SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 16 Disember 2010

KENA ROTAN LAH

Bila bersendirian, mulala kite terfikir itu ini. Ketika inilah kenangan mula menerjah di ruang legar benak fikiranku. Teringat aku sewaktu dikejar mak dengan rotan keliling rumah diwaktu hujan mula menuruni bumi. Mak begitu marah kerana pagi2 lagi dengan belum mandi kami bertiga dah keluar rumah bermain dengan budak sebelah rumah. Kami baru mengenali budak lelaki tersebut, kalau tak silapku namanya, Alif. Dia datang kerana ada majlis perkahwinan di rumah itu. Oleh kerana hujan mulai lebat, kami bertiga tiada pilihan, lalu masuk ke rumah dan sediakan badan untuk di rotan. Aku, Kak Ana dan Komai saling berpelukan menerima habuan masing2. Tu belum lagi kami berangan berenang kat parit yang penuh ngan segala khazanahnya. Bila mandi, rambut penuh dengan kotoran degil. Terpijak kaca, botol2 yang dibuang, sampah sarap. Eeiii...... Bila dikenang2 zaman kanak2 ni 'best' kan. Tau main je. Tersenyum hatiku tatkala menaip ruangan ini.

LEGA.......

Uh!!! Lega rasanya bila apa yang kite ingin sampaikan dapat diluahkan....... Terpulanglah pada pihak berkenaan hendak memahami ataupun tidak. Harap semuanya okey.......

Selasa, 14 Disember 2010

TERKEJUT DENGAR JERITAN

Awal pagi tadi aku keluar macam biasa. Tiba di lampu isyarat depan Kampung Melayu Majidee aku berhenti dek kerana lampu isyarat merah. Merah tandanya berhenti. Sedang enak telinga mendengar celoteh penyampai Radio Hot Fm yang membawakan topik lelaki manja yang mana seorang pemanggil menyatakan dia seorang lelaki manja yang berusia 23, telah bertunang tetapi masih meminta ibu dan kakaknya menyuapkannya, fikiranku melayang mengenangkan anak kecilku Adif Farha yang baru berusia lebih kurang 2 tahun setengah telah ku ajar menyuap makanan sendiri kerana mahu dia berdikari. Apa la aku ni bila difikirkan. Tapi aku ajar pun untuk kesenangan bersama gak. Bagi ku, berdikari lebih baik walaupun hati kecilku ingin sangat memanjakan dia.

Tup!tup!lamunanku terhenti. Tersentak dengan jeritan seseorang. Aku mencari sumber datangnya jeritan tadi. Pandanganku teralih ke arah seberang jalan. Rupanya ada kemalangan. Seseorang yang menaiki motosikal telah dilanggar sebuah kereta. Kalau tak silap aku macam kereta jenama Myvi. Warna putih. Rasanya baru sangat kemalangan berlaku kerana ada dalam 6 orang yang melihat kejadian tersebut berdiri di tepian jalan. Jalan pun belum sesak.

Berderau gak darah aku tatkala melihat dan mendengar mangsa meraung kesakitan. Aku meneruskan perjalanan apabila lampun bertukar hijau dan hanya dapat berkata di dalam hati agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak-pihak berkaitan disamping berdoa agar sentiasa dilindungi oleh-NYA.

Isnin, 13 Disember 2010

SIPI-SIPI JE.......SYUKUR TAK KENA

Ah! sipi-sipi je pagi tadi kereta belakang tu nak hentam kete aku. Tapi tu la aku ni, bila dah nampak cam tu tak rasa benda pun, bila dah lama2 fikir baru terasa 'kalaula' itu ini, apa jadi erk.

Gini, masa aku dalam perjalanan gi keje tadi kat Highway Kempas diantara simpang nak turun ke Pasir Gudang Highway tu, tetiba kete depan brek. Aku dah standby awal berjaga2 area situ sebab kat situ biasa sangat orang brek2. So, aku dah jarakkan kenderaan. Tapi nak jadi citer ni, ada sebuah kete kat belakang aku tu yang kalau di kaji - kaji jarak kete die ngan kete aku, sekejap dekat, sekejap jauh. Tiba je kat area tu leh pulak die rapat, aku apa lagi bila dah nampak gitu terus amik side kanan, die pulak meluru ke sebelah kiri. Bayangkanlah kalau dua2 tak amik tindakan cam tu dah kene sondollah jawabnya. Rasanye membawa ke kereta depan tu. Dah la keje hari ni dah melambak menanti. Tapi syukurlah Allah mengelakkan itu semua.

Syukur pada yang Maha Esa kerana kalau tak silap aku masa aku mengandungkan Adif dulu pun aku dilindungi oleh NYA dari kejadian yang lebih kurang sama macam ni. Tapi waktu tu aku tengah dekat lengkongan turun Highway Kempas, boleh lak dalam kesesakkan kereta beratur sebab nak menyusur turun, kereta belakang aku meluncur laju. Waktu tu aku cuma mampu melihat dari cermin pandangan belakang aku. Syukur kerana di kala itu die membelok ke kiri yang ada sedikit ruang untuknya tetapi melanggar kereta hadapanku. Aku bersyukur bagi pihak diriku dan bersimpati pada kereta dihadapan dan belakangku. Yela, time masing2 nak gi keje kan. Faham2 je la.


TERKADANG AKU TERKENANG.......

Ha, ni segmen baru yang aku nak wujudkan kat blog aku ni. Ye la, dalam kita melayari kehidupan yang sememangnya kehadapan, kadang kala kite akan teringat zaman kecil2, muda remaja dan yang sewaktu dengannya. So, aku akan selitkan citer2 mengenai aku di zaman dahulu di dalamnya.......

Rabu, 8 Disember 2010

PENGURUSAN KERJA

Hari ni keje tak berapa banyak, man2 orang cakap. Jadi dapatlah aku membuat sikit2 buku panduan tugasan yang dah lama aku fikirkan. Kat tempat lama dulu pun aku ada buat satu buku panduan cam ni. Yela, senang untuk dijadikan rujukan kepada kakitangan lain seandainya aku cuti. Nak2 bila aku cuti dan tak dapat lak menghubungi aku, sekurang-kurangnya dieorang ni adalah panduan tu.

Isnin hari tu aku dah 'print out' pergerakkan fail keluar masuk aku. Pergerakkan fail ni penting sebab fail personal sentiasa bergerak. Jadi setiap kali fail masuk untuk tindakkan aku, aku akan taip dalam excel sebab pengisian ni senang untuk kita mencari data. Kat situ aku letak nama, no dan pangkat, tempat tugas, jawatan individu tu. Tindakkan yang aku ambil, bila tarikh aku keluarkan dan dan arah tujunya. Aku print sebab dah nak akhir tahun kan, mana yang dah settle aku print. Catatan ni akan sentiasa aku buat. InsyaAllah.

Setiap kali fail masuk aku akan cop tarikh n waktu diterima. Bukannya apa, aku tak mau disalahkan atas kesalahan orang lain. Yela, kadang2 tu bila orang call tanya permohonan dah terima ke belum, check2 belum, rupenya dah. Tapi tak sampai2 kat aku. So, tindakkan cam tu lebih selamat, lagipun kat sini yang aku tau semua keje nak ada hitam putih n bukti. Sekurang-kurangnya sekiranya tindakkan belum diambil kerana kelewatan penerimaan, berkemungkinan besar aku akan lebih selamat untuk memberikan jawapan. Hehehe.

Saje je aku ni nak mencoret kat blog ni. Rasanya lom ada citer2 menarik tuk dikongsi. Cuma aku plan nak amik cuti 2 hari la dalam bulan ni. Baki cuti ada 5 hari lagi, memanglah leh bawak ke tahun depan, tapi takpelah. Dah senang cuti, kite cuti je la.Betul tak?

Isnin, 6 Disember 2010

LETIHNYA MALAM TADI.......TAPI BEST

Hah! hah! hah! Biasa korang ni tau. Mesti ingat benda lain bila sebut je malam, best. Hehehe. Sebenarnya bukan yang tu la. Ni aku nak citer pasal minggu ni dapat 3 jemputan kahwin n 1 jemputan yassin. Tu yang buat malam tadi letih sangat rasa sebab sabtu ahad kuar berjalan kan. Tak dapat nak rehat, syukurlah esok cuti. Dapatkan rehat gak minggu ni. Aku gi majlis kahwin je, yang yassin tu mak mertua aku wakil.

Gi kuar ni memang meletihkan tapi apa yang 'best' tu ketiga2 kenduri kawin tu aku dapat jumpa dengan orang yang sepatutnya, kira pengantin n mak pengantin la. Sape yang menjemput. Aku tak plan pun masa yang sesuai tuk 'terjumpa' ngan dieorang ni sebab faham masing2 sibuk. Tapi tak sangka lak, setiap rumah yang aku gi tu, pengantin or maknya dah luar. So, terus je la bersalaman. Salam keruk orang kata. Hehehe.

Gambar kat atas tu salah satu pengantin yang aku gi. Die kira kawan baik adik aku masa kat sekolah dulu. Selalu tido rumah sebab dulu die dok ngan kakak kat air hitam. Ni mak ayah dah kat Johor Bahru. So, die dah dok kat Skudai. Aku wakil keluarga aku la sebab rumah aku dekat je dengan taman die duduk ni. Adik hari ni baru mula keje kat tempat baru kat Shah Alam n mak pulak ada temujanji doktor, cuti hari jumaat, takkan nak amik cuti dua hari pastu penat2 nak balik kg kan, so masing2 tak leh nak gi.

Kalau diingat2 bekas tunang aku dulu berkenan gak kat die ni, bayangkanlah masa die tengok gambar kiteorang tunang, die leh tanya sape budak ni, cantik (Memang aku tak nafikan kawan adik aku ni comel n cantik), kalau badannye kurus die nak mengurat. Aku dapat rasa masa tu die bukan main2 sebab die penah cakap kalau berkenalan ngan orang yang agak berisi badannye die tak nak. Boleh tak die cakap cam tu. Memilih. Erm, malaslah nak cakap hal ni. Aku pun dah putus ngan die n bersyukur sangat. Mula2 memang sedih masa putus tunang tu, tapi bila fikir baik2 buat pe nak terhegeh2 kalau orang dah taknak, tapi memang ada hikmah Allah tu tak jodohkan kami. Eh! aku ni nak citer hal lain, leh masuk bab ni lak. Lantaklah.......Hehehe.
Apa yang penting sekarang ni aku rasa aman sangat. Cuma yang merisaukan aku hidung sebelah kiri aku ni sekarang ni kerap sangat mengalirkan darah panas. Dulu tak sangat. Masa doktor tahun ntah bila aku periksa die kata sebab ada rongga yang dah sentitif, kalau aku panas dalam or luar panas memang akan kuar darah. Ntahlah. Bab hidung berdarah ni doktor takleh nak bagi kenyataan yang pasti. Harap takde apa yang serius la yek. Doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih.

Rabu, 1 Disember 2010

OH MAWARKU.......

Bunga ni sebenarnya aku potong dari poko yang aku baru beli. Tiga kuntum. Lawa tak?
Jam sebelah tu hadiah dari suamiku.......

Erm.......kalau nak tau, ni la bunga yang sangat2 aku suka. Bila melihatnya, hati aku berbunga2. Rasa tenang je. Kalau nak citer sejarah aku dapat bunga ros or mawar ni la, sikit sangat. Sedih gak. Tapi aku nak citer gak bila n siapa yang penah bagi aku bunga mawar ni.

Pertama sekali aku ingat ada sorang kawan baik aku, eddy nama die. Masa tu kami sama2 kerja kat Kilang Tan Seng, Parti Raja, Johor. Aku baru lepas SPM masa tu. Biasala budak2 baru keje kilang, masa tu aku tak kenal dia lagi, kebetulan 'line leader' kat tempat aku tu kalau tak silap ada jual bunga ros buat guna sabun wangi, aku bual2 ngan akak tu cakap suka sangat bunga ros ni. So, die ngan tanpa segan silu kirimkan kat orang tuk bagi aku. Lepas tu kite orang kenal la. Tapi dia cuma jadi sahabat baik aku je sebab walaupun ada keserasian antara kami, keakraban itu hanya tersekat kat panggilan "Teman tapi Mesra" kot kalau zaman sekarang punye sebutan.

Kedua, masa aku kat Uitm, Shah Alam. Masa tu kalau tak silap 'birthday' aku kot. Kawan2 perempuan yang baik ngan aku tau aku suka sangat kat bunga ros ni. Kebetulan malam tu ada malam apa ntah kat kolej lelaki. Kira ada jualan la. Die orang kirim kat budak lelaki. Masa tu aku da tau dulu, so walaupun tak berapa 'suprise' tapi aku buat2 la terkejut bila dapat. Hehehe.

Ketiga masa konvo la. Siapa lagi nak beri kalau bukan 'ex-boyfriend' aku masa tu yang asalnya abang angkat. Lama2 terangkat. Hehehe. Yela, masa tu 'boyfriend' la. Sekarang ni yang dah bekas. Yang ni kalau tak silap aku, sekuntum ke tiga kuntum. Aku tak pasti la. Walaupun tak la banyak cam orang lain dapat, tapi aku sangat hargainya.

Keempat? erm....... dapat pokok bunga ros. Hehehe. Takdelah, semenjak rajin menghias halaman rumah dengan bunga-bungaan ni, minggu lepas aku terpandang satu bunga ros. Nak tak nak, aku nak gak ada bunga ros kat rumah aku. So, aku cakap ngan suami nak beli. Die belikan la. Lupa lak nak amik gambar pokok tu. Dapat amik gambar bila dah di potong lak. Suami tau aku suka bunga ros, tapi die dah cakap awal dah masa kiteorang baru2 kenal dulu, sejak putus ngan 'ex-girlfriend' die sebelum kenal akula, die dah tak nak membazir dah beli bunga2 nie. So, aku tak la mengharap sangat bunga pemberian suamiku tu. Memang betul pun membazir je. Tapi kalau dapat ok gak. Sapa yang tak nak kan. Cam kata Mak Fuzi, orang yang jaga anak aku tu, sepatutnya suami ni setiap kali isterinya bersalin tu berilah bunga ke, tanda penghargaan. Hehehe.

BAJU PEMBERIAN IBU MERTUAKU.......

Cantik tak.......


Ahad hari tu (28.11.2010) , mak mertua aku baru balik dari kampung. Tak sangka lak, dia belikan aku baju. Buat salin2 kat rumah katanya, lagi pun 'the store' ngah ada 'sale'. Tu la, aku ni sebenarnya jarang beno beli baju2 ni. 'Maybe' dia perasan kot aku asyik pakai baju yang sama dah bertahun ni. Malula. Hehehe.

Lama gak la kat sana, lebih kurang 10hari, dari khamis lepas raya haji hari tu. Bukan pe, kebetulan minggu tu masa johor dapat cuti hari isnin tu, ada kenduri doa selamat kat kampung. Jadi mak mertua aku balik buat tolong-tolong. Kenduri tu pun tuk arwah ayahnya. Memang kat kampung belah muar sana, biasanya orang jawa, sentiasalah ada kenduri cam ni. Ada giliran. Dua minggu sekali. Gilir2. Tapi takde paksaan. Kalau tak nak sebab ada urusan atau takde budget pun takpe. Lain kali leh. Tapi jarang2 la die orang tak amik sebab biasanya kalau niat tuk buat benda baik ni, rezeki tu sentiasa ada. InsyaAllah.......

LAPARNYA HARI NI.......

Habis da.......

Pagi ni aku rasa lapar sangat. Habis jemput2 aku buat pagi tadi. Makan tak sampai 10minit. Hehehe. Nak wat cam ne, dah perut rasa lapar. Erm....... tak tau la minggu depan ni berat naik ke tak. Nak kata makan kuat dalam minggu ni cam tak je. Hari tu timbang, dua minggu baru naik 0.3 kg. Doktor kata nape naik sikit je, tapi bila die tengok baru 2 minggu datang 'check-up', die ok je. Pelik gak, biasa kalau sebulan tu naik lebih kurang 2kilo. Kira2 kalau seminggu tu patutnye 1kilo la erk?Ni setengah kilo pun tak sampai. Ah!biarlah, yang penting semuanye sihat, baik, selamat.Doa yang baik2 je la kan.

Rabu, 24 November 2010

TAKDE API.......

Malam tadi lebih kurang kul 7 lebih tetiba api mati. Adif nampaknya tak takut sangat sebab masa tu die betul2 sebelah aku tengah main. Tapi tu lah, dah namanya budak, dimintanya aku tuk pasang lampu, pasang kipas........ Mana lah boleh, dah karen terputus. Adif, Adif......

Lilin?tu la pasal, kekadang tu aku memang tak berapa nak ingat kat mana aku letak barang. Ala......bukan pelupa! Apa nak dikenang perkara2 lepas. Hehehe. Mana nak ngaku kalau orang kata kite pelupe beb! Ada lilin tu, kat luar rumah. Hehehe. Itulah satu2 nye lilin yang aku ingat kat mana sebab selalu sangat nampak. Apa lagi, lilin tu la yang kiteorang guna. Jumpa gak yang lain, tapi yang kualiti kurang memberangsangkan tu, warna kuning.

Apa yang buat aku gembira bila Adif menyanyi lagu 'Happy Birthday' versi budak2 pastu tiup lilin. Ai....... nak dimarah macam tak patut pulak. Ingat lagi rupenye die masa sambutan hari lahir die yang pertama n kedua dulu tiup lilin. Budak kecil ni memang kuat daya ingatan sebab tu tak leh cakap or ajar yang bukan2, menjadilah jawabnye.

Sebenarnya peristiwa ni takdelah apa sangat. Normal bagi semua orang, cuma aku ingin berkongsi sedikit perasaan pada pembaca semua. Sambil mengukir senyuman di wajah dan di hati aku menaip.

Selasa, 23 November 2010

TANJUNG PIAI, SERKAT, PONTIAN

Gambar tiket pun kena amik tau sebagai pengesahan.
Sekarang gi mana2 n apa2 pun nak kena ada bukti.

Minggu ni cuti 3 hari sebab Johor hari isnin tu cuti, jadi aku tak lepaskanlah peluang untuk memenatkan diri beriadah sambil meninjau tempat2 singgahan pelancong di tempat aku ni. Kalau sebelum ni aku gi Kota Iskandar yang bakal melonjak namanya sedikit masa lagi, kali ni aku gi ke Penghujung Selatan, Tanah Besar iaitu kat Tanjung Piai, Serkat, Pontian lak. Masa aku gi ni hari sabtu 21.11.2010 hari tu, tak caya cuba tengok n teliti betul2 tiket tu. Hehehe. 

Apa2 pun ambil gambar dulu, tu dah mesti.
Maklum ajelah kamera kalau nak betul mahal, amik guna hp je la.

Dah sampai pun Penghujung Selatan, Tanah Besar Asia.
Sebelum sampai ni kiteorang kena redah air sikitlah sebab air pasang.

Adif dah mula minta dukung sebab deruan air buat die kecut perut.
Kiteorang ni pun cam biasalah main redah je masa gi sini, jalan ikut papan tanda. Tapi masa isi minyak, aku sempatlah tanya kat budak yang jaga pam tu. Bukan pe, tuk lebih pasti. Lagipun orang kata, malu bertanya, sesat jalan. Cuma kalau sesiapa nak datang kat sini kalau rasa nak bawa makanan tu sorok2 la sikit sebab banyak monyet tau. So, hati2.......tapi kalau rasa nak bagi makanan tu bawalah setandan pisang ke. Ok gak kot. Sambil beriadah, kita beramal.

Jumaat, 19 November 2010

TAHU, RASA BERSALAH GAK TAPI TAK TAU MACAM MANA NAK LUAH

Terkadang aku rasa aku sangat2 tak patut. Sesekali rasa bersalah tu datang, tapi....... aku tak tau nak mula macam mana tuk terus berhadapan dengan sesiapa sahaja yang aku rasa dah melukakan hatinya. Mungkin aku malu. Malu untuk mengaku kesilapan diri, kelancaran bicara atau perbuatan yang aku sendiri tak menyangka terjadinya secara spontan.
Aku tak mampu untuk hipokrit atau menipu diri sendiri dengan menjadi orang lain. Aku tak boleh menyembunyikan diri aku yang sebenar. Tapi bagi sesiapa yang benar2 memahamiku (rasanya macam takde), pasti mereka tahu, jauh disudut hatiku, hatiku menangis sendiri kerana telah memperlakukan sesuatu seperti itu. Maaf adalah satu perkataan yang amat beratku ucapkan pada orang2 tertentu. Mungkinkah itulah egoku.
Bukan aku tak mahu meminta maaf, tapi macam aku kata tadi (eh!tulisla.hehehe.tengah feel pun leh menyelit), aku tak tau nak mula macam mana sebab.......aku sangat2 pasti air mataku akan turut mengalir seiringan dengan kata2ku. Bila itu terjadi, butir2 dan bait2 kataku takkan kedengaran begitu jelas. Jadi, pada sesiapa yang rasa aku tidak bertimbangrasa, ego, sombong, berlagak atau sebagainya (ha!tokok tambah lak.hehehe), aku nak bagi tau kekadang aku rasa bersalah gak, tetapi aku tak tau macam mana nak mula. Lega sikit bila dah luah kat blog ni tau.

CADAR 80% RM47.80, DOBI RM38.00

Cantik tak? Cadar baruku.......
Erm, kalau korang nak tau, semalam aku cuti. Tapi aku sorang je yang ambil cuti, so ronda sorang2 la. Mula2 ingat nak rehatkan badan n minda je, tapi orang yang biasa kerja ni, kalau dok rumah seharian, pastinye rasa bosan, so sebelum itu semua terjadi, baik aku memenatkan diri dulu, pastu balik baru rehat. Dalam meronda2 jalanraya tu, terasa lak nak gi cari cadar baru. Bukan pe, katil kahwin yang mak mertua aku belikan ni saiz king, so kat rumah cuma ada satu je cadarnya. Bolak-balik guna yang tu je. Tu pun kalau sekali cuci dobi leh jejak RM45 kalau campur ada satu alas cadar lain tu.
Kebetulan kat The Store sekarang ngah 'sale' adalah potongan 80%, so leh la dapat harga RM47.80 daripada RM239.00. Ntah betul ke tak harga asal tu, aku tak pasti la. Dah die tulis harga tu, harga tu la kot. Hehehe. Dah guna malam tadi rasa selesala sebab 100% 'cotton'. Mana taknye, sampai jam pagi dah berbunyi pun rasa nak tido lagi. Lena.......

Khamis, 18 November 2010

SYUKUR KEHADRAT ILAHI & TERIMA KASIH BANK RAKYAT, LARKIN PERDANA, JOHOR

Di hari kedua Aidiladha 2010 ni, aku ingin sangat meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana telah mempermudahkan segala urusan aku yang mana baru-baru ini aku tersalah 'bank-in' duit dan terima kasih kepada pegawai bank rakyat yang berurusan dengan aku kerana telah mengambil tindakan yang cepat dalam mengatasi masalah yang aku hadapi.

Segalanya bermula apabila aku terkeliru semasa ingin memasukkan wang ke dalam akaun melalui mesin deposit tunai. Biasalah mesin tu mesti minta jenis n no akaun, aku dah ke arah akaun simpanan, tapi no yang ada pada aku cuma akaun pembiayaan, so aku tanpa berfikir panjang masukkanlah ke akaun pembiayaan. Dengan rasa yakinnya tanpa ragu2, untuk kali keduanya pun aku masukkan ke akaun yang sama tapi kali ini aku terus 'check' kat akaun simpanan aku.

Terperanjat jugaklah s
ebab tengok baki akuan masih sama. Sampai je rumah aku terus selongkar beg yang menyimpan segala khazanah dokumen peribadi aku, periksa punye periksa rupenye salah no la. No tu tuk bayar pinjaman aku. Habis......aku tak tau nak wat pe, terus mesej pegawai yang berusan dengan aku masa buat pinjaman dulu. Dia minta 'call' ada 2 orang 'banker' ni, tapi hari dah malam. 'So' keesokkan harinye (kebetulan aku cuti), aku terus taip surat permohonan supaya duit tu di alihkan ke akuan simpanan aku dan menjelaskan keadaan sebenar.

Alhamdulillah, dalam masa 6 hari semuanya selesai. Terima kasih pada semua yang membantu kerana mungkin bagi sesetengah pihak jumlahnya tak la besar mana, tapi bagi aku biar sikit, asalkan ada. Moral dari pengalaman aku ni, pasni sesiapa sahaja yang ingin memasukkan wang ke dalam akuan, pastikanlah semuanye betul sebab aku masih bersyukur tersalah masuk antara akaun aku sendiri, kalau ke akaun orang lain? Tak tau la. Berserah je la jawabnye .......

Isnin, 15 November 2010

CABUTAN BERTUAH SEMPENA KARNIVAL KOSMETIK, KIPMART, TAMPOI

Hari sabtu 13.10.2010, malam lebih kurang kul 8.00 aku pergi ke Kipmart, Tampoi setelah mendapat jemputan melalui SMS bagi meramaikan Cabutan Bertuah Sempena Karnival Kosmetik yang berakhir baru2 ni. Dengan pembelian sekurang-kurangnya RM20.00 kat kedai2 kosmetik kat situ kita dah leh sertai. Sebenarnya aku pun tak perasan tentang hal ni. Yang tau masa belikan produk Almas yang mak mertua aku kirim, aku adalah isi borang penyertaan, tapi habis cam tu je la, tak fikir2 pun tentang bila tarik tutup dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, walaupun sedikit ragu2 nak datang, aku pun datanglah sebab fikir2 kalau datang takde pun tak rugi benda pun, leh jalan2 sekali, survey tudung dan lain2kan. Sampai2 je, memang betul ada, cabutan pun dah nak di mulaka. Hadiah saguhati berupa baucer tunai RM100 X 4, tempat ketiga samalah baucer tunai RM300, tempat kedua, RM500 dan tempat pertama RM1000.
Apa yang aku nak 'story' nie, bukanlah aku yang dapat baucer2 tu semua, tapi ada satu kisah pengajaran kat situ. Gini, nak di pendekkan cerita, tibalah cabutan hadiah tempat pertama, nama pemenang pun dipanggil, nama perempuan, tapi lelaki yang naik (jangan buat andaian dulu), rupenye suami kepada si pemenang tu yang naik sebab isteri die gi membeli belah rasanya. Pihak penganjur kata tak leh orang lain ambilkan, jadi si suami minta masa tuk panggil isteri die. Tunggu punye tunggu, dah 5 minit berlalu, pihak penganjur dah tak leh bertolak ansur, cabut lagi sekali. Cabutan kali nie takde orang naik, si suami tadi tak putus asa, 'call' n ke sana sini cari isteri die, isteri die pun sampai. Bincang punye bincang, pihak penganjur kata tanya ngan peserta yang menunggu kat depan pentas, adalah suara2 yang minta cabut balik. Lagipun tak leh gak sebab berbalik kepada kenyataan penganjur sebelum ini hanya peserta yang ada dekat situ je yang layak menerima hadiah bukannye wakil atau sesiapa. Suami isteri tadi terpaksalah akur dan melangkah walaupun berat nak terima hakikat tu. Pengajarannye, kalau kite ada sertai pertandingan cam nie, tunggulah sehingga selesai sebab orang lain pun menunggu gak walaupun tak tau akan dapat ke tak. Tapi sebenarnya nak wat cam ne, bukan rezeki die. Rezeki pakcik yang menang tu.

Jumaat, 12 November 2010

PUTERI HARBOUR, KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA, JOHOR

Dua minggu lalu kiteorang gi melawat Puteri Harbour, Kota Iskandar, Nusajaya, Johor. Dah plan awal lagi, tapi tak berkesempatan nak gi. Kiteorang nie main redah je, tengok gambar2 orang lawa je cam tempat ni, tak tau pun jalan nak gi sini. Tanya yang dah penah gi pun susah nak ' explain' sebab aku sendiri pun susah nak terangkan cam ne nak gi kalau orang tanye. Yang pasti jalan terus je sampai jumpa Kota Iskandar, dah rasa tak pasti tu nak ikut mana, belok je kiri. Sampai la. Kalau la orang ikut cara aku cakap ni, 'confirm' tak sampai kot bagi orang2 yang kurang arif tentang jalan kat situ. Hehehe. Masa ni dalam kul 11 lebih. Kejap je kiteorang kat sini, jalan2, pastu balik. Balik dah kul 12 lebih, singgah beli Cendol Mak Siti kat 'area' Ulu Choh, sedap tu. Terangkat. Memang 'power' la orang cakap, cukup ramuannye. 'After that' nak gi mana lagi, terus la gi Mc.D, pandu lalu tu beli Mc. Value Lunch. Sampai je rumah, balun. Macam tak cukup lak.Hehehe. Maklumlah makan 'Fast Food'.

Selasa, 9 November 2010

BOWLING LAGI.......


Jumaat lepas kalau tak silap 29.10.2010, kawan2 kepada anak yang jaga anak aku tu (faham tak?aku pun cam tak berapa nak faham) hehehe, ajak gi Angsana, main bowling. Almaklum ajelah baru lepas gaji, so kiteorang on je la. Aku? tak main. Just jadi pemerhati bebas. Gaji? mana ada gaji, nama pun bebas. Tapi dapatlah gak air 2 tin. Hehehe. Kadang2 gi tempat bowling ni, ok gak. Saje santai2. Kat bandar ni mana la ada sangat tempat2 yang leh tenangkan fikiran tuk release tension. Kat tempat2 cam nie je la. Masa tunggu dieorang datang (sebab kiteorang datang asing2), suami aku ingat nak menyanyila sebarang 3, 4 lagu, tup2 dah sampai lak, so tak jadi kan? Aku pun ingat nak test power la gak, tapi tak reti nak pilih lagu la. Hehehe. Burn gitu je la. Ape2 pun, kite orang still happy masa tu. Pihak lelaki main 3 trip, perempuan mula2 amik 1 je, last2 tambah lagi satu. Naktambah lagi, dah malam la.

Khamis, 4 November 2010

KANDAS PEPERIKSAAN 04.08.2010, BAHAGIAN C

Semalam dapat keputusan peperiksaan perkeranian / operasi N17 yang aku amik pada bulan 8, 2010 yang lepas. Keputusan 1 lom tau lagi (Bahagian A), Bahagian B aku lulus, Bahagian C tu kandasla. Tapi sebenarnya, aku tak rasa pe2 pun sebab memang aku tak bersedia langsung n baru first time amik kan, lom tau format soalan cam ne. Skrang aku dah tau n pasni aku aku cuba lagi. Kali ni baru aku akan ada perasaan kot bila tau keputusan sebab dari skrang ni aku dah nak persiapkan diri untuk bertempur.Hehehe. Alahai, cam perang besar lak. Bukan pe tau, malam tadi aku belek2 la buku Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran yang merupakan buku yang aku perlu guna tuk bahagian C tu, rupenye jawapan tu kat depan mata je. Time peksa masa tu, macam tak de. Tak perasan langsung. Cari2 tak jumpa. Takpe2, kali ni aku akan cuba yang terbaik. Doakan aku ye. Kat tempat aku nie baru pasal internet, lepas ni kalau tak sibuk aku akan mula melaporkan kisah hidupku kembali. Tunggu.......

Jumaat, 24 September 2010

TERHARU MELIHAT KESUNGGUHAN SUAMIKU......

Kadang2 hati ini terlalu keras untuk menerima sesuatu yang boleh dianggap baik. Tetapi malam tadi jiwa aku betul2 tersentuh melihat kesungguhan suami yang beria2 mencari tukang urut wanita untukku (chewah...... puitis la pulak).Takpe, kite sambung lagi. Asal citernye begini, pagi semalam, tak semena2 tangan kananku dari siku ke jari jemari terasa sangat letih.Lemah.Lenguh.Bila masuk tengahari mula terasa bisa. Bila petang lagila. 'Time' memandu tu jangan cakaplah dengan jalan jem (hangin aku dibuatnya, jem tu la).Tangan bertambah sakit. Jumpa je suami, aku mengadu ngan die, die tak lengah lagi terus dapatkan kawan2 tuk tanya tukang urut wanita. Malam tu dalam kul 8.00 kiteorang kuar, cari punya cari, pusing punye pusing, tak jumpa2 rumahnya. Akhirnya, die kuar berjalan menunggu di luar kedai untuk meninjau, barulah dapat apa yang dicari. Aku ngan Adif (anak aku tu) hanya menunggu didalam kereta. Sedih lak aku tengok suami aku tu. Dah la malam, hujan renyai2, sanggup die buat cam tu. Terima kasih sayang n maafkan mama...... (Aku harap die tak baca blog ni, malulah)

Isnin, 12 Julai 2010

AKU SEDANG MALAS

Ok tak tajuk nie.Hehehe.Ntahla, sejak akhir2 nie, badan aku jadi letih sangat, mengantuk jangan cakaplah.Malas?Memang malas sangat.Rasa nak tido je.Buka FB, update blog?Memang dah hampir sebulan aku rasa aku mendiamkan diri. Maaflah pada kengkawan or sesiapa yang mengikuti blog aku sebab aku belum dapatkan kekuatan aku seperti dulu. Bukan sebab apa2, mungkin sebab pembawakan kot. Malam, kekadang lom sampai masuk isyak mata ni dah tak tertahan nak lelap. Senang citer, jangan bagi aku jumpa bantal, or baring. Erm......memang terus lena diulit mimpi.Cian suami aku, nasib bulan lepas musim bola, tak rasa bersalah sangatlah sebab die pun bola, bola, bola. Hahaha. Die pulak yang kene. Hehehe.Sabar je la aku ni kan.

Selasa, 22 Jun 2010

ADIF'S BIRTHDAY

Kek Adif 2 Tahun.......

Ni je la yang kiteorang makan. Lebih banyak lagi.

Sambutan Hari Jadi Adif yang ke - 2 kali ni kurang meriah masa yang pertama dulu. Tapi 'still' ada kek. Khas buat Adif, kami belikan yang ada patung arnab. Tengok je la gelagat Adif. Malas nak citer panjang, 'follow' je la k.Masa ni la kamera dah buat hal, so ada gambar yang kualiti kurang baik.Tengok je k.

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE - 3

Oklah, aku rasa korang mesti dah tau kat mana aku raikan ulang tahun perkahwinan aku yang ke - 3 kali ni. Mula2 plan nak gi tengok citer Kecoh Betul kat JUSCO, Tebrau City. Sampai dalam kul 8.00 malam, dapat tiket kul 11.45.Mana leh tunggu, dah la jauh.So, aku decide g U MALL, Pulai Utama, Taman Univeristi je.Sampai2 takde lak citer tu. Nak tak nak aku amik je 'Prince Of Persia' kul 10.45 malam memandangkan aku memang nak sangat tengok wayang malam tu. Walaupun kiteorang merupakan 'couple' pertama tuk tayangan tu.Hehehe.Memanglah 'couple' sebab kami pergi berdua. Adif tido rumah yang jaga die. Cam biasalah. Nampaknya tak sia2 aku tengok citer tu. Oklah, walaupun dah dijangka sape yang jahat, tapi ending die memang tak dijangka. Syabas.Mula2 ingat nak makan KFC tapi sebab dah tukar haluan, jadi esoknya baru makan KFC.Gambar?dah lapo la beb, tak sempat nak amik.

MEE HAILAM SEGERA

Mee Hailam Segera

Korang penah dengar tak?Semalam aku terasa nak makan makanan yang panas2. Teringin lak makan mee hailam. Bukan pa, sejak mengetahui mudahnya masak mee hailam ni, aku tak lepaskan peluang tuk sentiasa menghidangkannya, nak2 'time' raya.Citer pasal bagaimana aku tau masak ni pun bermula sewaktu kunjungan aku ke rumah Kak Siti (Isteri kepada sepupu suami aku). Aku pelik, aku baru je cakap nak datang, tengok2 mee hailam dah terhidang. Aku pun dengan tanpa segan silu bertanya. Dia pun ajarlah kat aku.

Korang pun nak tau ke?Senang je, mula2 amik beberapa butir bawang putih ditumbuk.Pastu tumis.Naik je bau, masukkan air. Aku nak senang, air tu aku dah masak dulu, jadi takyahlah nak tunggu lama2 nidih nanti. Masukkan sedikit sos tiram, 'carrot', anak jagung, kobis bunga.Nak pekat warna die la, masukkan kicap manis (Yang nie isteri sepupu suami aku kira adik kepada sepupu yang satu ni cakap). Pastu masuklah sesudu tepung ubi yang telah dicairkan (Aku guna tepung ubi sebab Kak Siti ajar guna tepung ubi), kalau ikut resepi orang lain guna tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kira nak cepat masukkan terus udang ke, sotong ke, ayam ke.Pastu sawi, hirisan lada n perasa tambahkan lada sulah (lada putih), garam n gula.Settle.Dah leh makan da.Selamat mencuba.

Terima kasih pada Kak Siti, Kak Hawa yang mengajar n bersyukur pada ALLAH yang terangkan hati aku masa Kak Siti cakap cam ne die masak tanpa sebarang nota ditangan.

Pssttt.......Kalau nak tau, ni la resepi raya aku tahun lepas. Orang cakap nak datang je, terus aku masak mee hailam ni.Hehehe.Cuba jangan tak cuba.

Khamis, 17 Jun 2010

KAMERA ROSAK TAK SYOK TUL LA

Erm......bila la agaknya aku dapat betulkan kamera ni erk.Tak syok la sejak mengenali dunia blogger ni tak bawak kamera. Orang cakap kalau kahwin tu tak sah la.Lagipun kalau nak tau, hari ni Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke - 3. 17.06.2007 yang lalu aku telah diijabkabulkan di Masjid Jamek Air Hitam menggunakan khidmat tok kadi 'terjun' sebab tok kadi asal tu isteri die bersalin plak hari tu. Jadi terlangsung ada tok kadi yang dalam perjalanan ke Batu Pahat, kira disinggahkan ke Air Hitam dulu tuk nikahkan aku.Aku rasa banyak perkara yang ingin aku catatkan tetapi tergendala sebab tak dapat nak amik gambar.Macam baru2 ni aku gi Hutan Bandar, Johor Bahru.Birthday sepupu kat Kulai dan ribut yang melanda baru2 ni kat Skudai.Ish.......banyaklah.Hehehe.

Isnin, 14 Jun 2010

YA ALLAH, IKHLASKANLAH HATIKU

Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui. Mungkin yang melihat tidak merasa dan hanya pandai berkata2. Yang bersama juga tidak memahami hakikatnya. Sesungguhnya ku tahu, hanya Kau yang Maha Mendengar dan Berkuasa menentukan segalanya. Ikhlaskanlah hatiku agar sentiasa menerima dengan hati terbuka kerana setiap apa yang berlaku ku tahu ada hikmahnya. Buatlah aku sentiasa berhati-hati dalam berkata2, berjaga-jaga dalam perlakuan dan tindakkan. Mungkin caraku agak sukar difahami, tapi ku harap apa yang aku cuba sampaikan akan dapat dimengerti jua akhirnya. Hanya sekadar luahan perasaan. Tak perlu ditanya mengapa. Tak usah meneka siapa. Maafkan aku.......

Khamis, 10 Jun 2010

UBAHSUAI RUMAH

15.04.2010 (Khamis) - Balik2 kerja tengok rumah depan dah jadi cam ni. Apa lagi, kerja2 sudah dimulakan.

27.04.2010 (Selasa) - Penyambung antara tiang mula dipasang. Tiang ni amik masa lama tuk diyakini kering sebab merupakan tiang penyambung.

11.05.2020 (Selasa) - Sehari je tembok sebelah kanan yang dahulunya dawai hijau dah didirikan.

13.05.2010 (Khamis) - Giliran tembok depan pulak dipecah dan dibina.

13.05.2010 (Khamis) - Dinding atas sebelah kiri pun dah ditutup jugak.

15.05.2010 (Sabtu) - Kedua2 dinding dan tembok dah disimen dan ditampal ngan batu angin yang ada gambar bunga ala2 tropika gitu.

20.05.2010 (Khamis) - Kembis masih belum dibuka untuk menutup penyambung bumbung. Sampah cuma tinggal diluar rumah. Tunggu lori amik je.

22.05.2010 (Sabtu) - Syukur.Semua sudah lengkap. Pasni nak wat yassin or nak raya senang gak la rasanya, ruang depan luas.

Beberapa bulan yang lalu kami buat ubahsuai rumah. Ala, tambah depan je.Tengoklah mula2 ada tembok kat depan tu, sekarang dah takde. Kalau nak tau, dari siap hari tu sampai la ni, tak cat lagi rumah ni. Kami sibuk sangat ngan aktiviti mingguan. Oklah gak sebab ada 'member' suami aku kenalkan dengan sorang tukang ni. Boleh dikatakan murahlah harga yang ditetapkan. Kalau tambah 'mosaic' depan tu pun 'still' berbaloi harganya, tapi kiteorang tak amiklah sebab banyak lagi keperluan lain yang perlu difikirkan. Kalau nak citer kisah disebalik atau sepanjang pembikinan ni, pun panjang gak. Dari korang membazir masa nak baca, baik layankanlah gambar yang dah aku masukkan ni dan nilai sendiri. Oppsss lupa nak cakap, kalau tak rumah ni leh siap lagi cepat, tapi memandangkan cuaca pada waktu pengubahsuaian tu tak menentu dengan hujan disana sini, jadi amik masa tuk tunggu simen kering tul2.

Rabu, 9 Jun 2010

WALL'S STICKER


Ni 'sticker' pertama aku tampal kat bilik rumah aku.


Kat bilik air pun boleh letak.

Ni 'trend' terbaru yang aku jumpa. Kawan suami aku jual kat tempat keje die. Jadi aku pun 'offer' lah diri nak tolong jualkan kat tempat keje aku. Okla sebab aku dah 'try' dulu. Ramai yang belum penah tengok 'sticker' ni berminat beli. Aku tak tau la mahal ke tak sebab dia jual RM2.50, tapi aku rasa taklah mahal sebab die bawak gi 'office' kan. Nak banding dengan kita nak kuar cari n beli memang ntah bila. Macam bai jual 'carpet' tu. Kalau ada 'member' aku yang jumpa kat lain n harga lebih murah aku pun tak leh nak cakap apela sebab aku pun 'first time' nampak. Aku rasa kalau jumpa yang lawa2 lagi, aku nak beli la. Hehehe.

PINDAH BARANG DARI KAMPUNG

Gerobok ngan meja solek masa kahwin sebelah suami. Sebelah aku tinggal kat kampung je.

Tilam ngan katil sekali.

Rumah dah macam tongkang pecah.

Bilik dikosongkan. Tinggallah hadiah masa kahwin dulu yang aku sorokkan bawah katil. Tengoklah kualiti kat gambar ni dah mula kurang elok.

Isnin lepas 07.06.2010, aku amik cuti sebab memang dah tau dah, tak tersiap punye mengemas barang2 yang kiteorang pindahkan dari kampung ke rumah aku. Sebenarnya sejak minggu lepas, mak mertua aku dah tinggal bersama kat sini. Jadi tu yang ada barang2 kami kat rumah abang ipar kat kampung kami ambil. Erm.....'maybe' ada yang bertanya napa mak mertua mesti dok ngan kiteorang sedangkan da biasa kat kampung. Tu malasla aku nak 'explain'. Panjang citernya.Pendekkan?takpela.......Jaga orang tua ni berkat, InsyaAllah.Harap semuanya berjalan lancar.

Selasa, 8 Jun 2010

KAMERA CAM ROSAK JE......

Huhuhu.cam ne ni, tengah syok2 amik gambar tuk blog, kamera cam rosak je.Amik2 gambar kualiti kurang elokla. Sebenarnya 01.06.2010 genap Adif 2 tahun, gambar yang diambil semua nampaknya kurang elok.Nanti kalau tengok2 leh masuk, aku masukkan lah gambar tu. Ada gak gambar aku kemas rumah n tampal 'sticker' dinding kat rumah. Semua tak dapat banyak gambar yang elok. Kamera tu ikut 'mood'. 'Time' nak amik saje2 ok lak. Tak tau la merajuk penye. Benda2 ni kadang2 pandai merajuk.Ntahla......

Isnin, 31 Mei 2010

AJAK MAK 'ROUND' JB.JOM JALAN2......

Pagi2
jumaat aku dah ajak mak gi sarapan kat bomba. Erm.......ada 4 sarapan yang aku 'order' tuk mak rasa. Yang ni lom lapo sangat, so leh la nak amik satu persatu.

Gambar nasi lemak, aku ada amik, tapi bila masukkan tak leh nak edit lak.So, aku tak letak la.





Pastu kiteorang gi zoo....... Stamina mak ngan adik aku, alhamdulillah masih kuat lagi, mana taknya dalam usia 50an ni pun dulu gi keje berlari takut bas tinggal. Buat mak aku, "Onet sayang mak".Aku ngan suami dah letih, tak abiskan pun ronda. Diaorang 'still' leh naik turun tangga. Gi zoo ni bagus, dapat tenangkan fikiran , tengok binatang. Yela, ada budak kecil bagus tuk pengetahuan mereka. Tengahari kiteorang dah balik sebab sabtu tu mak keje, kenalah balik petang jumaat tu. lain kali kalau mak datang rumah aku lagi, aku nak ajak gi tempat lain lak. Seronok.......Sebelum balik kampung, singgah rumah makteh.Makteh wat lontong n sediakan ubi rebus, walau perut dah kenyang.Layan gak.Ape kata orang, rezeki jangan ditolak.

GILIRAN MAK AKU PULAK DATANG.......



















Kalau korang tengok dalam minggu ni, jadual aku penuh sangat....... khamis 27.05.2010 malam, mak aku ngan adik lelaki aku datang. Naik bas je. Ye la, mak aku Jumaat je cuti, Sabtu Ahad keje. Aku leh nak amik cuti jumaat, tapi mak nak datang kena tunggu adik lelaki aku yang 13 tahun tu cuti gak baru leh datang rumah. Kalau ponteng, kena rotan nanti. Mak sampai dalam kul 9.20 malam, aku amik kat 'busstop'. Pastu ingat nak ajak makan kat Bistro, Taman Universiti, Skudai, dah tutup lak. Jadi, bawaklah kat tempat lain. Masing2 dah lapo, tak sempat aku nak 'snap' gambar dah serbu...... Pe lagi, makanlah......

MESYUARAT TAHUNAN PACSU KALI KE-54











Mesyuarat ni kali pertama aku pergi. Patutnya aku lom layak lagi sebab baru je nak daftar jadi ahli hari ni. Makan lagi, syukur...... sebab pe tau, mesyuarat ni pulak pada 26.05.2010 (Rabu). Diadakan di Hotel New York, Johor Bahru, Johor. Kalau aku tulis New York je, terkejut semua, jauh beno. Hehehe. Mana tak, dah beberapa orang cakap aku dah nampak tembam, gembira ke keje kat tempat baru. Sebenarnya asyik makan je....... Dulu makan gak, tapi banyak makan hati. Sekarang makan kenyang, senang hati. Alhamdulillah.......



MAJLIS PERPISAHAN CC ROZANUDIN

25.05.2010 (Selasa) satu tarikh yang cantikkan? Hari ni hari perpisahan CC Rozanudin. Kiteorang buat kecil-kecilan je.Dia dapat balik Pahang. Asalnya pun dia dari pahang sebab KUP N22. Aku ada amik banyak gambar, tapi rasanya kureng sesuai la nak masukkan. So korang tengok je la gambar makanan yang kami 'order' tu. Harganya RM8.00 seorang. Air Sirap, Nasi Putih tu 'standard' la kan. Lauknya, Labu Masak Lemak, Sambal Udang, Ayam Goreng, Ikan Kering, Sambal Belacan dan Ulam.Berselera tul....... Masa tu kiteorang sambut sekali 'birthday' seorang pegawai kat sini, tu yang ada kek tu. Sedap....... Yum2.



PERKAHWINAN MAK ANDAM.HEHEHE.


Ala, bikin gempak je kan. Tapi memang betul.Sebenarnya, majlis perkahwinan ni berlangsung 22.05.2010 (nikah) dan 23.05.2010 (ahad) yang lepas. Tak sempat nak masukkan sebab minggu ni aku 'busy' sangat la...... Ni majlis anak sedara belah suami aku. Pengantin ni mak andam, mak die pun mak andam. Tengok jelah barang2 hantaran dia. Pelamin siap dua tu. Tapi walaupun die ni mak andam, terpaksa gak amik tukang solek lain. Ye la, kalau tak mesti nampak sama je sebab kita dah biasa tengok die solekkan diri sendiri. Ni aku amik sikit je. Aku jadi tukang buat bunga manggar, cantik tak?Sape nak tempah, leh 'contact' awal2 eh...... Aku tak lepas peluang dok atas pelamin, dok depan pelamin. Bila lagi erk.......hehehe.Korang layan je la eh......


















Kebetulan baju leh sama ngan pelamin masa nikah, pe lagi bergambarla.

Jumaat, 21 Mei 2010

PEPAGI DAH MAKAN MC.D


RM4.50 (belum tambah 'service tax')

Hehehe. Pagi ni aku pau suami aku beli Mc.D.Ala.......isnin kan dah gaji, apa la sangat. Kite orang memang biasa camni, tak aku pau die, die pau aku. Adatlah berumahtangga, cuma rumah aku je belum ada tangga. Nanti ingat pun nak pasal tangga la wat stor kat atas bumbung, lulus tak erk agaknya. Takpe, tu aku serahkan pada yang pakar. Aku biasa amik yang takde telur (citer pasal Mc.D tadi tau, bukan yang lain, tau la malam tadi malam jumaat, jangan fikir yang bukan2 k.hehehe.), suami beli ada telur, bantai je la. Bukan pe, telur tu cam telur rebus, aku tak gemar sangat, tapi dah ada telan je la. Sedap gak. Hehehe. K la, mentang2 tengahari jumaat ni rehat lama, so aku rasa nak jalan2 gi beli barang sikit kat Plaza Pelangi. Cau Cin Cau.

Ahad, 16 Mei 2010

SENIBONG LA PULAK

Jumaat lepas, suami ajak gi makan kat Senibong. Maybe bagi orang yang bukan orang Johor or Johor Bahru, nama Senibong ni agak asing bagi dieorang. Senibong ni sebenarnya tempat makan yang agak terkenal gak kat sini. Tang nasi lemak die, jangan cakaplah, ramai pelancong yang makan kat sini tau. Bukan pe, sedap....... Maybe tuk orang cam2 aku ni rasa mahal,tapi da kawasan pelancongan kira harganya berpatutan la. Sekali lagi kiteorang makan ngan mak mertua aku sebab sabtu pagi die dah nak balik da, ada majlis pertunangan anak sedara sebelah suami aku ler. Suami yang hantar. Aku tak dapat ikut, selasa, rabu n khamis nak peksa. Kononnya nak baca buku la ni. Lagipun minggu depan akak die pulak kawin. Yang tu dah lepas peksa, aku balik la. InsyaAllah. So, kasi layan gambar sikit.













Menu : Telur Bistik, Siakap Masak 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung, Otak-Otak, Jeli Kelapa, Limau Suam dan Teh'o' Limau Suam.Nasi Putih tidak ketinggalan.







Sabtu, 8 Mei 2010

MARI MAKAN PIZZA HUT


Khamis yang lalu mak mertua aku datang naik kete abang ipar. Abang ipar aku saje hantarkan mak mertua sebab anak die (anak sedara) ada tinggal dekat2 ngan taman pat aku tinggal ni. So, sabtu (hari ni) 08.05.2010, kami bawalah mak gi jalan2, beli mesin jahit yang adik aku kirim, gi Angsana tak leh nak masuk sebab hari ada Sua Rasa TV9, parking penuh. Ada takde, tengahari terik tu kami masuklah JUSCO, Taman Universiti, Skudai tok amik angin sejuk (air- corn) n makan pizza. Dari masa kat kampung lagi mak mertua aku ada sebut2 nak makan pizza ni. Tu yang teringat, terus la, apa lagi......Jangan jelous tau, bukan niat nak menunjuk, saja nak paste kat blog ni. Ni la kenangan akan datang tuk pembacaan keluargaku nanti. Aku sentiasa bersyukur kerana, dahulu nak makan makanan segera ni tak penah dapat. Tengok je iklan, ye la aku dulu bukannya senang sangat.Alamak, feeling la pulak.












Khamis, 6 Mei 2010

TENGOK WAYANG.......









Dah lama tak gi tengok wayang. 30.04.2010 yang lalu buat kali pertamanya aku bawa Adif tengok wayang. Cian die, bunyi kuat die takut sampai tertidur. Cam tu la Adif, tempat bising bukan die risau makin nyenyak tido, nak2 time ayah die menyanyi karaoke kat umah.



Rabu, 28 April 2010

JAM ANTIK KU

Jam ni kalau diamat-amati cermin depan dia dah tanggal sebenarnya. Sebenarnya jam aku yang lawa kat rumah ni dah cam tak leh nak guna, jadi jam yang 'patern' lama ni la gak yang tahan lasak aku guna balik. Tu la, dulu tak pandang, 'time' perlu jam ni gak yang aku pakai. Hehehe. Bukan pe, saje 'snap' waktu aku bangun pagi tadi. Kira dah terlambat tu. Ye la, malam tadi banyak aktiviti suri rumah yang aku buat, suami lak ada kerja kat UTM, kul 4.00 pagi baru balik, Adif lak tido awal, mulalah aku masak, basuh baju (biasa basuh seminggu sekali - almaklumlah wanita bekerja- Hehehe, alasan), layan FB, tengok TV. Tu yang bangun set jam kul 5.00 pagi kul 5.30 baru 'terbangun'. Hehehe. Letih sangat la kononnya ni.

Selasa, 27 April 2010

MANIK.......





















Jahitan manik ni semua, bukan aku yang buat. Ni hasil kerja kawan2 kat tempat keje ni. Aku dah mula berminat menjahit manit ni, so aku 'snap' la jahitan manik kat baju dieorang tuk aku nye rujukan. Hahaha. Pasni aku lak nak wat kat baju2 batik yang aku beli. Tunggu ha.......