu leh le kite berchatting dengan syarat pat aku ade wireless (Wifi) Hahaha.... Yang bab no baru tu, aku letak kat hp lama sebab setiap barang ni kan ade kelebihan n kekurangannya. Lagipun hp tu pemberian Ahmad, sangat berharga :) Thanks sayang....
Jumaat, 12 Oktober 2012
SOTONG GORENG TEPUNG
Atas permintaan, sotong lagi.....
Ai....sebelum ni sambal sotong, kali ni sotong goreng tepung la pulak. Hehehe. Tapi kali ni, sotong ni paling cepat habis. Eh! jap2....tak beri salam, tetiba je kan aku ni. Hahaha. Ni ha, nak citer, minggu lepas pejabat plan tuk buat susun atur baru kat pejabat, nak ikut arahan n amalan 5S (tu citer next time), pastu apa lagi, masing2 da syok nak bawak makanan hasil titik peluh, air tangan sendiri, so hasilnya cam gambar satu lagi ni......
Antara makanan yang tersedia terhidang, air koktel lupe nak amik gambar n ikan botok lambat sampai, tu yang takde dalam gambar :)
Ntahla, sekarang cam seronok je kalau bawak makan2 ni tau... happy, makan ramai2 n tengok orang makan apa yang kita masak. Sotong tu kata Sahdan masin sikit, tapi aku ok je sebab memang pun, aku guna tepung Bestari yang pedas tu, dia kalau ikut masa yang disuruh kat plastik tu, hasilnya memang ngam2, cun je rasenya, tapi aku ni da terlebih masa memerap sebab cam kebiasaannya anak2 terutama Ammar rajin sangat bangun pagi membantu mama dia ni... Aku dah bangun lebih awal dari biasa, dia pun tak kira lagi lebih awal dari biasa die. Hehehe.
DUGAAN MEMBESARKAN ANAK ZAMAN SEKARANG
Erm....sebenarnya aku pun malas nak komen lebih2 pasal hal ni, cam artis selalu cakapla, no comment.Tapi.... aku bukan artis. Hehehe. Rasanya ok kot komen sedikit, just nak luahkan apa yang ada difikiran. Semalam hati ini berbisik, berbicara sendiri. Cian.... Kesian pada ibu2 yang sering diduga dengan 'kenakalan' sikap anak2. Aku khaskan pada anak2 yang masih dibawah jagaan dan tanggungjawab ibubapa ni la. Bukan mereka kurang diajar,tapi ntahlah.... da suratan kot.
Nape tetiba aku kata macam ni? Saje nak kongsi satu daripada pelbagai cerita. Untuk renungan bersama. Tiada niat lain. Sebab.... sebab semalam ada seorang rakan berkata, ibunya sedih sebab adik dia 'lari rumah'. Tapi nak kata lari pun cam tak leh sebab dia yang hubungi pakwe tu suruh amik. Masalahnya handphone dimatikan. Kira gagal dihubungi. Mereka tau nak cari dimana, walaupun kurang pasti kedudukan sebenar, cuma tak tau cam ne nak pujuk tuk bawa balik. Nak2 orang sedang bercinta. Erm.... aku doakan semoga semuanya akan berakhir dengan baik dan harap dijauhkanlah perkara sebegitu dalam kehidupanku. Ha...pendekkan komen aku. Hehehe :)
Khamis, 11 Oktober 2012
NAIK BAS TAMBANG, SYOK......
Tiket bas
Oklah....Oleh kerana masaku terlalu terhad, jam pun dah menunjukkan hampir kul 5, ini je la yang sempat aku citerkan pagi2 sebelum subuh ni :) Aku nak citer pasal naik bas..... Lama benar tak naik bas. Seingat aku masa yang aku penah N3 gambar Komai, Adif & Ammar. Tu jela, masa nak raya. Erm...kali ni aku nak citer yang minggu lepas aku balik kampung, Mimit pun ada ngan anak2 dia, saje je la aku ajak Komai gi beli barang2 cam kain felt tu sambil tunjuk kedai kat Simpang Renggam tu.
Syok memang syok sangat perjalanan kali ni sebab aku kena dukung Ammar yang beratnya ntah dak bape kg sekarang dari kampung sampai ke bus stand baru yang boleh dikatakan ambil masa setengah jam jugak la. Pehhh!!! sengal2 tangan aku dibuatnya. Mana taknya, dah nak dekat 1km tu.... Dengan keterikan panas mentari, memang berbaloi2 la pakej tu. Hahaha....
Tapi.... sebenarnya apa yang buat aku seronok ialah keadaan kami masa tu, Mimit sibuk dengan Shadiq, Aku la ngan Ammar, Komai? Apa lagi, jadi mangsa jaga Shamimi n Adif la. Dengan berpeluh2 masing2, pastu Ammar lak dalam bas siap menyanyi2 riang.... Hehehe :) Kepenatan, keletihan, kehangatan yang kami rasakan sangat berharga sebenarnya. Bukan senang nak kami temui saat tu lagi sebab aku ke situ pun tuk beli sikit barang2 persiapan kawin Komai. Jadi, bila dia dah kawin nanti, ntahlah kan. Aku doakan semuanya berjalan lancar :D
MORE FOLLOWER - Thanks Alfidah
Hai, hai, hai.....lama tak ke udara kan? Eh! Silap la. Tu kalau jadi DJ Radio boleh la kata macam tu sebab suara mereka sentiasa berkumandang kat udara. Hehehe. Apa la aku ni, tu la bahasa malaysia tak penahnya nak dapat A. Selalu sangat guna bahasa rahsia, dah mendapat. Padan la. Hahaha. Erm... Mesti korang tertanya2 kan? Cam ne bahasa rahsia tu? Nanti2la aku citer, skrang aku tak nak bazirkan masa yang teramat berharga ni tu entry citer2 yang lama aku simpan, tak tak terkeluar sebab kesibukan yang melampau. Haa... Fikir la sendiri kalau da tahap melampau tu kan. Haa haa haa.
But....b4 that i nak say thanks la pada follower baru ni. Alfidah - http://apen-idariana.blogspot.com/ yang blog die i da follow da.... Eh! tetiba ter i u pulak. Nak buat macam mana kan, blog punye pasal, malam tadi balik rumah lepas teman Ahmad main futsal kul 11 lebih, pagi2 kul 4 ni dah bangun. Rindu :)
Rabu, 3 Oktober 2012
DI MANAKAH TEMAN TAPI MESRAKU?
Huhuhu :( nape la ek minggu ni asyik kisah sedih je yang dipaparkan olehku. Yelah, bagai citer filem n berita kat Malaysia, semuanya bermusimkan. Hehehe. Kali ni kalau ikut rasa cam tak bape sedihla, tapi kalau ikut hati tu terasa gak la. Ni ha, CT my tailor merangkap kawan yang semakin akrab (ala, yang rumah terbakar baru2 ni tu), dah pindah dok Segamat. Dia tak dapat cari rumah untuk disewa, so ambil keputusan balik kampung. Menurutnya dia akan datang JB tapi sebulan sekali tuk hantar baju time gaji :) Haa... Tu yang jadi tak bape sedih tu sebab aku still leh tempah baju kat dia, tapi..... tu pun ikut kelapangan sebab biasa mesti banyak tempat yang dituju.
Kadang2 bila dihitung2, terasa gak dimanakah teman tapi mesraku ye. Semua dah menjauh pergi. Sedih sebab bila aku mula mempercayai & mengharap seseorang itu jadi teman pendengar dia akan berlalu sahaja. Bukan suami tak menjadi pendengar yang setia, tapi hakikatnya tidak semua dapat diluahkan dengan suami kerana suami adalah seorang lelaki, kadangkala sebagai seorang perempuan memerlukan perempuan untuk mendengar luahan hati ini.
HARI NI IKAN BANYAK DI LAUT.....REZEKI NELAYAN
Nampak tak macam bentuk sisik
"Hari ni banyak ikan di laut, rezeki nelayan" itulah kata2 atuk yang masih terngiang lagi di telinga aku dan masih lagi terpahat di hati dan ingatan aku tatkala melihat awan yang bercorak bagai seperti sisik ikan macam gambar yang aku ambil ni. Atuk Abu Hassan ialah ayah kepada abah aku.Sepanjang mengenali & mendekatinya aku tahu dia sangat baik dan disenangi orang. Aku sangat2 manja dengannya sehingga keakraban kami (antara atuk & cucu) mendatangkan rasa kurang senang dikalangan cucu yang lain.
Gambar lain
Aku selalu duduk dipaha atuk sewaktu kami tonton tv, ikut atuk memancing di tasik & kolam, sama2 menunggu sewaktu dia pikat burung, temankan dia pergi minum kat Kopitiam, Parit Raja dan banyak lagi la kenangan aku ngan atuk. Sebab tu jugaklahkan, perangai aku ade bersifat lelaki sikit agaknya. Yelah, mana taknya kat pejabat budak2 perempuan pelik sebab aku minum kopi, lebih join bebudak lekaki, minat kalau bab memancing ni, kira apa2 la yang boleh dikatakan hobi lelaki. Erm...... n aku ni kasar sikit kot. Hahaha.
Jangan buat yang ni, sambil memandu ambil gambar.Siap keluarkan tangan lagi. Hehehe :)
Atuk juga pernah berpesan, kalau sewaktu menacing tiba2 dapat ikan banyak atau melihat perkara aneh sepeti ikan yang hanya tinggal tulang berenang, segeralah pulang kerana itu petanda kurang baik. Andai kita lalai, pasti membawa kesudahan yang kurang elok. Tapi.....itu hanya tinggal kenangan kerna atuk telah pulang ke Pencipta-Nya (ALLAH) hampir 20 tahun yang lalu. Pemergian atuk didepan mataku sangat menyentuh hati dan perasaan. Baik benar dia dengan keluargaku. Kini aku hanya dapat mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Langgan:
Catatan (Atom)